Isnin, 30 Jun 2014

PD MENGERAS???

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, hari ni menginjak hari kedua Ramadhan.  Syukur masih diberi kekuatan untuk meneruskan puasa.  Walau cuaca agak panas kat sini, tapi alhamdulillah, bila dah petang, cuaca dah redup.  

PD a.k.a. Performance Drink sangat disarankan pengambilannya terutama ketika bulan puasa.  Sebabnya, ia membantu meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 KALI GANDA, memberikan tenaga dan memelihara sirkulasi (aliran) bendalir dalam badan.

Bila dah buka je canister PD ni, kita MESTI SIMPAN DI DALAM PETI AIS untuk elakkan ianya dari mengeras.  Bukanlah tak boleh guna lagi kalau dah keras, tapi nanti kita ambil masa yang agak lama untuk ceduk dia.  

PD saya pun mengeras juga.  Memang susah kalau nak ambil.  Jadi, solusi terbaik untuk elak dia dari mengeras semula, saya keluarkan serbuk PD yang dah keras tu.  Pecahkan kepada beberapa bahagian kecil dan masukkan dalam lesung yang kita selalu pakai kat dapur tu.  Tumbuk sampai dia jadi serbuk semula. Masukkan dalam canister PD dan tutup rapat.  Simpan dalam peti ais.  Setiap kali lepas guna, pastikan simpan semula dalam peti ais ye.

PD ni memang kena pastikan sentiasa ada kat rumah ye.  Minuman wajib bukan aje bulan puasa, tapi kalau boleh sepanjang tahun.  Sesuai untuk semua ahli keluarga apatah lagi anak-anak kita yang bersekolah tu, minum air masak pun kena paksa.  Jadi, bila dah ada PD, sekurang-kurangnya ia membantu mengekalkan bendalir dalam badan dan elak hidrasi.

Ok, sekian tips dari saya.  AMALKAN ye.  Jumpa lagi.

Salam ramadhan dan jangan lupa terawikh dan witir dengan sempurna.

 

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
 >> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

PERBEZAAN SENDI STRESS DAN SENDI SIHAT

Jom kita lihat perbezaan SENDI YANG STRESS dan SENDI YANG SIHAT.  

Lepas tu, kita bandingkan dengan sendi kita....


Dah dapat jawapan yang mana satu keadaan sendi kita?  Mesti ramai yang pilih sebelah kanan kan....

Jadi, sebagai langkah meningkatkan kembali keupayaan sendi-sendi kita dalam melaksanakan tugasnya, saya syorkan ADVANCE JOINT HEALTH TABLET Shaklee.  Lagi bagus jika ia digandingkan dengan OSTEMATRIX Shaklee.





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Sabtu, 28 Jun 2014

ZINC COMPLEX

Zinc Complex Shaklee dirumus dari zinc glukonat semula jadi bergabung dengan nutrien semula jadi yang lain seperti kalsium dan serbuk alfalfa untuk menghasilkan zinc yang mudah untuk diserap oleh tubuh kita.  

Zinc sesuai untuk pengambilan jangka panjang.  Ianya berkesan dalam mengeluarkan logam toksik seperti kadmium dan plumbum dari tubuh.

Mari kita semak Manfaat Utama Zinc Complex Shaklee.....

Mengaktifkan 200 jenis enzim ~ zinc berkebolehan menggabungkan DNA, RNA dan protein, seterusnya merangsang generasi sel.  Ia juga mengaktifkan lebih 200 jenis enzim di dalam tubuh kita untuk memelihara metabolisma gigi dan pertumbuhan para remaja.

Membentuk kolagen ~ membantu pembentukan protein dan kolagen untuk pertumbuhan dan perkembangan kuku, kulit dan organ.

Memperbaiki diabetes ~ membantu pengeluaran insulin, mengekalkan fungsi insulin, seterusnya memperbaiki diabetes.

Bintik putih di kuku ~ bintik putih di kuku adalah tanda defisiensi zinc, yang boleh menyebabkan depresi, lemah daya ingatan, mudah sakit, pemulihan luka yang lambat, pembengkakan prostat anemia, lemah penglihatan atau hilang daya penglihatan.

Mempercepatkan penyembuhan luka ~ mempercepatkan pemulihan luka dalaman dan luaran, pemulihan selepas pembedahan, memperbaiki alergi dan bintik di kulit.  Hancurkan zinc dan tabur ke atas luka untuk mempercepatkan pemulihan luka.

Mempertingkatan sistem imun ~ membantu pengeluaran kelenjar thymus.  Kelenjar thymus mempertingkatkan sistem imun dengan pengeluaran T-cells untuk menentang kanser dan menghalang infeksi penyakit.

Memperbaiki masalah prostat ~ melindungi kesihatan prostat, memperbaiki dan menyembuhkan benign prostatomegaly dan keadaan kerap kencing.  Kajian menunjukkan pengambilan harian zinc dapat mengurangkan prostatomegaly/pembengkakan prostat dalam kadar 70%.

Kemampuan seks lelaki ~ pengambilan zinc untuk jangka panjang mampu memperbaiki kemampuan seks lelaki, impoten, meninggikan kiraan sperma.  Zinc yang secukupnya penting untuk keupayaan seks yang bertenaga.

Ovulasi wanita ~ wanita memerlukan zinc untuk ovulasi.  Zinc juga membantu penguncupan uterus mengembalikan daya ketahanannya.

Memperbaiki radang kulit ~ kajian menunjukkan pengambilan zinc sebnayak 4-8 tablet akan memperbaiki radang kulit seperti akne dan jerawat.

Mengekalkan deria bau ~ untuk mengekalkan deria bau yang sihat dan sensitif (rasa dan bau)







>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Jumaat, 27 Jun 2014

ZINC KHAZANAH ISTIMEWA LELAKI

Assalamualaikum.

Informasi penting untuk KAUM LELAKI:

Zinc di dalam prostat lelaki adalah 10 kali ganda dari organ lain.  Zinc memainkan peranan penting dalam organ seks lelaki.  Defisiensi yang serius akan mengakibatkan masalah seperti kematangan organ seks yang lambat, impoten, perkembangan yang kecil atau pincang pada testikel, kiraan sperma yang rendah, kemerosotan fungsi seksual, penuaan pra-matang dan gugur rambut.  Oleh yang demikian, zinc amat diperlukan dari remaja hingga ke umur tua.

Sebab itulah, bagi lelaki yang menghadapi masalah kesuburan, Zinc Complex disyorkan untuk diambil bagi memulihkan serta meningkatkan kualiti sperma itu sendiri.




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Khamis, 26 Jun 2014

PELANCARAN PRODUK BARU ~ COQHEALTH

SUBANG JAYA 8 Jun - Shaklee Products (M) Sdn. Bhd. (Shaklee Malaysia), melancarkan CoQHealth Plus yang dapat membantu menyokong jantung sihat dan menangani masalah penyakit kardiovaskular yang juga pembunuh nombor satu dalam kalangan rakyat Malaysia.


Presiden Shaklee Antarabangsa, Bradford Richardson berkata, produk terbaharu yang ditawarkan itu mengandungi kesemua perubatan semulajadi daripada campuran 28 miligram (mg) zat makanan larut lemak yang hadir secara semulajadi di dalam tubuh badan (CoQ10) beserta Vitamin E dan ekstrak teh hijau.

"Produk ini didatangkan di dalam bentuk kapsul dengan bantuan minyak kacang soya bagi memastikan penguraian serta penyerapan yang maksimum dalam sistem tubuh badan ketika diambil.  Dengan sebiji kapsul yang diambil sehari selepas makan, ia mampu menyokong penghasilan tenaga bagi jantung, meningkatkan peredaran serta membantu menambah dan mengekalkan paras CoQ10 di dalam darah serta juga kaya dengan lain-lain kebaikan," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam ucapan perasmian Persidangan Kebangsaan Shaklee 2012/2013.

Turut hadir ialah Pengurus Besar Serantau Shaklee, Victor Lim dan Naib Presiden Kanan Pemasaran Global Shaklee, Cindy Latham.




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Rabu, 25 Jun 2014

TIPS PENYUSUAN ~~ SIMPAN STOK SEBELUM NAIK KERJA

Assalamualaikum...

Kalau ikut tips di bawah ni, insya Allah boleh simpan 80oz stok susu sebelum kembali bekerja selepas cuti berpantang.   Yang penting, konsisten tau.


  • Minum air masak/mineral minimum 3-4 Liter sehari (minum segelas air setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi atau mengepam susu)
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
  • Pam susu setiap kali selepas menyusukan bayi, sebab payu dara masih produktif time ni.... katakanlah, setiap kali pam dapat 0.5oz, takpe.  Simpan dulu susu tu kat peti sejuk yang bawah.  6 kali pam dah dapat 3 oz kan.  Jadi, campurkan semuanya dalam satu bekas, kemudian barulah masukkan dalam tempat pembeku (freezer)
  • Pam susu antara jam 1 pagi – 6 pagi kerana hormon yang menghasilkan susu sangat tinggi pada waktu ni (lagi bagus kalau boleh  pam pada waktu yang sama aje setiap hari...yang ni kena set jam ye)
  • Pam susu serentak semasa menyusukan bayi
  • Minumlah air dan makan makanan yang berkhasiat di antara waktu makan ~~ waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam (contoh: nestum, oat, horlick dan sebagainya)
  • Amalkan minum air madu 3x sehari ~~ pagi, petang dan malam (campurkan dalam minuman kegemaran kita pun boleh)
  • Praktikkan konsep makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
  • Pastikan bayi menghisap pada satu payudara sampai puas, kemudian barulah tawarkan pada payudara sebelah lagi
  • Perlu ada minda yang positif bahawa bayi kenyang dan cukup susu yang dihasilkan
  • Jangan fokus pada kuantiti, fokus pada kualiti dan kekerapan sesi mengepam

Sentiasalah mohon kepada Allah kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyusukan si manja at least sampai umur dia 2 tahun.  :-)

Nak tingkatkan kualiti dan kuantiti penyusuan dengan Set Penyusuan Shaklee....klik SINI ye.





>> Zahiti | 019 705135 
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda 
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 
 produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Isnin, 23 Jun 2014

CARA JADI AHLI SHAKLEE DAN KELEBIHANNYA

Assalamualaikum semua pengunjung kedai maya saya ni.

Hari ni saya nak kongsikan cara jadi Ahli Shaklee dan seterusnya menjadi sebahagian daripada group biz Shaklee saya ni.  Bila dah tahu cara dan kelebihannya, mudahlah kita nak tetapkan matlamat dan terus pecut sampai ke puncak.

Bagaimana Caranya?
Pilihan pertama:  Yuran pendaftaran hanyalah RM65 seumur hidup....tak payah nak renew every year....ATAU;
Pilihan kedua:  Buat pembelian produk Shaklee dalam lingkungan RM700 (free registration) dan melayakkan anda dapat 200 point dan bulan depan cek la kat akaun anda, bonus pertama anda dengan Shaklee dah pun masuk.

Bagi saya details: nama, no kad pengenalan, no tel, alamat, nama bank dan no. akaun, nama pasangan (jika ada) Urusan lain tu, saya yang settle kan k.

Yuran Keahlian.
Bayaran RM65 (yuran keahlian) + RM10 ( bayaran pos untuk beg kit Shaklee).  Bayaran ni bank in kepada akaun saya ye. 

Tak perlu maintain point, jika:
Anda hanya nak dapatkan diskaun dengan pembelian supplement Shaklee yang anda / keluarga anda ambil setiap hari.

Tapi, jika anda memang berniat untuk menjadikan Shaklee sebagai side income atau pendapatan utama anda, ha...yang ni kena la buat marketing dengan betul  (yang ni akan saya ajar bila anda dah join group saya).

Kelebihan Jadi Ahli Shaklee ~ Bonus Shaklee

  • Duit tunai
Shaklee dah tetapkan kalau kita dapat at least 150 point setiap bulan, kita confirm dapat bonus dalam bentuk duit (Shaklee bank-in terus ke akaun anda pada pertengahan bulan bagi points yang kita dapat bulan sebelumnya).

  • Trip melancong
Ada point tertentu yang perlu kita capai dan melayakkan kita dapat trip percutian setaraf 5 bintang sama ada dalam negara/luar negara (yang ni Shaklee akan tetapkan destinasinya).  Bukan kita pergi seorang2 ye, kita juga boleh bawak family members kita yang lain.  Kita boleh pilih sama ada nak pergi umrah atau percutian ke luar negara jugak.  Kan ke best tu!  Semua perbelanjaan, Shaklee tanggung ye.  Kita cuma keluarkan duit poket nak shopping je.

  • Bonus kereta
Yang ni pun dapat dalam bentuk cash, tapi dinamakan Car Bonus.  Kita boleh gunakan duit tu untuk beli kereta idaman/bayar cukai jalan/atau apa ajelah yang kita nak belanja.

  • National Convention (NC)
Ni adalah konvensyen tahunan Shaklee bagi menghargai semua pengedar Shaklee yang telah mencapai tahap jualan yang ditetapkan bagi tahun sebelumnya.  Kat sinilah bermacam award akan disampaikan.  Dari rank Supervisor, Senior Supervisor, Coordinator, Senior Koordinator, Key Koordinator, Senior Key Koordinator, Master Koordinator dan Presidential Koordinator.   Dapat tajaan penginapan mewah, makan malam, hotel 5 bintang dan macam-macam acara lagi lah.

Kelebihan Bernaung di Bawah Group Biz Saya
Anda akan dimasukkan dalam kumpulan rahsia yang menggunakan medium utamanya Facebook, Whatsapps.

Group ini akan mendedahkan dan membimbing anda cara marketing online, rahsia berjaya dalam bisnes online, info dan cara pengambilan produk untuk hasil yang lebih berkesan, aspek teknikal dalam mengendalikan blog dan FB dan macam-macam lagi lah,.

Berminat?  Hubungi saya di etncobiz@gmail.com / 019 7051235.  Saya sedia menanti anda.
 



>> Zahiti | 019 705135 
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda 
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Ahad, 22 Jun 2014

KULIT CANTIK DAN HALUS HANYA DENGAN ESP

Assalamualaikum semua.  Tengok tajuk, mesti dah tahu apa yang saya nak kongsikan hari ni kan.  Heheheh, tentulah ESP, susu berasaskan soya…rasanya memang sedap.  Boleh ditambah dengan apa juga minuman kegemaran tapi bukan air berkafein, air panas atau air berkarbonat.  Ini bagi menjamin kesemua zat yang terkandung dalam ESP dapat menyerap dalam tubuh kita dengan baik.

Ramai yang mengakui, bila dah ambil ESP, kulit lebih halus, licin, kulit muka tak berminyak, dan jerawat pun malu nak singgah dah.

Kali ni nak kongsi testimoni ESP yang bukan hanya ibu dapat manfaat tapi kena juga tempiasnya pada si kecil.  Best kan!





Cuma dengan 3 sudu sehari ESP, mereka dah dapat manfaatnya.  Memang puas hati kan.  Tak mahal pun satu canister cuma RM150.00 sahaja, boleh tahan 2,3 bulan. 

Bagi yang ibu yang memang fully breastfeeding, teruskan, teruskan dan teruskan ye.  Bila badan ibu sihat, cergas tentunya si manja dan keluarga dapat kita urus dengan baik kan.

Khidmat nasihat penyusuan dan tips mengenainya akan saya update selalu kat blog ni.  Gembira dapat bantu orang lain menjalani hidup gembira.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Sabtu, 21 Jun 2014

KEAHLIAN SHAKLEE

Assalamualaikum semua.
Didoakan hari ni lebih baik dari hari-hari sebelumnya ye.
Biasanya kita teruja nak buat member card yang ditawarkan pasaraya besar, syarikat jualan langsung macam AVON, Cosway.  Sebabnya boleh dapat potongan harga istimewa pada setiap pembelian atau hari-hari tertentu bila company tu buat offer, betul tak.  Kos buat member card biasanya RM12 setahun.  Kena renew setiap tahun.  Kalau kerap berbelanja kat situ dan point mencukupi, adalah rezeki renew card tolak daripada points yang kita kumpul.  Kalau tak, bayar jelah RM12.00 tu.  Setahun RM12....kalau sepanjang umur kita nak renew, berapa pulak kosnya.  Senang-senang diorang tu dapat keuntungan besar hanya dari buat member card sahaja.  Wow, marketing strategy yang bagus.
Tapi di Shaklee, kalau jadi member, hanya perlu keluarkan modal sebagai ahli/pengedar sekali sepanjang hidup...kalau ada pasangan, automatic pasangan kita pun jadi ahli juga.  RM65 aje, murah kan.  Lepas tu, setiap kali beli produk Shaklee, akan dapat penjimatan sehingga 20-30%.  Untung!
Once dah jadi ahli/pengedar Shaklee, setiap bulan kita layak dapat bonus berdasarkan nilai pembelian tertentu yang kita buat.  Tak kiralah kita pakai sendiri ke produk tu atau jual kepada orang lain.  At least setiap bulan kita belanja RM450 atau 150 UV (point) untuk melayakkan bonus dibayar kepada kita setiap pertengahan bulan (bonus ni berdasarkan pembelian kita 1-30/31hb bulan sebelumnya) dan akan dikreditkan terus dalam akaun bank kita.
Memang mudah...kesihatan tambah baik dengan pengambilan supplement Shaklee, pastu dapat lagi bonus.  Ada jugak duit lebih untuk family, betul tak?
Jom sembang-sembang dengan saya pasal ni.  Nanti saya terangkan panjang lebar pada anda ye.
Happy sharing everyone...
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Khamis, 19 Jun 2014

CINCH ENERGY TEA MIX


Adunan Proprietari Teh Putih, Merah dan Hijau Matcha yang ada umph!


Teh eksotik putih, merah dan hijau matcha dipetik dan diadun dengan berhati-hati untuk mewujudkan minuman luar biasa hebat.  Ia dapat meningkatkan tenaga segera secara semulajadi dan rasa nyaman. 


  • Boleh diminum sama ada panas ataupun sejuk.
  • Minuman alternatif terbaik bagi menggantikan minuman bergula dan kopi.
  • Didatangkan dalam bentuk sachet, bagi memudahkan dibancuh bagi setiap satu hidangan.

Tanpa perasa, pewarna dan pemanis tiruan



>> Zahiti | 019 705135 
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera


produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Rabu, 18 Jun 2014

SET PENYUSUAN YANG MANA NAK PILIH?

Pening dok fikirkan bulan puasa dah nak dekat, tapi bimbang la susu untuk si kecil tu cukup.  Stok pun tak banyak dah ni.

Perasaan tu jugalah pernah saya alami.  Risau sangat tak dapat supply susu secukupnya untuk si kecik tu.  Niat di hati memang nak fully breastfeed si kecik tu.  Memang dah tanamkan niat masa mengandung lagi, walau apa pun keadaan, mohon Allah sentiasa beri peluang untuk diri ni terus breastfeed si kecil.  Syukurlah, bila google, jumpa solution untuk masalah saya.  Baca testimoni yang dah ambil set penyusuan yang ditawarkan, lagilah hati kuat nak cuba.

Pilihan Set Penyusuan yang mana nak pilih?  Ok, kat bawah ni saya terangkan.  Anda baca dan pilih, ikut kesesuaian ye.  Ada 4 pilih set penyusuan yang Shaklee tawarkan.

Pilihan 1 ~ SET B
  • terdiri daripada Alfalfa, Vitamin B Kompleks, Vitamin C dan Multivitamin (Vitalea)
  • sesuai untuk ibu yang tak menghadapi masalah penyusuan
  • tujuan utama pengambilan supplement ni ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
  • Alfalfa pula membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
  • bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini memang membantu
  • kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan/berpantang kerana tidak sesusi untuk bayi yang mengalami jaundice dan bayi mungkin mengalami cirit-birit disebabkan alfalfa

Pilihan 2 ~ SET EU-FOUR-PACK
  •  terdiri daripada Vitamin B Kompleks, Multivitamin (Vitalea) dan Kalsium (ostematrix)
  • sesuai untuk ibu yang mengalami susu merudum ketika haid (PMS)
  • sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat 
  • sangat sesuai untuk ibu yang tidak minum susu sebab Ostematrix mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Ostematrix ni adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan Vitamin D
  • set ini selain membantu ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur, ianya juga diperlukan dalam pembentukan tulang dan gigi si kecil

Pilihan 3 ~ SET E
  • terdiri daripada Vitamin B Kompleks, Vitamin C, Multivitamin (Vitalea), kalsium (Ostematrix) dan alfalfa
  • sesuai untuk si ibu yang mengalami susu merudum ketika haid (PMS) 
  • sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat
  • sangat sesuai untuk ibu yang tidak minum susu sebab Ostematrix mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
  • Ostematrix ni adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan Vitamin D
  • set ini selain membantu ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur, ianya juga diperlukan dalam pembentukan tulang dan gigi si kecil
  • sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
  • bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini memang membantu
  • set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding SET B dan SET EU-FOUR PACK kerana alfalfa dan kalsium (ostematrix) bertindak sebagai milk booster

Pilihan 4 ~ SET 3M (inilah set yang saya ambil, dan hasilnya memang best, macam nak nangis gembira bila tengok setiap kali perah tak muat botol susu)
  • mengandungi SET B, kalsium (ostematrix) dan ESP
  • highly recommended bagi ibu yang mengalami masalah penyusuan...walau dah perah setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari, maka set ini membantu/membaiki mana-mana kekurangan dalam tubuh atau ketiadaan zat yang diperlukan badan
  • set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyak stok susu yang banyak
  •  bagi ibu yang baru mula nak menyimpan stok, ini adalah pilihan yang paling tepat dan bijak
  • set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi, induce relactation.  sebagai contoh, ibu telah berhenti menyusukan anak, jika amalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, dan amalkan tips yang akan saya beri, insya Allah, penyusuan boleh dimulakan semula.

Penyusuan si kecil memerlukan tubuh ibu sentiasa sihat, cergas dan nutrisi serta zat dalam badan mencukupi.  Melalui pemakanan yang seimbang dan ditambah dengan pengambilan makanan tambahan (supplement), pastinya penyusuan akan menjadi moment terindah untuk diingat sepanjang hayat.

Jadi, ibu-ibu di luar sana, jangan sekali-kali abaikan keperluan tubuh badan anda ye.  Bila badan kita sihat, pastinya si kecil juga akan mendapat manfaat, keluarga juga tak terabai.

Setiap pembelian set-set ni, saya akan berikan konsultasi terbaik untuk membolehkan ibu-ibu mendapat hasil yang diharapkan.  Ini adalah sebahagian usaha kecil kita untuk menyahut seruan agama, menyusukan anak sehingga 2 tahun.

Happy sharing.



 >> Zahiti | 019 705135 
 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda 
 >> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Selasa, 17 Jun 2014

TIPS UNTUK IBU BEKERJA

Assalamualaikum..
Hari ni nak berkongsi tips untuk ibu-ibu yang akan kembali bekerja setelah cuti berpantang.  Harapnya perkongsian ni membantu ye.
  • Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti menyediakan stok susu perahan, melatih pengasuh dan sebagainya.
  • Pastikan terdapat simpanan perahan susu ibu yang mencukupi.
  • Usahlah memberi tekanan kepada diri anda dan jangan lupa untuk beristirehat, walaupun sebentar.
  • Amalkan pemakan bernutrisi, seimbang dan banyakkan minum air.
  • Bangun 30 lebih awal dan susui bayi walaupun dia masih separa tidur
  • Bersarapan pagi yang baik dan susui bayi sejurus sebelum ibu ke tempat kerja.  Amalan ini akan meredakan keresahan sebelum ‘berpisah’ dengan bayi.
  • Untuk memastikan bayi tidak terlalu kenyang ketika pulang ke rumah, minta pengasuh memberi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja sebelum anda mengambilnya.  Ketika tiba di rumah, payu dara mungkin penuh dan anda mungkin ingin menyusui bayi dengan segera.
  • Susui bayi dalam 1 jam pertama setelah kembali ke rumah 
Tips:  anda dinasihatkan uruskan diri anda dahulu, tukar pakaian kerja, mandi dan makan sebelum menyusui bayi, kerana mungkin bayi ingin bersama anda dalam tempoh waktu yang agak lama.
  • Dalam beberapa minggu pertama bekerja, ibu mungkin perlu memerah dengan kerap.  Setelah beberapa hari, payu dara akan menyesuaikan dengan jadual baru dan ibu akan berasa  lebih selesa.  Ibu mungkin hanya perlu  memerah dua kali ketika bekerja (10 pagi dan 2 petang atau ketika makan tengah hari)
  • Janganlah tidak memerah susu selama lebih daripada 3-4 jam.  Ini mungkin mengakibatkan bengkak susu.  Urut payu dara sambil mengepam agar ibu berasa lebih selesa.
  • Sekiranya payu dara mengalami kebocoran (susu menitis dengan sendiri) secara tiba-tiba, beri tekanan kepada putting anda menggunakan tapak tangan anda selama 1 minit.  Melipat lengan anda di payu dara turut membantu menghentikan kebocoran.
  • Gunakan pelapik coli di dalam coli untuk menyerap air susu dan berhati-hatilah dengan penggunannya kerana ada kalanya boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan menyebabkan keadaan puting luka, melecet atau yang terkena jangkitan kuman akan menjadi lebih teruk.  Penggunaan pada jangka masa panjang adalah tidak disyorkan.
  • Pastikan payu dara dikosongkan dengan efektif setiap sesi memerah atau penyusuan untuk memastikan penghasilan susu yang optima.  Pengosongan payu dara yang efektif memberikan signal “permintaan” yang betul kepada otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. 
Fakta:  di dalam susu ibu terdapat sejenis whey protein FIL (feedback Inhibitor for Lactation) yang mana akan menghantar signal negatif kepada otak sekiranya payu dara dibiarkan penuh.
  • Penghasilan susu bergantung kepada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.  Ibu tidak perlu meminum susu khas untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. 
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau perunding laktasi.
 
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Isnin, 16 Jun 2014

ADA APA DENGAN OMEGA GUARD

Assalamualaikum.

Sebelum cuti sekolah hari tu, macam biasalah sekolah anak sulung saya, si kakak adakan Hari Bertemu Pelanggan.  Tujuan utamanya mestilah perjumpaan ibu bapa dengan guru kelas kan.

Bila turn saya dan suami jumpa dengan Cikgu Zulaiza, guru kelas anak saya merangkap guru matematik, cikgu tunjuklah pencapaian anak saya sepanjang penggal pertama.  Alhamdulillah, banyak progress yang kakak capai berbanding dia di tahun satu dulu.  Cikgu Zulaiza ada maklum, dalam kelas kakak memang takde mendatangkan masalah, kalau cikgu buat kuiz, kakak antara orang yang pertama akan angkat tangan dan akan jawab dengan betul.  Bila tak bawak buku, kakak akan berusaha buat latihan dalam kertas lain dan tampal dalam buku latihan yang dia tertinggal....

Alhamdulillah, syukurlah.  Semenjak kakak konsisten ambil Omega Guard setiap hari, banyak perkembangan positif yang dia capai.  Omega ni membantu tingkatkan kecerdasan otak dan memelihara sendi-sendi jugak.  Pagi petang bersekolah, tengok muka kakak pun tahu penat.  Tu yang pastikan stok Omega sentiasa ada dalam peti ais.  Mudah kakak nak ambil omega.  Adik-adik kakak yang lain, belum pandai lagi makan Omega macam tu je.  Takpe, perlahan-lahan nanti, saya perkenalkan pada adik-adik kakak.

Sebenarnya bukan kakak je pengamal Omega kat rumah tu, saya dan suami pun amalkan pengambilannya.  Kitorang ambil sebab nak bakar lemak2 degil kat badan ni....hihihi.

Ok, sampai sini aje.  Esok2 kita jumpa lagi.




>> Zahiti | 019 705135 
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda 
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Sabtu, 14 Jun 2014

BASIC H! MEMANG BERKESAN

Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkat. 

Basic H! Memang berkesan.  Dah macam-macam cara saya buat untuk tanggalkan kesan kotoran pada baju anak-anak.  Iyalah anak-anak yang sedang membesar, memang aktif.  Susah nak tanggalkan kotor kat baju diorang.  Rendam dengan clorox, guna sabun yang mahal, letak bedak talkum, guna sabun mandi...tapi kotoran tetap ada dan penat menyental.

Memandangkan Basic H ada kat rumah, saya try and error je lah rendam baju-baju yang kotor dan tambahkan Basic H.  Biasanya, saya rendam semalaman.  Sebelum ni saya guna Basic H untuk mop lantai, memang best jugak, saya dah tak payah nak bilas lantai tu dan lantai tu tak tinggalkan kesan licin, memang best.

Ok, ok...kita balik pada cerita baju yang kotor tadi tu.  Dengan penuh semangat nak menyental baju-baju tu, tapi alhamdulillah, bila angkat satu baju yang kena air coklat, dah takde pun kesan air coklat tu.  Puas belek.  Wow, ni dah cukup best ni.  Ambil pulak baju rendaman yang lain, baju putih sekolah, yang ni kena sental sikit sebab kotoran tu pun dah lama.  Kalau kotoran yang baru mesti dah siap-siap hilang dek penangan Basic H.

Sekarang, kerja-kerja mencuci baju-baju yang kotor jadi lebih mudah dan menjimatkan masa saya.  Boleh lah saya peruntukkan masa tu untuk update blog, FB dan page saya.  Heheheh.  Bila basuh baju anak-anak yang kotor sangat, saya akan tuang anggaran sesudu teh Basic H dalam basuhan beserta sabun serbuk yang biasa.  Syukurlah, sampailah hari ni, anak-anak takde alahan bila pakai baju yang dibasuh dengan Basic H.  MEMANG BERKESAN.

Hati Mama banyakkkkkk senang dengan Basic H.

Basic H, memang superb dalam menjalankan tugasnya untuk kegunaan house hold.  Memang berbaloi-baloi.  

Jom, saya hantarkan Basic H terus ke rumah anda. :-)


 >> Zahiti | 019 705135 
 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda 
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Jumaat, 13 Jun 2014

TESTIMONI OSTEMATRIX

Kita sedia maklum, pengambilan kalsium yang mencukupi akan membantu tubuh menjalankan fungsinya dengan lebih baik.  Ostematrix Shaklee sangat dicadangkan pengambilannya setiap hari.  Hanya 4 biji sebelum tidur sudah dapat menampung dan mengisi mana-mana kekurangan kalsium dalam tubuh.  Bagi yang tidak gemarkan susu sebagai sumber kalsium utama dalam tubuh, ambillah Ostematrix Shaklee ni.

Ostematrix Shaklee juga adalah antara yang terkandung dalam Set Hamil, Set Sendi, Set Bersalin yang dicadangkan.

Ikuti perkongsian rakan-rakan yang telah menjadikan amalan memakan Ostematrix Shaklee setiap hari.


 sakit ngilu tiada sakit pinggang pun hilang.  Best3
 suami tak mengeluh lenguh kaki lagi, tidur pun aman.  Suka3

badan dah tak rasa sakit lagi.  Wow3
Bukan itu aje, kalau ambil Ostematrix Shaklee ni masa pantang, sembelit susah nak hinggap tau.
 
Kalau ambil masa hamil, badan tak sakit, pertumbuhan tulang dan gigi bayi pun bagus.
 
Sesiapa yang kerap sakit gigi, cubalah Ostematrix Shaklee, pasti sakit tak nak singgah kat kita.
 
>> Zahiti | 019 705135 
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda 
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
 >> FanPage: Sihat Sejahtera 

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Khamis, 12 Jun 2014

BANYAKNYA FUNGSI OSTEMATRIX

1. Menguatkan Tulang
– Kalsium menguatkan tulang belakang dan memastikan bentuk yang betul kepada badan selain daripada mengurangkan risiko sakit belakang. Kalsium membantu menjadikan tulang berada dalam ke
adaan yang baik dan mencegah sakit tulang seperti artritis dan osteoporosis yang boleh menjejaskan pergerakan bebas selain dari menjadi amat menyakitkan.

2. Mencegah Obesiti
- Kalsium dapat membantu dalam mengekalkan berat badan optimum bagi lelaki dan perempuan. Jika terdapat mana-mana kekurangan kalsium dalam diet anda, badan akan cenderung untuk melepaskan hormon paratiroid, yang seterusnya merangsang tulang untuk melepaskan kalsium ke dalam aliran darah anda untuk mengimbanginya. Dari segi lain, hormon paratiroid juga merangsang pengeluaran lemak dan mencegah pembuangannya, yang sekali lagi boleh membuat anda gemuk. Jadi pastikan anda mengambil jumlah kalsium yang betul, supaya obes tidak terjadi dengan bahaya kesihatan lain yang berkaitan.

3. Melindungi Otot Jantung
- Kalsium melindungi otot jantung anda. Jumlah kalsium yang mencukupi membantu otot jantung untuk melakukan penguncupan dan pengembangan betul. Kalsium juga membantu sistem saraf untuk mengekalkan tekanan di dalam arteri anda. Jika terdapat penurunan kalsium, sejenis hormon yang dipanggil calcitrol dilepaskan yang bertindak dengan otot lembut arteri, dan dengan itu meningkatkan tekanan darah. Otot jantung memerlukan ion kalsium extracellular untuk penguncupan. Apabila kepekatan intrasellular kalsium meningkat, ion kalsium berkumpul bersama-sama dengan troponin protein yang merangsang cecair extracellular dan ruang intraselular, malah otot rangka, yang hanya diaktifkan oleh kalsium yang disimpan dalam reticulum sarcoplasmic.

4. Mengelakkan Kanser Kolon
- Kalsium yang mencukupi mengurangkan risiko keseluruhan kanser kolon dan mengelak pertumbuhan polip yang boleh membawa kepada kanser. Suplemen kalsium dapat mengurangkan risiko adenomas, juga dikenali sebagai tumor nonmalignant di dalam kolon. Ini sebenarnya adalah pelopor kepada kanser kolon, namun ia masih tidak diketahui jika pengambilan kalsium mengurangkan risiko kanser sepenuhnya. Kalsium berlebihan akan tinggal di dalam usus anda setelah badan anda menyerap apa yang diperlukan. Dalam perjalanan melalui kolon, kalsium yang tidak diserap ini dipercayai untuk mengikat sel-sel kanser supaya ia dikumuhkan bersama-sama dari badan. Kajian telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan sumber kalsium dan supplemen kalsium memberikan kesan perlindungan ini.

5. Mencegah Sindrom Pra Haid
- Jumlah kalsium yang mencukupi mengurangkan gejala-gejala sindrom pra haid; pening kepala, perubahan mood, tekanan darah tinggi dan sebagainya. Tahap kalsium yang rendah mungkin mencetuskan pengeluaran hormon yang menyebabkan hilang mood termasuk cepat marah dan kemurungan.

6. Mencegah Batu Karang
– Batu karang sebenarnya deposit terhablur kalsium dan lain-lain mineral dalam saluran kencing manusia. Bentuk yang paling umum batu karang ialah batu-batu oxalate. Sebelum ini, ia dianggap bahawa pengambilan kalsium yang tinggi atau penyerapan kalsium tinggi membangunkan batu karang, tetapi kajian terkini menunjukkan bahawa pengambilan kalsium diet tinggi mengurangkan bahaya batu karang dengan baik. Secara ringkasnya, kalsium tidak menyebabkan batu karang, tetapi kalsium yang hadir berlebihan di dalam air yang mengakibatkan batu karang. Faktor-faktor lain seperti penggunaan oxalate tinggi daripada sayur-sayuran berdaun seperti kale dan bayam, kekurangan minum air boleh menjadi punca besar untuk batu karang.

7. Memastikan Tahap pH Alkali Yang Sihat
- Makanan ringan, gula yang berlebihan dan barangan di dalam tin menyumbang pembentukan asid dalam badan, yang boleh menimbulkan pelbagai penyakit seperti kanser, batu karang dan darah tinggi. Kalsium membantu untuk mengekalkan tahap pH yang sihat, seterusnya meningkatkan kecergasan dan kesihatan secara keseluruhan.

8. Kawalan Tekanan Darah
- Beberapa penyelidikan mengisytiharkan bahawa diet vegetarian dengan jumlah yang tinggi dengan kalsium, magnesium dan kalium dan serat akan mengurangkan tekanan darah. Walaupun penyelidik lain membuat kesimpulan dengan pendapat yang berbeza dan berkata bahawa pengambilan kalsium menyebabkan darah tinggi. Kemudian ia melihat bahawa sebab bagi keputusan itu adalah kerana kajian-kajian ini menguji kesan nutrien tunggal dan bukannya sumber-sumber makanan yang mempunyai kandungan nutrien. Institut Kesihatan Negara menjalankan penyelidikan yang dikenali sebagai "Pendekatan Pemakanan Hentikan Tekanan Darah Tinggi (DASH) ". Diet "tipikal American" berbanding dengan dua diet diubah yang kaya dengan buah-buahan dan sayur-sayuran dan kombo "DASH" diet yang disumbat dengan buah-buahan, sayur-sayuran, dan kalsium. Hasil kajian menunjukkan peningkatan pengambilan kalsium menyebabkan tekanan darah menurun.
 
*Untuk membantu menguji kesan gabungan nutrien termasuk kalsium dari makanan pada tekanan darah, satu kajian telah dijalankan untuk menyiasat kesan pola makan pelbagai tekanan darah. Secara keseluruhan didapati bahawa pengambilan makanan yang mencukupi buah-buahan dan sayur-sayuran serta kalsium memainkan peranan penting dalam mengawal tekanan darah.*

9. Mengekalkan Gigi dan Gusi yang sihat
- Kalsium melindungi gigi anda dengan menjaga tulang rahang yang kuat dan kukuh sepanjang kehidupan anda, yang seterusnya memastikan gigi kuat di mana bakteria tidak boleh berkembang. Oleh itu, sebelum gigi dan gusi anda mula memberi masalah, amalkan diet yang kaya kalsium dengan teratur. Pengambilan kalsium seharusnya tinggi terutama dari usia muda.

10. Membantu Pengangkutan Nutrien
- Kalsium membantu nutrien bergerak mudah melintasi membran sel.

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Rabu, 11 Jun 2014

KEPENTINGAN KALSIUM SEMASA HAMIL

Sumber info dari SINI
 
 Apabila bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber tumbesaran tulang.
 
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang. Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
 
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia tua.

“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
 Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
 
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300 miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang diperlukan orang dewasa.

Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli 
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium, mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya kontraksi.

“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
 
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
 
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat. Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
 Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
 Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
 
  Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula mahupun sewaktu kedatangan haid.

“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.

Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.

****************************

Kalau tanya saya, pilihan saya tentulah Ostematrix Shaklee yang merupakan gabungan Calcium Magnesium dan lengkap dengan vitamin D.  Sebiji Ostematrix membekalkan 250mg kalsium dan 100IU vitamin D .

Jadi, bagi melengkapkan 100% nilai harian vitamin D dan kalsium dalam tubuh, kita hanya perlu ambil 4 biji Ostematrix Shaklee sehari sebelum tidur.

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

nRelate Posts and Homepage