Rabu, 25 Jun 2014

TIPS PENYUSUAN ~~ SIMPAN STOK SEBELUM NAIK KERJA

Assalamualaikum...

Kalau ikut tips di bawah ni, insya Allah boleh simpan 80oz stok susu sebelum kembali bekerja selepas cuti berpantang.   Yang penting, konsisten tau.


  • Minum air masak/mineral minimum 3-4 Liter sehari (minum segelas air setiap kali sebelum dan selepas menyusukan bayi atau mengepam susu)
  • Makan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari
  • Pam susu setiap kali selepas menyusukan bayi, sebab payu dara masih produktif time ni.... katakanlah, setiap kali pam dapat 0.5oz, takpe.  Simpan dulu susu tu kat peti sejuk yang bawah.  6 kali pam dah dapat 3 oz kan.  Jadi, campurkan semuanya dalam satu bekas, kemudian barulah masukkan dalam tempat pembeku (freezer)
  • Pam susu antara jam 1 pagi – 6 pagi kerana hormon yang menghasilkan susu sangat tinggi pada waktu ni (lagi bagus kalau boleh  pam pada waktu yang sama aje setiap hari...yang ni kena set jam ye)
  • Pam susu serentak semasa menyusukan bayi
  • Minumlah air dan makan makanan yang berkhasiat di antara waktu makan ~~ waktu sarapan, makan tengah hari dan makan malam (contoh: nestum, oat, horlick dan sebagainya)
  • Amalkan minum air madu 3x sehari ~~ pagi, petang dan malam (campurkan dalam minuman kegemaran kita pun boleh)
  • Praktikkan konsep makan ketika lapar, berhenti sebelum kenyang
  • Pastikan bayi menghisap pada satu payudara sampai puas, kemudian barulah tawarkan pada payudara sebelah lagi
  • Perlu ada minda yang positif bahawa bayi kenyang dan cukup susu yang dihasilkan
  • Jangan fokus pada kuantiti, fokus pada kualiti dan kekerapan sesi mengepam

Sentiasalah mohon kepada Allah kita diberi kesihatan dan kekuatan untuk menyusukan si manja at least sampai umur dia 2 tahun.  :-)

Nak tingkatkan kualiti dan kuantiti penyusuan dengan Set Penyusuan Shaklee....klik SINI ye.





>> Zahiti | 019 705135 
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda 
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 
 produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage