Khamis, 4 September 2014

TIPS ELAK TERSILAP AMBIL UBAT

 Assalamualaikum  semua.

Hari ni saya nak kongsikan TIPS ELAK TERSILAP AMBIL UBAT.  Artikel ni saya ambil dari Metro Ahad bertarikh 31 Ogos 2014....

**FAHAMI ARAHAN YANG DIBERI DI KAUNTER FARMASI
  • Tanya ahli farmasi jika tidak tahu atau tidak faham arahan pengambilan ubat-ubatan

**BACA DAN FAHAMI LABEL UBAT
  • Pemahaman label ubat membantu kita mengambil ubat dengan betul dan selamat.
  • Pastikan ubat diambil adalah kepunyaan/tertera nama kita.  
  • Pastikan ubat diambil untuk penyakit yang kita hidapi.
  • Patuhi dos ubat seperti diarah dan dengan cara betul.
  • Pastikan ubat diambil mengikut masa ditetapkan.  Sebaik-baiknya ubat perlu diambil pada masa yang sama setiap hari.

contohnya, ubat yang diarah untuk ditelan sepenuhnya tidak boleh dikunyah atau dihancurkan.  Ini kerana sesetengah ubat mempunyai rasa pahit atau boleh menyebabkan kesan tidak diingini ke atas pertu.  Ada sesetengah ubat diformulasikan bagi memanjangkan tempoh tindakan ubat.

**BAGI MENENTUKAN KETEPATAN DOS UBAT SIRAP, ANDA DISARAN MENYUKAT UBAT ITU DENGAN MENGGUNAKAN PICAGARI ATAU CAWAN UBAT YANG DIBEKALKAN BERSAMA-SAMA UBAT.
  • Amalan menyukat dos ubat dengan menggunakan sudu harus dielakkan.

**UBAT-UBATAN PERLU DISIMPAN DI TEMPAT SELAMAT
  • Simpan ubat dalam sampul asal kerana semua maklumat berkaitan ubat-ubatan tertulis pada sampul ubat.
  • Simpan di tempat tinggi dan jauhkan daripada kanak-kanak untuk mengelak risiko keracunan.

**ELAK MENGAMBIL UBAT DALAM KEADAAN GELAP
  • Amalkan membaca label ubat di tempat terang bagi mengelak kesilapan pengubatan.

**ELAK BERKONGSI UBAT
  • Ubat yang diberi kepada kita mungkin tidak sesuai untuk orang lain walaupun menunjukkan gejala penyakit sama.
  • Amalan berkongsi ubat tidak sesuai kerana dos ubat diberi mungkin tidak sama.

**ELAK KURANG/TAMBAH DOS 
  • Ubat perlu diambil mengikut dos dan kekerapan yang diberikan oleh doktor dan ahli farmasi.
  • Jangan ubah dos kecuali diarah oleh doktor kerana ini boleh menyebabkan kesan sampingan jika terlebih atau terkurang dos.

Sekiranya masih keliru atau ada sebarang pertanyaan lanjut berkaitan ubat-ubatan, anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan (National Pharmacy Call Centre - NPCC) di talian 1800 88 6722.  

Ingat tu...ambillah ubat yang dikhaskan untuk anda mengikut sukatan/dos yang diberikan.  Kalau ubat dah tak guna, kembalikan semula kepada pihak farmasi yang berdekatan.  Jangan biarkan/buang/letak merata tempat, sebab ia boleh mengundang bahaya pada orang lain.  Siapa tahu?  

Jadi, biasakan yang betul, dan betulkan yang biasa.

Happy sharing.

 

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage