Sumber info dari SINI
Apabila bercakap mengenai kepentingan kalsium, kebanyakan daripada
kita sering kali merujuk zat itu hanya untuk kanak-kanak sebagai sumber
tumbesaran tulang.
Bagi orang tua pula, ia penting bagi mengelakkan pereputan tulang.
Jarang sekali orang muda atau yang berada di usia pertengahan mengambil
berat mengenai pengambilan kalsium dalam struktur diet harian mereka.
Selain diperlukan golongan dewasa yang aktif, tahukah anda bahawa
kalsium adalah zat yang amat penting bagi ibu-ibu hamil? Kekurangan
pengambilan kalsium atau kealpaan dalam memberi tumpuan terhadap zat
kalsium sebenarnya boleh menyebabkan komplikasi semasa meneran saat-saat
melahirkan anak. Lebih buruk, kesannya akan berterusan sehingga usia
tua.
“Saya terkejut apabila ada doktor yang tidak mempraktikkan pemberian pil kalsium kepada ibu-ibu mengandung ketika membuat pemeriksaan bulanan. Kalsium dilihat sebagai satu zat yang amat penting di samping zat besi, folik, potasium dan lain-lain,” kata pembuka Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya (PPSDSJ), Dr. Delilah Ahmad.
Beliau yang mahu semua ibu hamil tidak memandang remeh keperluan kalsium juga berharap agar golongan suami turut mengambil peranan mengingatkan pasangannya. Apabila berjumpa doktor dalam sesi pemeriksaan, pasangan dinasihatkan agar jangan segan untuk meminta pil kalsium di samping mengamalkan diet tinggi zat kalsium.
“Sebanyak 75 peratus ibu-ibu hamil tidak mengambil keperluan kalsium yang mencukupi dan ketidaksedaran ini akan memberi kesan kepada mereka khususnya pada semester ketiga mereka mengandung dan saat-saat melahirkan anak,” kata beliau.
Jelas Delilah, ibu hamil lazimnya memerlukan 1,200 hingga 1,300
miligram kalsium sehari iaitu tambahan 300 hingga 500 miligram zat yang
diperlukan orang dewasa.
Ia bermakna seseorang itu perlu mengamal pengambilan susu segar
sebanyak satu liter setiap hari. Delilah yakin, ibu-ibu sekarang kurang
mengamalkan pengambilan susu, sama ada tidak meminatinya atau ada pula
yang mempunyai masalah tidak boleh bertoleransi dengan laktosa.
“Jika ibu-ibu hamil ini tidak suka mengambil susu, saya percaya terdapat banyak susu berperisa di pasaran khas untuk mereka. Pengambilan keju, dadih dan makanan yang berkaitan dengan susu juga boleh diamalkan bagi menggantikan susu.
“Selain produk tenusu, ibu-ibu hamil boleh mengambil makanan pejal yang tinggi zat kalsium termasuk sayur-sayuran, buah-buahan dan ikan bilis, salah satu makanan yang mempunyai kandungan kalsium paling tinggi,” katanya.
Diet sumber asli
Kata Delilah, walaupun ibu-ibu itu dibekalkan dengan pil kalsium,
mereka tetap perlu mengamalkan diet sumber asli seperti yang di
senaraikan itu.
Kalsium yang diambil itu amat berguna untuk kekuatan tulang khususnya
bagi ibu-ibu yang memerlukan zat tersebut bagi kekuatan menanggung
berat bayi secara fizikal.
Selain itu, kalsium juga penting untuk pembekuan darah, menstabilkan
transmisi impuls saraf dan untuk merehatkan otot sewaktu berlakunya
kontraksi.
“Banyak penyelidikan dan kajian, atau lebih tepat kira-kira 14 kajian yang disenarai dalam Jurnal Persatuan Perubatan Amerika mendapati kalsium yang tidak mencukupi meningkatkan risiko praeklampsia iaitu gejala tekanan darah tinggi,” terang Delilah.
Keadaan itu dikatakan berlaku selepas 20 minggu kehamilan bersama
dengan masalah lain. Difahamkan juga pra-eklampsia berpotensi membawa
maut bagi ibu dan bayi akibat kenaikan tekanan darah tinggi.
Secara amnya, kalsium yang sedia dimiliki ibu akan diserap oleh bayi
semasa dia membesar terutamanya dalam proses pembentukan tulang. Kesan
paling ketara adalah ibu hamil akan kekurangan kalsium pada jumlah yang
besar khususnya di akhir tempoh kehamilan.
Kegagalan menggantikan kalsium yang diserap oleh bayi boleh
menyebabkan ibu-ibu itu kehilangan gigi pada usia yang lebih muda
daripada sepatutnya. Mereka juga berisiko tinggi menghidap osteoporosis.
“Mereka yang mempunyai ketumpatan jisim tulang yang sangat rendah akibat kekurangan kalsium dan berat tulang yang kecil berpotensi besar mengidap osteoporosis dan pada kadar lebih cepat. Untuk mengesan jisim dan densiti tulang, mereka boleh membuat pemeriksaan di hampir semua klinik umum,” katanya yang turut mencadangkan agar pemeriksaan itu dilakukan sebagai langkah memahami lebih lanjut keadaan tulang badan.
Kehilangan kalsium
Kehilangan kalsium dalam kalangan ibu hamil secara relatif lebih
banyak iaitu sekitar tiga hingga 10 peratus berbanding wanita menopaus
yang kehilangan satu hingga tiga peratus.
“Itupun sudah dikira banyak. Bayangkan dengan kehilangan lebih tujuh peratus? Kehilangan ini berpunca daripada permintaan yang tinggi terhadap kalsium oleh bayi,” terang Delilah.
Jika ada orang yang berpendapat pengambilan kalsium boleh dikurangkan selepas beranak, itu juga satu tindakan yang salah.
Sebenarnya, ibu-ibu khususnya yang menyusukan anak perlu terus
mengekalkan pengambilan kalsium pada kadar yang sama. Kalsium diperlukan
untuk mengiringi proses merehatkan otot rahim yang mengecut semula
mahupun sewaktu kedatangan haid.“Selain itu, pengambilan kalsium yang secukupnya didapati boleh mengelakkan masalah kekejangan sewaktu proses bersalin.
“Kekurangan zat itu juga boleh mengakibatkan masalah kesejukan dan kekejangan pada bahagian kaki. Kekejangan yang berlaku itu boleh mengganggu emosi ibu selain proses bersalin itu sendiri,” kata beliau merujuk kepada komplikasi yang paling digeruni ibu-ibu hamil.
Oleh yang demikian, Delilah menasihati ibu-ibu yang merancang hamil, sedang hamil mahupun yang sudah melahirkan anak supaya mengekalkan mengambil kalsium sama ada berbentuk suplemen mahupun daripada sumber semula jadi.
****************************
Kalau tanya saya, pilihan saya tentulah Ostematrix Shaklee yang merupakan gabungan Calcium Magnesium dan lengkap dengan vitamin D. Sebiji Ostematrix membekalkan 250mg kalsium dan 100IU vitamin D .
Jadi, bagi melengkapkan 100% nilai harian vitamin D dan kalsium dalam tubuh, kita hanya perlu ambil 4 biji Ostematrix Shaklee sehari sebelum tidur.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan