Ahad, 19 Oktober 2014

PERLU KE MANDI WILADAH (MANDI KERANA MELAHIRKAN ANAK)

Assalamualaikum...
 
Salam Ahad untuk semua. 
 
Dalam satu perbincangan di Radio IKIM.FM minggu lalu, ada persoalan mengenai Mandi Wiladah (Mandi kerana melahirkan anak) dan Mandi Nifas (Mandi selepas darah nifas tiada).  Barulah saya faham, bila masa mandi wiladah dan juga mandi kerana nifas perlu dibuat.
 
Ustaz tersebut (maaf ye namanya saya lupa pulak) menjelaskan bahawa:
 
  • Mandi wiladah hanya dibuat jika seorang wanita bersalin/melahirkan anak tapi tiada darah yang keluar mulai dari bayi tersebut dilahirkan hinggalah hari ke-15.
  • Mandi kerana nifas wajib dilaksanakan setelah seorang ibu yang melahirkan anak mendapati darah nifas tidak lagi keluar/tiada lagi.
 
Kebiasaannya, memang kita akan dapati para ibu yang melahirkan anak tak kiralah secara pembedahan atau normal, pasti darah nifas ada kan.  Jadinya, Ustaz tersebut memaklumkan bahawa para ibu hanya perlu mandi kerana nifas sahaja.
 
Ada juga persoalan kenapa tak mandi wiladah (sebagaimana kebiasaannya dibuat oleh para ibu yang bersalin...termasuklah saya)?  Jawapan yang diberikan sangat rasional iaitu, tujuan mandi wajib adalah membersihkan diri daripada sebarang hadas besar.  Kalau kita tengah didatangi darah nifas, jadinya, kita dalam keadaan masih berhadas besar lagi.  Jadi, hanya mandi kerana nifas sahaja yang perlu dibuat.  Alhamdulillah, sangat jelas dan faham tentang kedua-dua jenis mandi tersebut.
 
Ustaz tersebut turut menambah, darah nifas paling lama adalah 60 hari.  Jadi, jika darah masih lagi ada selepas 60 hari, para ibu mesti mandi wajib dan menunaikan ibadah yang diwajibkan.
 
Jika seorang ibu mengalami keguguran, mandi kerana nifas wajib dilakukan jika keguguran berlaku pada usia kandungan 40 hari di mana pada ketika itu, sperma bapa dan ovum si ibu telah bersatu dan terbentuk manusia.  Rujuk sini ye.  (maafkan saya dan betulkan saya jika saya tersilap menjelaskan di sini).  Kalau usia kandungan di bawah 39 hari, itu dikira darah haid biasa.
 
Harapnya perkongsian ringkas ini memberi maklumat dan menjelaskan kekeliruan selama ini.  Untuk lebih penjelasan, rujuklah orang yang memang mahir tentang agama dan diperakui pengetahuannya.
 
Salam sayang untuk semua...sebarkanlah sedikit ilmu untuk kebaikan bersama.
 


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage