Bismillah.
.
Assalamualaikum.
Selama ni, cara saya guna clorox ialah tadah air guna baldi/besen, letak sabun dan tuang sikit clorox (ikut banyak mana kotoran pada pakaian)...then rendam.
Tapi, selalunya kotoran tak berjaya untuk dihilangkan. Bukan takde hilang langsung, tapi sikit sangat yang dapat dihilangkan. Lagipun kalau pakaian yang berkaler-kaler, memang tak letak la clorox, luntur habis kaler dan nanti ada tompok-tompok sana sini kesan dari titisan clorox tu.
Tapi, alhamdulillah, hari Jumaat yang lepas, saya try cara lain guna clorox. Mula-mula, asingkan baju putih/baju sekolah kaler putih dengan baju-baju yang lain. Lepas tu, celup/basahkan keseluruhan baju putih tu (saya celupkan dalam sebaldi air), then bentang baju tu kat lantai bilik air. Sediakan berus kain dan clorox.
Tuang clorox kat tempat yang kotor/comot tu. Tuang sikit-sikit je. Lepas tu berus la kuat sikit. Apa yang saya perhatikan, memang akan keluarlah segala kekotoran hasil sentalan kita tadi tu. Kawasan yang kotor/comot tadi pun dah bertambah bersih. Kalau lepas tu, nak cuci baju tu dengan sabun pun ok. Saya? Lepas dah sental tu, saya bilas sekali aje dan masukkan dalam mesin basuh macam biasa.
Hasilnya? Memang memuaskan hati. Baju seakan baru ye. Kalau tambah nila mesti nampak cun.
Ok, lepas ni, boleh try cara ni, khas untuk baju kaler putih je ye. Baju kaler lain saya belum try. Hihihi. Pastikan sesiapa yang ada masalah tangan tak tahan dengan clorox tu, bolehlah minta cik abang kita tolong cuci baju putih yang kotor tu ye. Ataupun boleh dapatkan Basic H, pencuci pelbagai guna Shaklee.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Hi nak tanye tudung sekolah saye warna putih ade kotor tak hilang , was was nk guna clorox sebab ade lencana , tak ape ii ke , nk ikut cara awak yg bru tpi still ragu ragu
BalasPadam