Sumber: Harian Metro... Terima kasih daun keladi.
Sakit pada bahagian tengah dada bukan saja disebabkan oleh serangan jantung. Ia juga boleh disebabkan keadaan dipanggil 'refluks'. Refluks Esophageal atau Gastroesophageal Reflux Disease (GERD) ialah keadaan di mana jus perut atau kandungan di dalam perut bergerak bertentangan arah dan naik semula ke esophagus.
Dalam keadaan biasa, otot di bahagian persimpangan antara esophagus dan perut mengawal refluks daripada terjadi. Oleh tiu, jus perut dan kandungan dalam perut hanya berada di dalam rongga perut serta bergerak ke bawah memasuki usus kecil, seterusnya ke usus besar untuk dicerna.
Simptom utama bagi pesakit yang mengalami GERD ialah panas atau rasa terbakar pada bahagian tengah dada. Selain itu, ada kalanya pesakit mengeluarkan semula sedikit makanan yang belum dihadam secara tidak sengaja.
Ada juga pesakit yang tiba-tiba berasa masam pada mulut, loya, sakit perut, batuk berpanjangan dan sakit kerongkong. Ini semua disebabkan jus perut naik semula ke esofagus dan ke mulut pesakit.
Keadaan refluks boleh disebabkan oleh pelbagai faktor. Gejala ini menyebabkan injap otot pada simpang antara esofagus dan perut menjadi lemah dan tidak menguncup sepenuhnya.
Antaranya ialah Hiatus Hernia, Zollinger-Ellison Syndrome dan Glenard Syndrome. Obesiti juga adalah faktor yang boleh mengakibatkan GERD berlaku. Selain itu, pesakit yang mengambil ubat seperti prednisolone berpotensi mendapat refluks ini.
Untuk mengesahkan penyakit ini, ia lebih kepada simptom diberi pesakit. Ujian darah, pemeriksaan ECG (Elektrocardiogram) dan sinaran X-ray dilakukan hanya untuk memastiakn sakit dada dialami pesakit bukan disebabkan oleh keadaan lain seperti serangan jantung.
Ujian endoskopi iaitu kamera kecil dimasukkan ke dalam mulut juga boleh dijalankan. Namun untuk kes GERD, tidak semua pesakit perlu menjalani prosedur ini.
Rawatan untuk pesakit yang mengalami refluks membabitkan kombinasi ubat dan pengubahsuaian gaya hidup. Bagi pesakit yang mengalami masalah obesiti, rawatan adalah lebih kepada mendapat berat badan ideal.
Ini bagi memastikan ubat untuk mengurangkan jus perut dapat membantu mengurangkan masalah refluks. Selain itu, makanan dan minuman seperti minuman mengandungi kafein, minuman keras, jus berasid dan minuman soda hendaklah dihentikan pengambilannya.
Pengambilan makanan pedas, rempah dan berlemak juga perlu dikurangkan. Pesakit hendaklah berhenti merokok. Pembedahan hanya dilakukan untuk kes tertentu di mana simptom pesakit gagal dikawal dengan pengubahsuaian gaya hidup dan juga ubat diberi.
GERD perlu dikawal untuk mengelak komplikasi jangka panjang yang tidak diingini. Jus perut yang memasuki esofagus menyebabkan lapisan mukosa pada esophagus cedera.
Ini boleh menyebabkan berlaku ulser pada kawasan berkenaan. Selain itu, ia boleh menyebabkan kanser usus jika radang berlaku untuk jangka masa panjang.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Banyak penyakit disebabkan oleh pemakanan yang kita ambil sehari-hari. Jadi, mencegah itu lebih baik dari mengubati kan....
Oh, ya....ada berita baik ni. Tentulah produk Shaklee yang saya nak sharekan.
1.
PHYTOCOL-ST
Bertindak Secara Semula Jadi untuk Merendahkan Paras Kolesterol
Phytocol-ST™ ialah rumusan proprietari yang dapat menghalang penyerapan kolesterol oleh tubuh.
- Mengandungi
bahan-bahan yang terbukti secara klinikal, dan disokong oleh lebih 80
kajian, berkesan untuk merendahkan paras kolesterol LDL secara semula
jadi.
- Dirumus daripada campuran sterol & stanol yang kaya dengan manfaat kesihatan.
- Membekalkan 2,000 mg sterol & stanol tumbuhan setiap hari, mengikut saranan Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH).
yang ni ambil 2 biji sebelum ambil sebarang makanan...ia akan membantu halang kolesterol daripada menyerap dalam badan.
2.
OMEGA GUARD ~ yang ni pula ambil 2-3 biji sehari. Manfaat pengambilan Omega Guard ada tertera kat poster ni
3. VIVIX ~ yang ni highly recommended especially to those yang mementingkan kesihatan. Hanya satu sudu teh setiap hari diperlukan.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.