Sabtu, 25 Oktober 2014

KENALI JENIS DIABETES

Ada 2 jenis DIABETES iaitu kekurangan penghasilan insulin dan yang kedua, sel pesakit menjadi kurang sensitif kepada insulin, menyebabkan peranannya untuk mengurangkan gula dalam badan terganggu.
 
Insulin ialah hormon yang terhasil pada pankreas.  Ia penting untuk menyelenggara dan memastikan paras gula dalam badan sentiasa dalam keadaan normal.  Insulin berfungsi pada sel badan manusia dengan membuka laluan supaya gula dalam darah memasuki sel.  Gula yang memasuki ke dalam sel itu akan menjalankan fungsi metabolism sel, bergantung kepada jenis sel.  Dalam kencing manis, jumlah gula dalam darah meningkat disebabkan kurang penyerapan gula ke dalam sel badan pesakit.
 
Hampir sejuta rakyat Malaysia menghidap kencing manis.  Separuh dari mereka gagal mengenal pasti mereka penghidap kencing manis hinggalah timbul beberapa komplikasi.
 
Antara simptom kencing manis ialah kerap dahaga dan lapar, sering membuang air kencing terutama pada waktu malam, serta berat badan susut dalam jangka masa singkat.
 
Jika wujud simptom berkenaan adalah lebih baik melakukan ujian pengesahan iaitu dengan pengambilan sampel darah dan air kencing.  Sampel darah dapat menentukan kadar gula dalam badan.  Seelok-eloknya ia diambil ketika berpuasa.  Selepas itu, pesakit diberi minuman bergula dan ujian darah dilakukan semula.  Daripada kedua-dua ujian darah itu, boleh dirumuskan sama ada pesakit mengalami kencing manis atau tidak.
 
Bagi yang menghidap kencing manis, biasanya ubat diberi bergantung kepada tahap kencing manis.  Ubat dalam bentuk pil atau suntikan atau kombinasi kedua-duanya akan diberi.  Ini untuk mengurangkan komplikasi jangka masa panjang kencing manis kepada tubuh badan.  Komplikasi berlaku disebabkan masalah pada salur darah kecil pada buah pinggang, retina mata, jantung dan otak.
 
Jika komplikasi berlaku pada buah pinggang, pesakit mengalami masalah kerosakan buah pinggang yang akhirnya memerlukan rawatan cuci darah atau dialysis.  Bagi komplikasi yang berlaku pada retina mata, pesakit boleh terdedah kepada masalah buta.  Serangan jantung berlaku disebabkan oleh salur darah pada jantung tersumbat, manakala pesakit terdedah kepada serangan angin ahmar atau strok jika salur darah otak menyempit. 
 
Komplikasi juga boleh berlaku menyebabkan seseorang itu menjadi koma atau tidak sedarkan diri.  Ini berlaku jika paras gula terlalu tinggi, menyebabkan cecair darah menjadi pekat.
 
Selain itu, paras gula yang tinggi juga menyebabkan cecair darah lebih berasid yang boleh menyebabkan seseorang itu sesak nafas dan koma.  Rawatan kecemasan dengan memasukkan cecair ke dalam darah dan suntikan untuk menurunkan paras gula dengan segera perlu dilakukan untuk mengelak kematian dan cacat kekal.
 
Rawatan kencing manis secara umumnya memerlukan disiplin tinggi dan sokongan ahli keluarga terdekat.  Selain pengambilan ubata diberi, pesakit perlu mengubah gaya hidup.  Ini termasuklah menjaga pemakanan dan bersenam.  Makanan manis atau tinggi dengan gula hendaklah dielakkan.
 
Penukaran penggunaan gula kasar kepada gula khas untuk kencing manis, mengurangkan pengambilan susu pekat dan juga pengambilan bahan berkanji seperti nasi dan mi perlu dilakukan.  Selain itu, perbanyakkan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.
 
Pesakit juga dinasihatkan supaay bersenam sekerap yang boleh.  Bagi yang obes pula, mereka perlu mendapatkan berat badan ideal.  Merokok dan minuman keras hendaklah dihindari.  Ini semua dapat membantu mengurangkan kadar komplikasi organ badan dan mengawal paras gula dalam darah.
 
 

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage