Pening dok fikirkan bulan puasa dah nak dekat, tapi bimbang la susu untuk si kecil tu cukup. Stok pun tak banyak dah ni.
Perasaan tu jugalah pernah saya alami. Risau sangat tak dapat supply susu secukupnya untuk si kecik tu. Niat di hati memang nak fully breastfeed si kecik tu. Memang dah tanamkan niat masa mengandung lagi, walau apa pun keadaan, mohon Allah sentiasa beri peluang untuk diri ni terus breastfeed si kecil. Syukurlah, bila google, jumpa solution untuk masalah saya. Baca testimoni yang dah ambil set penyusuan yang ditawarkan, lagilah hati kuat nak cuba.
Pilihan Set Penyusuan yang mana nak pilih? Ok, kat bawah ni saya terangkan. Anda baca dan pilih, ikut kesesuaian ye. Ada 4 pilih set penyusuan yang Shaklee tawarkan.
Pilihan 1 ~ SET B
- terdiri daripada Alfalfa, Vitamin B Kompleks, Vitamin C dan Multivitamin (Vitalea)
- sesuai untuk ibu yang tak menghadapi masalah penyusuan
- tujuan utama pengambilan supplement ni ialah untuk memperkayakan nutrisi dalam susu ibu
- Alfalfa pula membantu penghasilan susu ibu dengan lebih cepat
- bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini memang membantu
- kurang sesuai untuk ibu yang baru melahirkan/berpantang kerana tidak sesusi untuk bayi yang mengalami jaundice dan bayi mungkin mengalami cirit-birit disebabkan alfalfa
Pilihan 2 ~ SET EU-FOUR-PACK
- terdiri daripada Vitamin B Kompleks, Multivitamin (Vitalea) dan Kalsium (ostematrix)
- sesuai untuk ibu yang mengalami susu merudum ketika haid (PMS)
- sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat
- sangat sesuai untuk ibu yang tidak minum susu sebab Ostematrix mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
- Ostematrix ni adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan Vitamin D
- set ini selain membantu ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur, ianya juga diperlukan dalam pembentukan tulang dan gigi si kecil
Pilihan 3 ~ SET E
- terdiri daripada Vitamin B Kompleks, Vitamin C, Multivitamin (Vitalea), kalsium (Ostematrix) dan alfalfa
- sesuai untuk si ibu yang mengalami susu merudum ketika haid (PMS)
- sangat membantu menghasilkan susu dengan lebih cepat
- sangat sesuai untuk ibu yang tidak minum susu sebab Ostematrix mempunyai kandungan kalsium harian yang diperlukan oleh tubuh badan
- Ostematrix ni adalah formula lengkap kalsium, magnesium dan Vitamin D
- set ini selain membantu ibu cergas, bertenaga walau kurang tidur, ianya juga diperlukan dalam pembentukan tulang dan gigi si kecil
- sesuai untuk ibu yang mempunyai masalah sembelit dan masalah keputihan
- bagi bayi yang mempunyai masalah eczema, set ini memang membantu
- set ini memberi kesan yang lebih cepat berbanding SET B dan SET EU-FOUR PACK kerana alfalfa dan kalsium (ostematrix) bertindak sebagai milk booster
Pilihan 4 ~ SET 3M (inilah set yang saya ambil, dan hasilnya memang best, macam nak nangis gembira bila tengok setiap kali perah tak muat botol susu)
- mengandungi SET B, kalsium (ostematrix) dan ESP
- highly recommended bagi ibu yang mengalami masalah penyusuan...walau dah perah setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3 liter sehari, maka set ini membantu/membaiki mana-mana kekurangan dalam tubuh atau ketiadaan zat yang diperlukan badan
- set yang paling sesuai untuk ibu yang mempunyai stok yang sedikit, atau yang tidak mempunyak stok susu yang banyak
- bagi ibu yang baru mula nak menyimpan stok, ini adalah pilihan yang paling tepat dan bijak
- set yang paling sesuai untuk ibu yang ingin relaktasi, induce relactation. sebagai contoh, ibu telah berhenti menyusukan anak, jika amalkan set ini, bersedia untuk pam dengan kerap bagi stimulasi susu, dan amalkan tips yang akan saya beri, insya Allah, penyusuan boleh dimulakan semula.
Penyusuan si kecil memerlukan tubuh ibu sentiasa sihat, cergas dan nutrisi serta zat dalam badan mencukupi. Melalui pemakanan yang seimbang dan ditambah dengan pengambilan makanan tambahan (supplement), pastinya penyusuan akan menjadi moment terindah untuk diingat sepanjang hayat.
Jadi, ibu-ibu di luar sana, jangan sekali-kali abaikan keperluan tubuh badan anda ye. Bila badan kita sihat, pastinya si kecil juga akan mendapat manfaat, keluarga juga tak terabai.
Setiap pembelian set-set ni, saya akan berikan konsultasi terbaik untuk membolehkan ibu-ibu mendapat hasil yang diharapkan. Ini adalah sebahagian usaha kecil kita untuk menyahut seruan agama, menyusukan anak sehingga 2 tahun.
Happy sharing.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan