Selasa, 17 Jun 2014

TIPS UNTUK IBU BEKERJA

Assalamualaikum..
Hari ni nak berkongsi tips untuk ibu-ibu yang akan kembali bekerja setelah cuti berpantang.  Harapnya perkongsian ni membantu ye.
  • Buat persediaan sebelum kembali bekerja seperti menyediakan stok susu perahan, melatih pengasuh dan sebagainya.
  • Pastikan terdapat simpanan perahan susu ibu yang mencukupi.
  • Usahlah memberi tekanan kepada diri anda dan jangan lupa untuk beristirehat, walaupun sebentar.
  • Amalkan pemakan bernutrisi, seimbang dan banyakkan minum air.
  • Bangun 30 lebih awal dan susui bayi walaupun dia masih separa tidur
  • Bersarapan pagi yang baik dan susui bayi sejurus sebelum ibu ke tempat kerja.  Amalan ini akan meredakan keresahan sebelum ‘berpisah’ dengan bayi.
  • Untuk memastikan bayi tidak terlalu kenyang ketika pulang ke rumah, minta pengasuh memberi susu dalam kuantiti yang sedikit sahaja sebelum anda mengambilnya.  Ketika tiba di rumah, payu dara mungkin penuh dan anda mungkin ingin menyusui bayi dengan segera.
  • Susui bayi dalam 1 jam pertama setelah kembali ke rumah 
Tips:  anda dinasihatkan uruskan diri anda dahulu, tukar pakaian kerja, mandi dan makan sebelum menyusui bayi, kerana mungkin bayi ingin bersama anda dalam tempoh waktu yang agak lama.
  • Dalam beberapa minggu pertama bekerja, ibu mungkin perlu memerah dengan kerap.  Setelah beberapa hari, payu dara akan menyesuaikan dengan jadual baru dan ibu akan berasa  lebih selesa.  Ibu mungkin hanya perlu  memerah dua kali ketika bekerja (10 pagi dan 2 petang atau ketika makan tengah hari)
  • Janganlah tidak memerah susu selama lebih daripada 3-4 jam.  Ini mungkin mengakibatkan bengkak susu.  Urut payu dara sambil mengepam agar ibu berasa lebih selesa.
  • Sekiranya payu dara mengalami kebocoran (susu menitis dengan sendiri) secara tiba-tiba, beri tekanan kepada putting anda menggunakan tapak tangan anda selama 1 minit.  Melipat lengan anda di payu dara turut membantu menghentikan kebocoran.
  • Gunakan pelapik coli di dalam coli untuk menyerap air susu dan berhati-hatilah dengan penggunannya kerana ada kalanya boleh menyebabkan pembiakan bakteria dan menyebabkan keadaan puting luka, melecet atau yang terkena jangkitan kuman akan menjadi lebih teruk.  Penggunaan pada jangka masa panjang adalah tidak disyorkan.
  • Pastikan payu dara dikosongkan dengan efektif setiap sesi memerah atau penyusuan untuk memastikan penghasilan susu yang optima.  Pengosongan payu dara yang efektif memberikan signal “permintaan” yang betul kepada otak supaya lebih banyak susu dihasilkan. 
Fakta:  di dalam susu ibu terdapat sejenis whey protein FIL (feedback Inhibitor for Lactation) yang mana akan menghantar signal negatif kepada otak sekiranya payu dara dibiarkan penuh.
  • Penghasilan susu bergantung kepada permintaan bayinya, amalan dan teknik penyusuan yang betul dan BUKAN kepada sebarang produk atau pemakanan tertentu.  Ibu tidak perlu meminum susu khas untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti. 
  • Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
  • Setiap cabaran penyusuan yang dihadapi ibu pasti ada penyelesaiannya jika ibu meminta bantuan dengan segera daripada kaunselor atau perunding laktasi.
 
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage