Sabtu, 25 Oktober 2014

KENALI JENIS DIABETES

Ada 2 jenis DIABETES iaitu kekurangan penghasilan insulin dan yang kedua, sel pesakit menjadi kurang sensitif kepada insulin, menyebabkan peranannya untuk mengurangkan gula dalam badan terganggu.
 
Insulin ialah hormon yang terhasil pada pankreas.  Ia penting untuk menyelenggara dan memastikan paras gula dalam badan sentiasa dalam keadaan normal.  Insulin berfungsi pada sel badan manusia dengan membuka laluan supaya gula dalam darah memasuki sel.  Gula yang memasuki ke dalam sel itu akan menjalankan fungsi metabolism sel, bergantung kepada jenis sel.  Dalam kencing manis, jumlah gula dalam darah meningkat disebabkan kurang penyerapan gula ke dalam sel badan pesakit.
 
Hampir sejuta rakyat Malaysia menghidap kencing manis.  Separuh dari mereka gagal mengenal pasti mereka penghidap kencing manis hinggalah timbul beberapa komplikasi.
 
Antara simptom kencing manis ialah kerap dahaga dan lapar, sering membuang air kencing terutama pada waktu malam, serta berat badan susut dalam jangka masa singkat.
 
Jika wujud simptom berkenaan adalah lebih baik melakukan ujian pengesahan iaitu dengan pengambilan sampel darah dan air kencing.  Sampel darah dapat menentukan kadar gula dalam badan.  Seelok-eloknya ia diambil ketika berpuasa.  Selepas itu, pesakit diberi minuman bergula dan ujian darah dilakukan semula.  Daripada kedua-dua ujian darah itu, boleh dirumuskan sama ada pesakit mengalami kencing manis atau tidak.
 
Bagi yang menghidap kencing manis, biasanya ubat diberi bergantung kepada tahap kencing manis.  Ubat dalam bentuk pil atau suntikan atau kombinasi kedua-duanya akan diberi.  Ini untuk mengurangkan komplikasi jangka masa panjang kencing manis kepada tubuh badan.  Komplikasi berlaku disebabkan masalah pada salur darah kecil pada buah pinggang, retina mata, jantung dan otak.
 
Jika komplikasi berlaku pada buah pinggang, pesakit mengalami masalah kerosakan buah pinggang yang akhirnya memerlukan rawatan cuci darah atau dialysis.  Bagi komplikasi yang berlaku pada retina mata, pesakit boleh terdedah kepada masalah buta.  Serangan jantung berlaku disebabkan oleh salur darah pada jantung tersumbat, manakala pesakit terdedah kepada serangan angin ahmar atau strok jika salur darah otak menyempit. 
 
Komplikasi juga boleh berlaku menyebabkan seseorang itu menjadi koma atau tidak sedarkan diri.  Ini berlaku jika paras gula terlalu tinggi, menyebabkan cecair darah menjadi pekat.
 
Selain itu, paras gula yang tinggi juga menyebabkan cecair darah lebih berasid yang boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas dan koma.  Rawatan kecemasan dengan memasukkan cecair ke dalam darah dan suntikan untuk menurunkan paras gula dengan segera perlu dilakukan untuk mengelak kematian dan cacat kekal.
 
Rawatan kencing manis secara umumnya memerlukan disiplin tinggi dan sokongan ahli keluarga terdekat.  Selain pengambilan ubata diberi, pesakit perlu mengubah gaya hidup.  Ini termasuklah menjaga pemakanan dan bersenam.  Makanan manis atau tinggi dengan gula hendaklah dielakkan.
 
Penukaran penggunaan gula kasar kepada gula khas untuk kencing manis, mengurangkan pengambilan susu pekat dan juga pengambilan bahan berkanji seperti nasi dan mi perlu dilakukan.  Selain itu, perbanyakkan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Pesakit juga dinasihatkan supaay bersenam sekerap yang boleh.  Bagi yang obes pula, mereka perlu mendapatkan berat badan ideal.  Merokok dan minuman keras hendaklah dihindari.  Ini semua dapat membantu mengurangkan kadar komplikasi organ badan dan mengawal paras gula dalam darah.
 
 

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Jumaat, 24 Oktober 2014

APA ITU GOUT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Biasa kan dengar orang yang ada gout terpaksa menahan kesakitan bila gout menyerang.  Mereka juga terpaksa berpantang dengan makanan laut terutamanya.
 
Jom, kita selami lebih mendalam lagi mengenai GOUT ni. 
 
Gout ialah penyakit radang sendi.  Gout berlaku akibat asid urik berlebihan dalam tubuh yang menyebabkan pembentukan hablur di dalam sendi.  Situasi seperti ini menyebabkan pesakit berasa sangat sakit dan tidak selesa atau berasakan seperti ada pasir di dalam sendi ketika menggerakkan anggota badan.  Jika dibiarkan berpanjangan, keadaan seperti ini boleh merosakkan sendi terbabit.
 
Sendi terbabit adalah yang kecil seperti jari tangan atau kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan dan siku.  Bagaimanapun, kerosakan sendi lebih teruk akibat serangan gout yang berpanjangan boleh dicegah dengan menggunakan rawatan sesuai.
 
Pendekatan rawatan gout adalah menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan serangannya.  Namun perlu diingat, rawatan gout hanya boleh diberi atas nasihat doktor apabila asid urik dalam darah tinggi beserta symptom gout seperti bengkak pada sendi dan sakit ketika menggerakkan anggota badan. 
 
Ketika serangan gout akut, doktor akan memberi ubat untuk mengurangkan ras sakit dan keradangan iaitu ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs), colchicine atau glukokortikoid (kortikosteroid).
 
Ketiga-tiga jenis ubat ini menghalang proses semula jadi dalam tubuh badan yang menyebabkan bengkak dan symptom keradangan akibat gout.  Contoh ubat NSAIDs adalah diclofenac, ibuprofen dan celecoxib.
 
Pesakit dinasihatkan mengambil ubat ini selepas atau bersama makanan bagi mengurangkan rasa perut tidak selesa akibat kesan sampingan ubat ini.  Namun, pesakit yang mengalami ulser perut dinasihatkan tidak menggunakan ubat ini kecuali di bawah pengawasan doctor.
 
Pengambilan NSAIDs secara berterusan tanpa nasihat doktor tidak digalakkan.  Pengambilan ubat ini pada dos yang tinggi dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati serta permukaan dalam pertu dan usus.  Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan penggunaan Colchicine ialah loya, muntah dan cirit-birit. 
Bagi mengelak serangan gout berulang, paras asid urik dalam darah perlu berada ada paras normal.  Oleh itu, ubat Allopurinol perlu diberikan kepada pesakit untuk menghalang pembentukan asid urik berlebihan dalam darah.  Allopurinol hanya boleh dimulakan setelah symptom bengkak dan sakit sendi akibat serangan gout akut pulih. 
 
Ujian makmal untuk memantau paras asid urik dalam darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun.  Pemantauan ini bertujuan memastikan kandungan asid urik dalam darah berada pada paras normal.
 
Tips yang disaran adalah mengurangkan berat badan, berhenti mengambil minuman beralkohol, mengurangkan pengambilan makanan kaya dengan purin seperti makanan laut, ikan bilis, kacang, kobis, tomato dan mengawal penyakit seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol dalam darah.
 
Oppss...pergantungan kepada ubat boleh membawa kepada penyakit lain pulak kan.  Jadi, supplement Shaklee boleh membantu anda  mengurangkan/memulihkan penyakit gout.  Yang penting makan supplement perlu konsisten ye.
 
Berminat dengan SET GOUT Shaklee..hubungi saya segera.
 
 









>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Khamis, 23 Oktober 2014

KENALI APA ITU NUTRIFERON SHAKLEE

Satu penemuan terhebat dalam bidang immunologi apabila Dr. Yasuhiko Kojima dari Universiti Tokyo buat julung kalinya menemui interferon pada tahun 1954.
 
Selepas membuat kajian selama 40 tahun dan semakan semula beribu-ribu jenis sebatian dan lebih 200 jenis herba yang berlainan, Dr. Kojim telah berjaya membangunkan satu-satunya interferon semulajadi di dunia iaitu NUTRIFERON.
 
Dr. Kojima telah menetapkan bahawa ekstrak dari 4 tumbuhan iaitu; biji labu, bunga Safflower, honeysuckle Jepun dan biji Plantago, mempunyai kebolehan mendorong pengeluaran semulajadi interferon tubuh.  Formula yang digunakannya adalah semulajadi, selamat, tulen dan berkesan.  Penemuan dan rekaannya telah diiktiraf sebagai penemuan terhebat dalam bidang immunologi (TAHNIAH DR. KOJIMA).
 
Untuk makluman juga, di dalam bidang perubatan, suntikan interferon banyak digunakan untuk merawat penyakit hepatitis, kanse, hydrophobia (penyakit anjng gila), herpes dan HIV.  Tambahan pula, ia telah terbukti bahawa interferon amat berkesan untuk melindungi kita dari jangkitan influenza dan berbagai jenis penyakit.
 
Kita selidiki pula MANFAAT UTAMA NUTRIFERON ni...
 
  • mengukuhkan sistem imun dalam masa 3 hari ~ ianya adalah satu-satunya interferon semulajadi di dunia.  Kajian-kajian telah menunjukkan bahawa interferon mampu merangsang dan mempertingkatkan secara keseluruhan system imun tubuh dengan mengerahkan system pertahanan semulajadi tubuh berfungsi untuk membunuh: T-cells, B-cells dan makrofag.
 
  • melawan kanser dan tumor ~ interferon semulajadi mengandungi polisakarida yang merangsang dan mengaktifkan immunoglobulin meawan sel-sel tumor dan kanser.  Selain dari itu, ia juga mampu mengurangkan ketidakselesaan pada waktu rawatan kimoterapi.
 
  • melindungi dari influenza ~ ia mengimbangi kepada respon alergi persekitaran dan pencemaran udara, melindungi dengan berkesan daripada virus, mikrob, termasuk selesema, flu, alergi, inflamasi dan influenza.
 
  • meringankan stress dan kelesuan ~ meringankan kemudaratan yang disebabkan oleh keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup yang sibuk.
 
  • melambatkan penuaan ~ formula unik NUTRIFERON merangsang pengeluaran makrofag untuk mengurangkan radikal bebas, virus dan kuman.  Justerus itu, sel-sel akan menjadi lebih sihat.
 
  • mengurangkan infeksi oleh pesakit-pesakit Hepatitis B & C ~ keberkesanan NUTRIFERON dalam memerangi virus akan mengurangkan infeksi dan meminimumkan ketidakselesaan seperti kembung perut, rasa mual, muntal dan lain-lain lagi kepada pesakit Hepatitis B & C.
 
  • mempertingkatkan menopaus ~ hypertensi, tahap kolesterol yang tinggi, kitaran darah dan masalah lain berkaitan menopaus akan menjadi lebih baik.
 
  • mempertingkatkan PMS ~ terbukti secara klinikal mengurangkan simptomyang terjadi akibat ketidakseimbangan system endoktrin iaitu kekejangan waktu haid, sakit belakang, sakit payu dara, masalah jerawat, kegelisahan, imsonia dan mood swing.

Untuk testimoni NUTRIFERON boleh jenguk di sini ye.  Terima kasih





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Rabu, 22 Oktober 2014

ENERGIZING SOY PROTEIN (ESP) PRODUK TERBAIK


Assalamualaikum semua.....
 
Terima kasih sebab sudi berkunjung kat kedai maya saya ni.  Kali ni saya nak kongsikan mengenai ESP.  Sebelum ni, dah banyak testimoni saya kongsikan hasil pengambilan ESP tak kiralah untuk tujuan penyusuan, kecantikan mahupun untuk kurus.
 
 
 
 
 
Sedikit latar belakang mengenai ESP ni....Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protein berasaskan kacang soya.  Dan, hakikatnya bahawa pengasingan protein yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an yang mana banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr. Shaklee telah lama mengetahui protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.
 
ESP diiktiraf di seluruh dunia berikutan hasil kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensif serta memiliki kualiti protein yang tinggi pernah dihasilkan.
 
ESP dihasilkan daripada kacang soya yang hanya mengandungi 'non-GOM' (non-genetically modified organism) yang mana ianya diproses pada kadar suhu yang rendah, satu canister ESP seberat 850 gm dihasilkan daripada 30 kg kacang soya.
 
ESP mampu memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.  Alhamdulillah.
 
Seterusnya, ESP merupakan satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.  Ianya turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.  Ia sangat sesuai untuk semua peringkat umur tak kiralah tua ataupun muda.  Kandungan Indeks Glisemik (GI) yang rendah iaitu 39, dan sesuai diambil oleh penghidap penyakit kencing manis.
 
 
Kat bawah ni ada perbandingan antara satu hidangan (segelas ESP) dan jumlah makanan yang perlu diambil bagi menyamai khasiat yang ada dalam ESP.....

Satu canister cuma berharga RM150.00 sahaja.  Oppsss sepanjang Oktober 2014 ni, harga ESP sangat berbaloi sebab promosi sedang berlangsung kalau beli 6 canister ESP dapat percuma 1.  Boleh kongsi2 dengan kawan2, keluarga...kalau nak beli satu pun harga memang terbaik.  Jom berESP kita.





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Selasa, 21 Oktober 2014

NUTRIFERON ~ SERBUK AJAIB

Baca dulu dua testimoni yang saya kongsikan di sini ye...

1.  Pening kepala hilang dengan 1 sachet nutriferon



2.  Batuk dan selesema sembuh


Apa itu Nutriferon? 
 
Inilah dia Nutriferon si serbuk ajaib tu.
 
Nutriferon dicipta dan dihasilkan oleh pakar imun, Dr. Yasuhiko Kojima. 
 
 
Nutriferon berjaya dicipta selepas beberapa kali ujikaji dan penilaian terhadap beribu-ribu sebatian dan lebih daripada 200 herba lain.  Penyelidikan tentang penghasilan nutriferon dijalankan lebih daripada 40 tahun (satu tempoh yang lama bagi menghasilkan yang terbaik aje tau).
 
 
Nutriferon mengandungi satu campuran proprietari ekstrak tumbuhan semulajadi yang berasal daripada biji labu, benih plantago, kuntuman bunga Japanes Honeysuckle dan bunga safflower.
 
 
Rasa nutriferon berasaskan rasa biji labu.  Ianya boleh dibancuh dengan air ataupun terus dituang dalam mulut.


Bagaimana Nutriferon ini berfungsi sehingga ia mampu menghentikan selesema, batuk, pening dll dalam masa singkat.  Boleh rujuk SINI ye...





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Isnin, 20 Oktober 2014

BARU 2 HARI DAH DAPAT 8 OZ? APA RAHSIANYA?

 
Ramai ibu-ibu yang pernah mengalami susu merudum, tapi tetap bertekad untuk menyusukan si kecil sepenuhnya…alhamdulillah, yang penting niat dan tekad mesti ada.
 
Pernah check tak sebab apa susu merudum?  Antaranya, si ibu stress, kurangnya mengambil air masak/putih 3 liter sehari, pemakanan yang kurang seimbang, waktu mengepam yang tak konsisten dan mungkin juga kurangnya sokongan dari ahli keluarga.
 
Tarik nafas dalam-dalam, ingat kembali, kita menyusukan si kecil pun tak mengambil masa yang lama, dua tahun je.  Dalam tempoh tu, macam-macam cabaran yang perlu kita lalui untuk mencapai matlamat penyusuan itu sendiri.  Yang pasti, susu ibu itu terhasil mengikut keperluan si kecil itu sendiri; mengikut perkembangan tumbesaran dan disesuaikan dengan keadaan persekitaran si manja membesar.
 
Ingat ya, komponen utama susu ibu adalah air.  Jadi, pastikan pengambilan air masak/putih secukupnya.  Sentiasa bawa bekalan air masak kat mana sahaja kita pergi.  Bila rasa haus, minumlah air masak berbanding air manis.
 
Banyakkan pengambilan makanan sunnah, antaranya, kismis, madu, kurma, habbatus sauda di samping pengambilan makanan yang seimbang dan dalam kuantiti yang mencukupi.
 
Teruskan berdoa dengan yakin dan teruskan mengepam setiap 3 jam ye.
 
Oh, ya.  Kat sini saya nak kongsikan beberapa testimoni pengambilan set bajet penyusuan Shaklee yang terdiri daripada Alfalfa dan ESP.  Alfalfa memang terkenal sebagai milkbooster dan ESP punya membekalkan 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh di samping memberi rasa kenyang yang lebih lama bukan hanya untuk si ibu tetapi juga untuk si manja.
 

Lebih Bertenaga dan Cergas
 
      
 
 
Walau sedang berpuasa, hasil perahan tetap meriah

 
Susu jadi pekat dan bayi tidur lena
 



 
Memang best kan bila susu perahan meriah, stok banyak dan si manja dapat menikmati susu ibu sebaiknya.
 
Teruskan penyusuan susu ibu ye semua.  Saya doakan kita semua berjaya.  Amin.
 
Set Bajet Penyusuan ni bukan hanya bermanfaat kepada si ibu dan si kecil, ada banyak manfaat lagi… Pastinya, saya akan kongsikan dalam catatan yang akan datang.  So, stay tune.
 
Terima kasih semua.  Konsultasi dan tips menjayakan penyusuan saya sediakan untuk semua yang order dengan saya.

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Ahad, 19 Oktober 2014

PERLU KE MANDI WILADAH (MANDI KERANA MELAHIRKAN ANAK)

Assalamualaikum...
 
Salam Ahad untuk semua. 
 
Dalam satu perbincangan di Radio IKIM.FM minggu lalu, ada persoalan mengenai Mandi Wiladah (Mandi kerana melahirkan anak) dan Mandi Nifas (Mandi selepas darah nifas tiada).  Barulah saya faham, bila masa mandi wiladah dan juga mandi kerana nifas perlu dibuat.
 
Ustaz tersebut (maaf ye namanya saya lupa pulak) menjelaskan bahawa:
 
  • Mandi wiladah hanya dibuat jika seorang wanita bersalin/melahirkan anak tapi tiada darah yang keluar mulai dari bayi tersebut dilahirkan hinggalah hari ke-15.
  • Mandi kerana nifas wajib dilaksanakan setelah seorang ibu yang melahirkan anak mendapati darah nifas tidak lagi keluar/tiada lagi.
 
Kebiasaannya, memang kita akan dapati para ibu yang melahirkan anak tak kiralah secara pembedahan atau normal, pasti darah nifas ada kan.  Jadinya, Ustaz tersebut memaklumkan bahawa para ibu hanya perlu mandi kerana nifas sahaja.
 
Ada juga persoalan kenapa tak mandi wiladah (sebagaimana kebiasaannya dibuat oleh para ibu yang bersalin...termasuklah saya)?  Jawapan yang diberikan sangat rasional iaitu, tujuan mandi wajib adalah membersihkan diri daripada sebarang hadas besar.  Kalau kita tengah didatangi darah nifas, jadinya, kita dalam keadaan masih berhadas besar lagi.  Jadi, hanya mandi kerana nifas sahaja yang perlu dibuat.  Alhamdulillah, sangat jelas dan faham tentang kedua-dua jenis mandi tersebut.
 
Ustaz tersebut turut menambah, darah nifas paling lama adalah 60 hari.  Jadi, jika darah masih lagi ada selepas 60 hari, para ibu mesti mandi wajib dan menunaikan ibadah yang diwajibkan.
 
Jika seorang ibu mengalami keguguran, mandi kerana nifas wajib dilakukan jika keguguran berlaku pada usia kandungan 40 hari di mana pada ketika itu, sperma bapa dan ovum si ibu telah bersatu dan terbentuk manusia.  Rujuk sini ye.  (maafkan saya dan betulkan saya jika saya tersilap menjelaskan di sini).  Kalau usia kandungan di bawah 39 hari, itu dikira darah haid biasa.
 
Harapnya perkongsian ringkas ini memberi maklumat dan menjelaskan kekeliruan selama ini.  Untuk lebih penjelasan, rujuklah orang yang memang mahir tentang agama dan diperakui pengetahuannya.
 
Salam sayang untuk semua...sebarkanlah sedikit ilmu untuk kebaikan bersama.
 


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Sabtu, 18 Oktober 2014

LECITHIN MAMPU TURUTKAN BERAT BADAN?


Assalamualaikum semua.  Didoakan semuanya sihat, bahagia dan tenang je.

Lecithin mampu turutkan berat badan?  Betul ke?  Sebelum cerita panjang lebar, kita tengok dulu apa itu lecithin.

Ianya adalah ekstrak kacang soya organic non GMO (non-genetically modified organism) yang dihasilkan dalam bentuk kapsul.  Setiap kapsul mengandungi 520 milligram lecithin soya termasuk 80 gram kolin dan 48 milligram inositol.

Antara manfaat yang akan diperolehi bagi sesiapa yang mengambil Lecithin Shaklee ni:
  • menyerap vitamin yang larut lemak ~ jadi mudahlah tubuh menyerap vitamin jenis larut lemak ni
  • melindungi hati ~ halang enapan lemak lekat kat hati kita sekaligus memulihkan kesihatan hati
  • pemecahan lemak dan kolestrol ~ ia bertindak sebagai pembersih salur darah
  • pelangsingan ~ mempercepatkan pembakaran lemak
  • cantikkan kulit dan otot ~ melembab dan mengaluskan kulit serta mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan
  • Halang terjadinya batu karang
  • Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ membaiki daya ingatan
  • Halang tekanan darah tinggi
  • Meringankan sembelit

Ok, bila dah tahu manfaat lecithin, kita tengok pula apa kata mereka yang ambil Lecithin Shaklee ni.

Penangan Lecithin Dapat Turunkan Berat 7 kilogram 



11 kilogram turun hasil konsisten ambil Lecithin

Berat turun, susu badan meriah


Dengan set kurus turun 4 kilogram





Rasa bahagia bila dapat membahagiakan orang lain.  Bagi mendapatkan hasil yang lebih mantap, ingat tu, pengambilan air masak kosong yang mencukupi amat penting bagi memudahkan proses detoks, pemecahan lemak dan juga pembentukan otot. 
Sempena dengan harga yang menarik dan tawaran hebat ESP Shaklee sepanjang Oktober ni, tambahkan ESP dalam order anda ye.  Ia membantu mengurangkan rasa lapar, susu ibu (bagi yang menyusukan anak) bertambah meriah, pekat dan banyak.  ESP juga membantu memantapkan otot-otot yang longgar hasil pembakaran Lecithin.
Kesimpulannya, Lecithin bukan hanya sebagai pembakar lemak tapi juga membantu menguatkan daya ingatan dan menghalang terjadinya batu karang serta darah tinggi.  Satu produk tapi memberikan banyak manfaat pada harga yang memikat.  Hanya RM52.50 bagi kegunaan sebulan yang mengandungi 180 biji.  Ambil peluang keemasan ni tau.
Hubungi saya untuk maklumat lanjut. 




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Jumaat, 17 Oktober 2014

ESP KAWAN TERBAIK UNTUK MASALAH KULIT

Siapalah tak nak cantik, muka halus berseri dan tiada sebarang kesan cela, jerawat, jeragat kan.  Bestnya kalau dapat kulit idaman. 
 
Apalah rahsianya ye.  Ok sekarang biar saya kongsikan rahsianya kepada anda semua kerana ianya antara produk yang sentiasa menjadi pujaan hati ramai di luar sana.  Tentulah ESP, Energizing Soy Protein.  Oh ya, kalau nak tahu, protein soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.  Sebab itulah, Shaklee mencipta ESP yang berasaskan kacang soya Non GMO (non-genetically modified organism) ~ ianya diproses pada suhu yang rendah, memberikan sumber tenaga segera dan bertahan lama.
 
Satu canister ESP Shaklee seberat 850 gram dihasilkan daripada 30 kilogram kacang soya.  Banyak betulkan protein yang terhasil dalam satu canister ESP.  Tak hairanlah, ramai pengguna yang begitu setia dan konsisten mengambil ESP Shaklee kerana ia membantu menghasilkan sel-sel baru untuk tubuh badan kita. 
 
Tak kenal maka tak cinta.  Ikuti pengalaman pengguna yang berpuas hati dengan pengambilan ESP Shaklee terutama dalam mencantikkan kulit....
 
 
Kulit makin putih bersih
 
 
 
 
ESP Mengubah Diri menjadi lebih berkeyakinan dan berketrampilan
 



Masalah jerawat dapat diatasi
 





Selain dijadikan minuman harian, yang istimewanya tentang ESP Shaklee ni, ia boleh dijadikan masker.  Jadi, jimat dah belanja nak buat facial/masker.  Memang berbaloi-baloi pelaburan beli ESP ni.
 
Sepanjang Oktober ni, promosi beli ESP 6 canister dapat percuma 1 canister.  Boleh pakat ramai-ramai dengan adik beradik, kawan2, jiran2...
 
Promosi dengan harga terbaik ESP ni jarang-jarang tau dapat.  Ambil peluang keemasan ni ye.  Saya tunggu order dari anda..



>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Khamis, 16 Oktober 2014

ESP MEMBANTU MENJAYAKAN PENYUSUAN

Alhamdulillah........diberikan kesempatan mencoretkan sesuatu hari ni untuk perkongsian bersama.


 
Ada yang tanya betul ke ESP Shaklee membantu menjayakan penyusuan?  Jawapannya mudah aje.  ESP ni kan makanan tambahan yang membantu tubuh si ibu melengkapi/menampung mana-mana kekurangan daripada makanan seharian yang diambil.  Antara khasiat ESP ialah meningkatkan penyerapan protein dan meningkatkan ketumpatan tulang kerana di dalam ESP terkandung 9 asid amino penting dan protein yang diperlukan tubuh tetapi tidak dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh.
 
Ibu yang menyusukan bayinya dan mengambil ESP secara konsisten pasti mendapati penyusuannya bertambah lancar dan secara tidak langsung semua manfaat yang terkandung dalam ESP dapat diserap sebaiknya.  Bila badan si ibu sihat, fikiran tenang, tentulah susu ibu yang dihasilkan berkualiti dan memenuhi kehendak si manja kan. 
 
 
Alhamdulillah, setakat ni komen positif je yang saya/raka-rakan dalam Shaklee ni terima berkaitan ESP ni.  Testimoni yang dikongsikan juga mengujakan.  Syukurlah sebab impian membantu insan lain menjayakan penyusuan susu ibu sepenuhnya terlaksana dan yang lebih utama, tuntutan agama itu sendiri dapat dipenuhi.
 
 
ESP ni terkandung dalam Set 3M (+ alfalfa, vitalea, vitamin c, ostematrix n b complex)
 
 
Hasil tuaian pada pengambilan supplement Shaklee 

 
Dari mengandung, berpantang dan menyusukan tetap setia dengan ESP

 
 
Jangan tak tahu, dengan pengambilan ESP, bukan sahaja si ibu mendapat kulit yang cantik, halus dan berseri, tempiasnya dapat juga kat anak tau.  Si ibu boleh kurangkan berat badan dengan ESP ni juga. 
 
Kalau berhajat nak tahu lanjut/berminat untuk dapat ESP pada harga terbaik sepanjang Oktober ni, hubungi saya terus ye. 
 
 





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Rabu, 15 Oktober 2014

APA ITU LECITHIN?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Biasa sangat kan tengok gambar ni kat laman media sosial; facebook, twitter, instagram dll.  Inilah yang dipanggil Lecithin, si pemecah lemak terunggul.  Betul la, tak tipu.
 
Jom kita selusuri latar belakang Lecithin, produk yang sentiasa mendapat tempat di hati pengguna Shaklee terutama yang mengambil SET KURUS SHAKLEE.
 
 
Lecithin adalah pengemulsi semulajadi.  Akademi Sains Kebangsaan (The National Academy of Sciences) Amerika Syarikat, menetapkan bahawa kolina adalah penting dalam pemakanan kerana ia meningkatkan kesihatan otak, hati, sIstem kardiovaskular dan pembiakan.  Kolina adalah suatu komponen neuro-penghantar asetilkolina yang terlibat dalam penghantaran mesej kepada otak dan sistem saraf.
 
Setiap kapsul dalam sebotol Lecithin membekalkan 530 milligram lesitin; termasuk 80 gram fosfatidilkolina dan 48 milligram fostatidilinositol.  Ianya diperolehi secara semulajadi daripada kekacang soya.
 
Dan, lecithin yang dirembeskan oleh tubuh akan menghasilkan acetyl-kolin, inositol, fosforus dan lemak tak tepu.
 
Sekarang kita perhatikan pula manfaat utama yang dihasilkan oleh Lecithin Shaklee:
 
  • Menyerap vitamin yang larut lemak - membantu tubuh dalam menyerap vitamin A, D, E dan K yang larut lemak
 
  • Melindungi hati - menghalang enapan lemak di hati, sirosis hati dan hati berlemak.  Juga membantu memulihkan kesihatan hati
 
  • Pemecahan lemak dan kolesterol - lecithin bertindak sebagai pembersih salur darah, pengambilan tambahan membantu membantu mengemulsi dan metabolism lemak, kolesterol dan trigiliserid di dalam tubuh.
 
  • Pelangsingan - menghalang obesiti.  Pengambilannya dalam kuantiti yang banyak mempercepatkan pembakaran lemak untuk kesan pelangsingan yang seimbang.
 
  • Mencantikkan otot dan kulit - membentuk membrane sel, melembab dan menghaluskan kulit, mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan.
 
  • Membaiki alergi - menghalang platelet darah dari mengaktifkan tisu gegelung di dalam salur darah
 
  • Menghalang kejadian batu karang - 90 peratus batu karang terjadi dari kolesterol dan fungsi lecithin mengemulsi kolesterol berlebihan seterusnya menyekat kejadian batu karang.
 
  • Mempertingkatkan daya ingatan dan meringankan stress - mengandungi kolin yang membentuk penghantar untuk saraf kranial yang mempertingkatkan kuasa pembelajaran, memperbaiki daya ingatan, menghalang Alzheimer dan meringankan stress.  Wanita hamil harus mengambil jumlah lecithin yang secukupnya untuk pembersihan sihat janin.
 
  • Menghalang tekanan darah tinggi - memperbaiki tekanan darah tinggi dengan menghalang arteriosclerosis, menggalakkan peredaran darah.
 
  • Memperbaiki prostat lelaki - kajian telah membuktikan masalah prostat dan urethra lelaki dapat diperbaiki dengan pengambilan lecithin yang banyak.
 
  • Meringankan sembelit - lecithin adalah pelembut najis yang berkesan, ianya melembabkan usus dan meleraikan toksin di dalam usus.


Oh ya!  Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai lecithin, hubungi saya ye.  Konsultasi akan diberikan kepada anda setelah pembelian lecithin dibuat.  Jumpa lagi ye.






>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Selasa, 7 Oktober 2014

KHASIAT SURAH AL-FATIHAH


Assalamualaikum
 
Hari ni nak berkongsi Khasiat Surah Al-Fatihah.  Saya ambil dari satu perkongsian di Facebook.
 
BACALAH DALAM KEADAAN KHUSYUK, BERTAWAKAL KEPADA ALLAH DAN NIATKANLAH DENGAN JUJUR DAN INSYA ALLAH IANYA MERUPAKAN PENAWAR TERBAIK KEPADA SEMUA.
 
1.  Bacalah 14 kali sebelum tidur
    Suami/isteri dan anak-anak akan mengingati kita selalu.
 
2.  Bacalah 41 kali (tiup dalam air dan minum serta buat air mandian)
    Melepaskan rasa sakit dalaman
 
3.  Bacalah 7 kali dan usap pada kepada setiap pagi dan 1 kali sebelum tidur kepada orang yang berpenyakit mental
 
4.  Bacalah 3 kali (tiup dalam segelas air, minum dan baca fatihah sambil mengusap di kawasan sakit)
    Untuk sakit yang keterlaluan.
 
5.  Bacalah 7 kali dan sapu ke atas kepada bayi yang suka menangis pada malam hari/pada bila-bila masa.
 
6.  Bacalah 3 kali / 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit kemudian sapu pada tempat yang sakit (luka berdarah, sengat lebah, jari tersepit pintu dan lain-lain.
 
 
Yakinlah dengan ALLAH sentiasa.  Amin


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

nRelate Posts and Homepage