Sabtu, 6 September 2014

VITAMIN C

Tahukah anda bahawa Vitamin C ialah anti oksidan yang diperlukan oleh sekurang-kurangnya 300 fungsi metabolik dalam badan termasuklah pertumbuhan dan penggantian tisu, fungsi kilang adrenal, dan untuk gusi yang sihat.

Ia menolong dalam pengeluaran hormon anti-stress dan interferon, sejenis protein sistem imuniti yang penting dan diperlukan juga untuk metabolisma folik asid, tairosin dan phenyalalanine.

Kajian menunjukkan bahawa dengan mengambil Vitamin C boleh mengurangkan gejala penyakit asma.  Ia mencegah daripada kesan merbahaya pencemaran, menolong mencegah kanser, memelihara daripada jangkitan dan meningkatkan imuniti.

Vitamin C meningkatkan penyerapan zat besi.  Ia boleh bercantum dengan bahan toksik seperti sesetengah logam berat dan menjadikan mereka tidak merbahaya.  Oleh yang demikian, bahan tersebut boleh dinyahkan daripada badan.  

Racun labah-labah hitam yang berbisa boleh ditawarkan dengan memberi Vitamin C dalam dos yang tinggi.

Vitamin C juga boleh mengurangkan paras 'low-density lipoproteins' (LDL)/kolesterol yang tidak baik.  Dan pada masa yang sama meningkatkan 'high density lipoproteins' (HDL)/kolesterol yang baik, juga menurunkan tekanan darah tinggi dan membantu mencegah 'antherosclerosis'.

Ia juga sebagai keperluan dalam pembentukan kolagen.  Vitamin C mencegah daripada pembekuan darah yang tidak normal dan lebam, boleh mengurangkan risiko katarak dan mempercepatkan penyembuhan luka dan terbakar.

Sumber Vitamin C
=============

Badan kita tidak menghasilkan Vitamin C.  Ia mestilah diperolehi melalui makanan/dalam bentuk makanan tambahan.  Kebanyakan Vitamin C yang diperolehi daripada makanan hilang melalui air kencing.

Vitamin C diperolehi daripada buah beri, buah-buahan sitrus dan sayuran hijau.

Sumber yang baik termasuk asparagus, avocado, blackcurrants, kobis bunga, anggur, kobis, lemon, mempelam, biji sawi hijau, bawang, oren, betik, kacang peas hijau, nenas, bayam, strawberi, tomata dan selada.

Kekurangan Vitamin C
===============

  • lemah badan
  • sakit-sakit dan sengal badan
  • bengkak gusi
  • hidung berdarah
  • scurvy (pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi berdarah, gigi mudah tercabut, pendarahan ke dalam otot dan sendi, yang menyebabkan kesakitan 
  • anemia

sumber:  Pembantu Farmasi Negeri Perlis


VITAMIN C PILIHAN SAYA....tentulah VITAMIN C SHAKLEE.  Sebiji tablet VITAMIN C SHAKLEE bersamaan dengan 7 biji oren.  Wow, bestnya...


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage