Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang.
Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain
pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari
zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman
remaja.
Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun,
walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca
sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk
seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga
terdekatnya juga mengidap migrain.
Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
1. Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda
amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.
Sakit kepala
Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan
biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh
dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah
secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang
sepenuhnya selepas 4-72 jam.
Kesakitan migrain boleh berada pada tahap
sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat
meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain.
Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa
bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam
seminggu.
Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa
serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang
terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam
bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga
mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.
Aura
Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:
- Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
- Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
- Masalah pertuturan
- Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran
Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam
perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula
beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini
diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang
secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih,
senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan
perhatian.
c. Faktor penyebab migrain :
- Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
- Persekitaran: merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
- Psikologi: Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
- Ubat-ubatan: rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
- Lain-lain: haid, pertukaran masa tidur, putus haid
Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama
bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain
tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.
Terima kasih SUMBER INFO
Jika anda mahu mencuba SET MIGRAIN SHAKLEE, boleh hubungi saya terus ye. Klik untuk lihat TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan