Biasa kan dengar orang yang ada gout terpaksa menahan kesakitan bila gout menyerang. Mereka juga terpaksa berpantang dengan makanan laut terutamanya.
Jom, kita selami lebih mendalam lagi mengenai GOUT ni.
Gout ialah penyakit radang sendi. Gout berlaku akibat asid urik berlebihan dalam tubuh yang menyebabkan pembentukan hablur di dalam sendi. Situasi seperti ini menyebabkan pesakit berasa sangat sakit dan tidak selesa atau berasakan seperti ada pasir di dalam sendi ketika menggerakkan anggota badan. Jika dibiarkan berpanjangan, keadaan seperti ini boleh merosakkan sendi terbabit.
Sendi terbabit adalah yang kecil seperti jari tangan atau kaki, buku lali, lutut, pergelangan tangan dan siku. Bagaimanapun, kerosakan sendi lebih teruk akibat serangan gout yang berpanjangan boleh dicegah dengan menggunakan rawatan sesuai.
Pendekatan rawatan gout adalah menghilangkan rasa sakit dan mengurangkan serangannya. Namun perlu diingat, rawatan gout hanya boleh diberi atas nasihat doktor apabila asid urik dalam darah tinggi beserta symptom gout seperti bengkak pada sendi dan sakit ketika menggerakkan anggota badan.
Ketika serangan gout akut, doktor akan memberi ubat untuk mengurangkan ras sakit dan keradangan iaitu ubat anti radang bukan steroid (NSAIDs), colchicine atau glukokortikoid (kortikosteroid).
Ketiga-tiga jenis ubat ini menghalang proses semula jadi dalam tubuh badan yang menyebabkan bengkak dan symptom keradangan akibat gout. Contoh ubat NSAIDs adalah diclofenac, ibuprofen dan celecoxib.
Pesakit dinasihatkan mengambil ubat ini selepas atau bersama makanan bagi mengurangkan rasa perut tidak selesa akibat kesan sampingan ubat ini. Namun, pesakit yang mengalami ulser perut dinasihatkan tidak menggunakan ubat ini kecuali di bawah pengawasan doctor.
Pengambilan NSAIDs secara berterusan tanpa nasihat doktor tidak digalakkan. Pengambilan ubat ini pada dos yang tinggi dan dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, hati serta permukaan dalam pertu dan usus. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan penggunaan Colchicine ialah loya, muntah dan cirit-birit.
Bagi mengelak serangan gout berulang, paras asid urik dalam darah perlu berada ada paras normal. Oleh itu, ubat Allopurinol perlu diberikan kepada pesakit untuk menghalang pembentukan asid urik berlebihan dalam darah. Allopurinol hanya boleh dimulakan setelah symptom bengkak dan sakit sendi akibat serangan gout akut pulih.
Ujian makmal untuk memantau paras asid urik dalam darah perlu dilakukan sekurang-kurangnya sekali setahun. Pemantauan ini bertujuan memastikan kandungan asid urik dalam darah berada pada paras normal.
Tips yang disaran adalah mengurangkan berat badan, berhenti mengambil minuman beralkohol, mengurangkan pengambilan makanan kaya dengan purin seperti makanan laut, ikan bilis, kacang, kobis, tomato dan mengawal penyakit seperti tekanan darah tinggi dan paras kolesterol dalam darah.
Oppss...pergantungan kepada ubat boleh membawa kepada penyakit lain pulak kan. Jadi, supplement Shaklee boleh membantu anda mengurangkan/memulihkan penyakit gout. Yang penting makan supplement perlu konsisten ye.
Berminat dengan SET GOUT Shaklee..hubungi saya segera.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan