Rabu, 31 Disember 2014

KEBAIKAN SUSU IBU

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, telah ramai ibu bapa yang menyedari betapa berharganya dan bernilainya susu ibu kepada tumbesaran anak-anak mereka.  Dan, melalui kesedaran tersebut, ibu bapa berusaha untuk menambah nilai ilmu mengenai penyusuan susu ibu sepenuhnya.  Tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang telah mengambil langkah yang baik dan bijak dengan memberikan hanya susu ibu kepada anak anda secara ekslusif selama 6 bulan dan kemudiannya meneruskan sehingga anak tersebut berusia 2 tahun.  Saya doakan agar semua ibu bapa di dunia ini mengamalkan penyusuan eksklusif kepada semua bayi di bawah usia 2 tahun.


Di sini saya ingin menarik perhatian semua tentang Kebaikan Susu Ibu.  Maklumat ini saya perolehi daripada myhealth.




Kebaikan untuk Bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan untuk Ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Kebaikan lain:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana mengurangkan penggunaan tin dan kotak-kota susu formula.

Jika anda mahukan supplement khas untuk penyusuan, boleh hubungi saya.  Saya akan bantu anda memilih set penyusuan yang terbaik dan mengikut bajet anda.

Supplement yang dicadangkan membantu badan lebih sihat, bertenaga dan cergas serta emosi si ibu akan lebih tenang dan stabil yang mendorong kepada pengeluaran susu ibu yang mencukupi dan berkualiti.

Anda cubalah rasa perbezaan sebelum dan selepas pengambilan supplement untuk penyusuan.

Antara manfaatnya supplement Shaklee ni, ia boleh diambil dan dikongsi oleh seisi keluarga.  

Untuk membaca pengalaman saya mengenali Shaklee dan seterusnya memilih produk Shaklee untuk meningkatkan tahap kesihatan saya dan keluarga boleh rujuk di sini ye.

Terima kasih sudi membaca entry saya ni...

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Selasa, 30 Disember 2014

LECITHIN BANTU ATASI SALURAN SUSU YANG TERSUMBAT

Saluran susu yang tersumbat berlaku apabila satu atau beberapa saluran susu tersekat. Antara puncanya ialah payudara mengalami tekanan, contohnya,  dengan memakai coli berdawai, atau tidak dikosongkan sepenuhnya sewaktu menyusu. Semasa saluran susu tersumbat, payudara  akan menjadi hangat, bengkak, merah dan keras di kawasan di mana saluran susu tersebut tersumbat. 



Tips Mengatasinya:

• Teruskan memberi susu badan, jika boleh setiap 2 jam sekali.

• Beri susu dengan payudara yang mengeras dulu.

• Gunakan coli yang longgar, yang tidak meninggalkan sebarang kesan pada kulit anda.

• Letakkan sesuatu yang hangat (beg pemanas) di atas payudara yang mengeras (tetapi jangan ditekankan).

• Gunakan teknik pemampatan payudara sewaktu bayi menyusu. Letakkan tangan anda pada saluran yang tersumbat, kekalkan tekanan yang sekata. Perlahan-lahan urutkan bahagian tersebut dengan gerakan bulatan menuju ke arah putting sewaktu menyususkan bayi juga membantu. Tetapi lakukannya dengan lembut dan berhati-hati.

• Tukarkan posis bayi pada payudara supaya pipinya menghadap kebahagian yang mengeras. Cuba baring dan susukan bayi sambil memegangnya.

Anda boleh mengambil Lecithin Shaklee kerana ia membantu mengelakkan saluran tersumbat.  Di samping itu juga, Lecithin bermanfaat dalam:
  • menyerap vitamin yang larut lemak ~ jadi mudahlah tubuh menyerap vitamin jenis larut lemak ni
  • melindungi hati ~ halang enapan lemak lekat kat hati kita sekaligus memulihkan kesihatan hati
  • pemecahan lemak dan kolestrol ~ ia bertindak sebagai pembersih salur darah
  • pelangsingan ~ mempercepatkan pembakaran lemak
  • cantikkan kulit dan otot ~ melembab dan mengaluskan kulit serta mengaktifkan metabolism sel dan melambatkan penuaan
  • Halang terjadinya batu karang
  • Meningkatkan daya ingatan dan meringankan stress ~ membaiki daya ingatan
  • Halang tekanan darah tinggi
  • Meringankan sembelit

Selain mengatasi masalah saluran susu yang tersumbat, pengambilan lecithin dengan dos yang betul dan konsisten membantu ibu mendapat berat badan ideal di samping daya ingatannya lebih tajam.  Iyalah, bila dah bersalin, wanita ni mudah lupa dan tak fokus.  Bak kata orang, alah membeli , menang memakai.

Ini pula testimoni yang mengambil lecihtin semasa berpantang.


Hubungi saya untuk mendapatkan Lecithin dan konsultasi pengambilannya ye.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Isnin, 29 Disember 2014

APA ITU PROMOSI SHAKLEE TAWARKAN SETIAP BULAN?

Assalamualaikum semua.

Mesti anda dah biasa sangat tengok di FB, Blog, Instagram atau apa jua medium perantara, Shaklee membuat promosi setiap bulan dengan produk-produk yang berbeza.

Mengapa dan kenapa perlu promosi tu semua?  Mari saya terangkan berkaitan promosi tersebut.

Kelebihan Membeli

Kebiasaannya setiap bulan, akan ditawarkan  BELI 6 PERCUMA 1.  Contohnya, bulan ni, produk yang dipromosikan adalah Vitamin C dan Vitamin E. 

Harga runcit sebotol Vitamin C ialah RM92.50.  

RM92.50           x         6 BOTOL         =        RM555.00

kemudiannya, RM555.00 kita bahagikan pula dengan 7, sebab promosi beli 6 percuma 1.

Jadi,    RM555.00
           -------------       =   RM79.30
                   7

maknanya, harga runcit bagi sebotol Vitamin C ialah RM79.30.

Beza harga runcit Vitamin C semasa promosi dan harga runcit di bulan-bulan lain ialah RM13.20.

Itulah dinamakan penjimatan yang bijak.  Banyak beza tu dengan harga asalnya.

Peluang Menjadi Ahli Shaklee

Untuk menjadi Pengedar Bebas Shaklee/Ahli Shaklee yang berdaftar, yuran sebanyak RM65.00 perlu dijelaskan.  Dan, tambahan RM10.00 untuk bayaran pos bagi tujuan penghantaran beg kit Shaklee terus kepada tangan kita. Jumlah keseluruhannya, RM75.00.

Tetapi, anda boleh mendapat keahlian tanpa perlu menjelaskan RM65.00 dengan cara membeli produk/supplement yang sedang dipromosikan atau produk yang lain dengan nilai lebih kurang RM700.00.  Untuk lebih jimat, kumpullah order dengan 6 orang yang lain, tak kiralah kawan ke, adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran atau sesiapa sahaja.  Anda kumpul order dan maklum kepada saya jumlah order yang terkumpul.  Saya akan uruskan pembelian produk yang dinyatakan dan daftarkan terus anda sebagai pengedar bebas Shaklee di bawah organisasi saya.

Terus Dapat Bonus Pertama Bersama Shaklee

Oh, mudahnya nak dapat bonus.  Memang mudah.  Sebab anda dah berjaya menjadi pengedar bebas/ahli Shaklee dengan cara keahlian percuma, bulan berikutnya, anda akan menikmati bonus pertama anda.  Tak sangka kan, hanya berkongsi beli produk/vitamin dan memenuhi syarat pembelian RM700.00 kita dah dapat bonus.

Peluang Bisnes

Bila kita beli masa promosi dan beli pula secara berkongsi dengan yang lain-lain, biasanya kita dah mula mengambil/makan vitamin tersebut kan.  Dalam tempoh lebih kurang seminggu, kesan pengambilan vitamin tersebut kita dah boleh rasa.  Sebagai contoh, vitamin C.  Ia meningkatkan tahap imun kita kepada serangan penyakit selesema, demam dan lain-lain.  Di saat semua orang merasakan demam melanda, anda mula konsisten mengambil vitamin c, insya Allah anda akan terpelihara dari jangkitan penyakit tersebut. Mudahkan.  Dah ada 1 testimoni dari anda sendiri.  

Dari situ anda mula berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan yang lain pula.  Dan mereka pula berminat nak mencuba vitamin tersebut.  Anda boleh terus membeli/memesan vitamin tersebut di cawangan-cawangan Shaklee yang berdekatan atau memesan secara online dengan Shaklee2u atau maklumkan pada saya untuk uruskan order anda.

Bila dah rasa bonus setiap bulan dan bonus tu pula semakin banyak (bergantung kepada usaha yang anda lakukan), mesti rasa lebih seronok untuk terus berkongsi dengan orang ramai pula.  Kita bantu pula orang lain untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka.  Insya Allah.

Harapnya penerangan saya ini memberikan anda gambaran tentang promosi yang diwar-warkan setiap bulan oleh pihak Shaklee....

Saya menunggu anda di puncak kejayaan ye!




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Ahad, 28 Disember 2014

MIGRAIN


Migrain merupakan salah satu sebab kepada sakit kepala yang berulang. Kira-kira 1 daripada 4 wanita dan 1 daripada 12 lelaki menghidap migrain pada suatu masa sepanjang hayat mereka. Biasanya migrain bermula dari zaman kanak-kanak atau remaja, dan menjadi lebih ketara pada zaman remaja. 


Umumnya migrain menjadi kurang kerap selepas umur 45-50 tahun, walaupun ada yang mungkin tidak hilang seumur hidup mereka. Punca sebenar migrain masih tidak diketahui. Namun begitu, peluang untuk seseorang mendapat migrain menjadi lebih tinggi jika ahli keluarga terdekatnya juga mengidap migrain.


Migrain secara umumnya boleh dibahagikan kepada 2 jenis yang utama :
1.  Migrain tanpa aura: pesakit mendapat sakit kepala tanpa aura (tanda amaran). Ini adalah 5 kali lebih kerap daripada migrain dengan aura.

Sakit kepala

Sakit kepala migrain biasanya terjadi pada sebelah kepala sahaja dan biasanya digambarkan sebagai ‘berdenyut’. Kadang-kadang sakit juga boleh dirasai pada kedua-dua belah kepala. Biasanya, kesakitan bertambah secara perlahan-lahan, selepas itu ia beransur pulih dan hilang sepenuhnya selepas 4-72 jam. 

Kesakitan migrain boleh berada pada tahap sederhana atau sangat sakit. Pesakit mengadu mereka tidak dapat meneruskan kerja atau aktiviti-aktiviti apabila diserang oleh migrain. Serangan migrain mungkin jarang berlaku, contohnya sekali dalam beberapa bulan, atau kadang-kadang lebih kerap contohnya beberapa kali dalam seminggu.


Selain itu, pesakit boleh merasa loya dan kadang-kadang muntah. Semasa serangan migrain, kebanyakan pesakit tidak tahan dengan cahaya yang terang atau bunyi yang kuat, dan mereka lebih selesa berbaring di dalam bilik yang gelap sehingga sakit kepala hilang. Pergerakan kepala juga mungkin menyebabkan kesakitan bertambah.

2.  Migrain dengan aura: sakit kepala didahului dengan aura.  

Aura

Aura bermaksud tanda-tanda amaran sebelum sakit kepala. Biasanya ia berlaku selama 1-15 minit. Contoh-contoh aura ialah:

  • Aura penglihatan (visual aura): contohnya kehilang sebahagian daripada penglihatan secara sementara, dan kelipan cahaya seperti garisan zig-zag yang merebak sebelum hilang sepenuhnya dari penglihatan
  • Perasaan kebas pada bibir, muka dan tangan
  • Masalah pertuturan
  • Lain-lain: bau atau perasaan yang aneh, sedikit kekeliruan dalam pemikiran

Sebelum setiap serangan, pesakit mungkin mengalami perubahan dalam perasaan dan selera yang tidak begitu ketara. Perasaan ini bermula beberapa jam atau beberapa hari sebelum sakit kepala yang sebenar. Ini diikuti dengan aura, kemudian sakit kepala. Akhirnya sakit kepala hilang secara beransur-ansur. Pada masa ini pesakit mungkin berasa letih, senang marah, murung dan mungkin menghadapi masalah untuk menumpukan perhatian.


c. Faktor penyebab migrain :

  • Makanan: alkohol, buah-buahan sitrus, kafein (kopi, teh), makanan yang mengandungi tyramine (keju, yogurt, kacang dan sebagainya)
  • Persekitaran:  merokok atau bilik yang berasap rokok, cahaya terang seperti skrin yang terang atau cahaya yang berkelipan dari rancangan televisyen, bunyi bising, dan bau yang kuat contohnya minyak wangi
  • Psikologi: Kemurungan, cemas, marah, keletihan, tekanan dan sebagaimya. Sesetengah serangan sakit kepala tidak berlaku semasa pesakit mengalami tekanan, tetapi berlaku apabila pesakit berada dalam keadaan yang relaks, sepertimana yang dipanggil ‘migrainhujung minggu’ (weekend migraine)
  • Ubat-ubatan:  rawatan hormon, sesetengah ubat tidur dan ubat perancang keluarga.
  • Lain-lain:  haid, pertukaran masa tidur, putus haid

Namun begitu kesan daripada faktor-faktor di atas mungkin tidak sama bagi semua pesakit, contohnya untuk sesetengah pesakit serangan migrain tidak menjadi lebih kerap walaupun mereka mengambil keju dan coklat.

Terima kasih SUMBER INFO

Jika anda mahu mencuba SET MIGRAIN SHAKLEE, boleh hubungi saya terus ye.  Klik  untuk lihat TESTIMONI SET MIGRAIN SHAKLEE
 
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Sabtu, 27 Disember 2014

MENGAPA SET PENYUSUAN SHAKLEE JADI PILIHAN?

Assalamualaikum.

Kelancaran penyusuan susu ibu sepenuhnya kepada si manja banyak dipengaruhi dengan kesihatan tubuh badan ibu itu sendiri.  Bila badan sihat dan si ibu tadi memastikan konsep 'demand and supply' dipatuhi, pastinya susu ibu dapat diberikan kepada si manja dengan secukupnya.

Mari kita lihat, manfaat pengambilan set penyusuan Shaklee ini:

  • B-complex, Vitamin C dan ESP memulihkan kecantikan kulit dan seri wajah
  • Vitamin C dan ESP memulihkan parut kesan jeragat dan jerawat
  • Alfalfa mengatasi masalah keputihan dan bertindak sebagai perapat
  • Ostematrix mengatasi masalah sakit pinggang, lenguh-lenguh badan
  • Alfalfa, Ostematrix dan ESP membantu pelawasan dan mengatasi masalah sembelit
  • B-complex memberi tenaga kepada badan dan mengawal stress ~ stress adalah antara punca susu merudum
  • ESP memberikan rasa kenyang berpanjangan sekaligus membantu mereka yang ingin mengawal atau menurunkan berat badan.
  • Vitamin C memberi perlindungan kepada ibu dan anak dari penyakit
  • Kombinasi kesemua vitamin memberi kesihatan badan menyeluruh dan tenaga harian serta meningkatkan tahap imunisasi badan

Ikuti pengakuan ibu-ibu yang telah merasai sendiri pengalaman mengambil set penyusuan shaklee ini.






Jika anda juga dalam usaha untuk memberikan penyusuan susu ibu sepenuhnya kepada si manja atau berhasrat meningkatkan pengeluaran susu ibu, ambillah set penyusuan shaklee ni.

Set-set penyusuan Shaklee yang kami sediakan mengikut bajet anda.  Boleh lihat DI SINI ye.

Saya sedia membantu anda.  Terima kasih.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Jumaat, 26 Disember 2014

APA ITU RADIKAL BEBAS


Radikal bebas ialah bendasing yang wujud di dalam sel-sel badan kita disebabkan oleh proses pengoksidanan semasa sel-sel badan kita menggunakan oksigen untuk menghasilkan tenaga. 

Radikal bebas juga terhasil disebabkan oleh cara kehidupan yang tidak sihat dan  terdedah kepada persekitaran yang tidak bersih seperti pemakanan tidak seimbang (makanan berlemak, bergoreng, hangus), bahan kimia toksik (racun serangga, dll), asap rokok, bahan awet, tekanan emosi (stress) dan sebagainya.

Lama-kelamaan radikal bebas ini akan wujud secara berlebihan di dalam badan kita yang akan membentuk toksid dan tanpa disedari memulakan tindak balas berantai secara mutasi yang akan memudaratkan sel-sel lain. Radikal bebas yang tidak terkawal ini akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik dinataranya kanser, jantung, pereputan tulang, sakit sendi, alzheimer(nyanyuk), strok dan lain-lain lagi.

Untuk melawan radikal bebas ini, kita memerlukan ANTI-OKSIDAN. Cara untuk meningkatkan anti oksidan di dalam badan kita ialah makan makanan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. 

Persoalan lain pula akan timbul, adakah sayur-sayuran dan buah-buahan di pasaran benar-benar segar dan berkhasiat dan tidak tercemar  dengan toksid, bahan pengawet dan sebagainya DAN bagaimana untuk mencari makanan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi?

Anda boleh mengukur nilai ORAC (Oxygen Radical Absorbent Cap;acity), iaitu keberkesanan makanan menetang radikal bebas. Angka yang semakin tinggi bererti semakin tinggi keberkesanannya.




sumber info


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Khamis, 25 Disember 2014

FUNGSI 7 RAMUAN UTAMA COLLAGEN POWDER SHAKLEE

Tahukah anda yang Shaklee Collagen Powder dihasilkan dari gabungan 7 ramuan utama?  Berikut saya kongsikan mengenainya:

Shaklee Collagen Powder
RM298.00/kotak
15 sachet/kotak

Kolagen Dari Sisik Ikan Merah
Sisik ikan merah adalah sumber kolagen yang premium dengan kurangnya pencemaran dan kadar penyerapan yang tinggi berbanding kolagen haiwan lain.

Ekstrak biji Camellia Japonica
Biji Camellia Japonica terdiri dari asid oleik, satu emolien dan pelembap kulit yang hebat, dan isoflavon, anti oksidan semulajadi yang mampu mengurangkan radikal bebas.

Ekstrak Pfaffia
Pfaffia yang juga dikenali sebagai ginseng Brazil, apabila digabungkan dengan ekstrak biji Camillia Japonica, membantu pembentukan kolagen dan asid hyaluronic.  Dengan kemampuan luar biasa mengikat amaun air yang banyak, asid hyaluronic memainkan peranan penting dalam menghidratkan tisu tubuh untuk menjadikan kulit lembut, lembap dan licin.

Elastin dari Kolagen Ikan
Elastin memelihara kulit menjadi fleksibel tetapi tegang, memberikan reaksi melantun apabila kulit ditarik.  Kolagen ikan mengandungi elastin yang berfungsi berganding bahu dengan kolagen untuk mengekalkan kulit menjadi tegang, anjal dan elastik.

Vitamin C dan Vitamin B
Vitamin C menggalakkan penghasilan kolagen dan menentang radikal bebas yang merosakkan kulit kita.  Vitamin B turut serta dalam metabolisma karbohidrat, lemak dan protein untuk membebaskan tenaga yang diperlukan untuk penghasilan kolagen di dalam sel.

Ekstrak Kekerang
Glucosamine ekstrak kekerang adalah penting di dalam sintesis cecair synovial yang membekalkan pelincir kepada sendi-sendi dan menghidrat mata untuk melegakan ketidakselesaan mata.

Lactobacillus Acidophilus
Ia membantu mengimbangi mikroflora usus dan membantu membina semula sistem usus yang sihat yang mampu meningkatkan penyerapan kolagen.


>> Zahiti | 019 705135
 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
 >> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
 >> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Selasa, 23 Disember 2014

SET BERSALIN ~ BADAN CERGAS, SUSU MERIAH, BERAT TURUN

Alhamdulillah...

Sepanjang mengandung 9 bulan, mesti tak sabar kan menantikan si comel akan lahir.  Tapi, selalu bimbang sepanjang tempoh berpantang kan.  Bimbang luka lambat sembuh, bimbang susu tak cukup, bimbang tak cukup tidur, bimbang tak dapat menguruskan rumah tangga, betul tak?

Sebab itulah, dalam Set Bersalin Shaklee, dilengkapi dengan kesemua vitamin yang diperlukan tubuh dalam memastikan kesihatan si ibu dan bayi yang dilahirkan berada pada tahap yang baik.  Set bersalin ni boleh terus diambil sebaik aje lepas bersalin.  Selalu nurse pesan, kalau anak jaundice/kuning, jangan makan jamu, nanti kuning anak tak turun-turun. Pengambilan set bersalin Shaklee boleh diteruskan walau anak kuning sebab ia tidak akan mendatangkan kesan negatif.  Jadi, jangan bimbang ye.  Teruskan aje pengambilan vitamin-vitamin tu mengikut aturan pemakanan yang diberi dan minum air yang cukup.

Setakat ni, maklum balas yang diterima dari pengguna Set Bersalin Shaklee, semuanya positif dan sangat berpuasa hati.  Hasil pengambilan Set Bersalin ni akan menyebabkan badan cergas, boleh menguruskan bayi dan keluarga dengan baik, susu memang meriah dan bayi mudah kenyang, takde rasa stress/meroyan, luka bersalin sama ada bersalin normal atau pembedahan cepat sembuh, sistem pertahanan tubuh dapat ditingkatkan yang buatkan badan tak rasa nak demam, cepat letih; dan, orang tengok kita macam bukan dalam pantang.

Set Bersalin Shaklee ni terdiri daripada:

  • Vitalea ~ ia adalah multi vitamin hebat yang membantu ibu kekal bertenaga 

  • B Complex ~ membantu mengawal emosi, memberi rasa tenang dan mengurangkan stres

  • Vitamin C ~ membantu memulihkan luka dengan cepat & meningkatkan sistem imunisasi ibu dan anak serta mencantikkan kulit

  • Zinc Complex ~ merupakan komponen utama dalam ikan haruan yang membantu luka bersalin cepat sembuh (tak kiralah bersalin normal/pembedahan)

  • Ostematrix ~ membantu mengatasi masalah sembelit dalam berpantang, bertindak sebagai milk booster, mengurangkan kejang dan kebas kaki

  • ESP ~ membantu membekalkan tenaga serta meningkatkan sistem imunisasi ibu dan juga bertindak sebagai milk booster

Di bawah ni saya kongsikan pengalaman ibu-ibu yang berpantang dengan Set Bersalin Shaklee.



****badan rasa sihat
****bantu hasilkan susu yang banyak sekaligus menurunkan bacaan jaundice
****luka cepat sembuh
****badan cergas
****susu sangat meriah


****tak pernah demam semasa pantang
****susu kembali banyak
****rasa bertenaga
****badan nampak kurus

Bagi yang masih tercari-cari set bersalin apa yang sesuai diambil nanti, cubalah Set Bersalin Shaklee dan rasai perbezaan positifnya.

Marilah kita sembang-sembang pasal Set Bersalin ni...hubungi saya ye.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Isnin, 22 Disember 2014

URUSKAN KAIN BAJU DI RUMAH CARA SAYA

Assalamualaikum semua.  Saya doakan anda semua sentiasa bahagia, dipermudahkan segala urusan dan dipelihara ALLAH setiap masa.

Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi cara saya menguruskan kain baju untuk keluarga saya.  Anak saya ada lima orang campur saya dan suami, ada 7 orang semuanya.  Bermakna, setiap kali nak melipat dan menyusun baju, saya kena fikirkan cara terpantas dan jimat ruang untuk muatkan kain baju semua tu.  

Rasanya dah hampir setahun saya praktikkan cara ni, dan, alhamdulillah, memang menjimatkan masa, kepala tak pening, dan biasanya dalam tempoh tak sampai 2 jam, saya boleh siap melipat dan menyusun kain baju.  

Mula-mula dulu, bila tak sempat nak lipat kain, saya longgok je atas tikar/katil.  Tapi, mulalah datang pening kepala/berserabut sebab nak cari baju/kain yang nak pakai memang ambil masa.  Berpeluh-peluh.  Lagilah bila nak cari baju anak-anak, kenalah padankan baju dengan kain/seluar.  Belum lagi seluar/baju dalam, stokin, anak tudung dan tudung.

Sekarang saya ada solusi yang memang sangat berguna pada saya.  Cubalah, anda akan dapati masa untuk menguruskan kain baju lebih pendek dan kepala pun tak berserabut.

Caranya ~
baju, seluar suami dan saya, lepas basuh je terus gantung kat hanger.  Bila dah kering, terus masukkan dalam almari.  Sama juga untuk baju sekolah anak-anak.

pakaian lain, jemur macam biasa.

baju anak-anak saya sidai di penyangkut baju yang bulat tu, jadi, memang jimat ruang.  
 untuk stokin, baju baby saya sidai di penyangkut baju yang ada sepit tu.

Bila nak lipat pula, saya akan asingkan semua baju, kain, stokin  ikut pemiliknya.  Hasilnya, beberapa longgok baju akan kelihatan.  Dan ada 7 kesemuanya.  Hehehhe.  Lepas tu, mulalah aktiviti melipat ikut longgokan kain tadi.  

Dah siap lipat, saya akan susun kat almari/tingkat-tingkat baju.  Mudahkan.

Biasanya saya akan mulakan aktiviti lipat kain ni bila anak-anak dah tidur dan di tengah malam.  

Maaf la ye, takde gambar yang saya ambil.  Rasanya, kalau baca penerangan saya, boleh ikut kan.  Jadi, dah boleh mula praktis. 

>> Zahiti | 019 705135
 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
 >> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
 >> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Ahad, 21 Disember 2014

COLLAGEN POWDER DAN OMEGA GUARD ~ DI SEBALIK TABIR

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah jumpa lagi hari ni.

Bila Shaklee buat promosi pembelian Collagen Powder mulai 10 Disember - 31 Disember 2014, teringat pulak kisah saya setahun yang lepas.  

Sebelum tu, setiap kali baca testimoni orang lain yang dah ambil Collagen Powder, hati ni tak boleh nak tipu, tak boleh jadi ni, mesti beli juga.  Disember tahun lepas, saya beli 2 kotak Collagen Powder. Niat di hati nak memperbaiki kulit muka yang ada parut jerawat.  Saya beli juga Omega Guard sebab....kalau dah cantik, mestilah badan nak slim jugak kan.  Hehehe...

Collagen Powder dihasilkan dari Sisik Ikan Merah.
Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.

Kedua-duanya bersumberkan ikan.

Nak dijadikan cerita, belum pun habis kotak kedua Collagen Powder Shaklee tu, Allah berikan anugerah yang lebih baik dari apa yang saya hajatkan.  Saya disahkan mengandung.  Alhamdullillah. Di awal kehamilan, memang saya kerap makan ikan, tak kisahlah apa jenis ikan pun saya makan.  Kalau ada ayam atau seafood yang dihidangkan semasa makan, saya tetap memberi keutamaan pada ikan.  Manalah tahu kalau ALLAH izinkan kehamilan kali ni saya dikurniakan anak lelaki pulak.  Anak-anak saya sebelum ni kesemuanya perempuan.

Bila dah disahkan hamil, saya terus berhenti sekejap pengambilan Collagen Powder dan Omega Guard.  Saya teruskan pengambilan Set Kehamilan Shaklee pulak.  Omega saya sambung makan bila kandungan dah masuk trimester kedua ~ ia bagus untuk perkembangan anak dalam kandungan saya.

Pertama kali buat scan baby masa usia kandungan 4 bulan...Belum tanya pun doktor jantina apa anak saya tu, terus doktor bagitahu yang tu anak lelaki...Dalam hati ni rasa kembang bangga. Alhamdulillah, doa kami sekeluarga dimakbulkan ALLAH.  Sepanjang kehamilan, saya pastikan membaca al Quran setiap hari.  Set Kehamilan Shaklee saya makan macam biasa.

Syukur, 14.9.2014 (Ahad) jam 7.07 pagi, Izzat Fikri bin Haji Isnor selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.5 kilogram.  Tak ada apa yang mampu dilafazkan selain memanjatkan kesyukuran yang amat sangat kepada ALLAH dan terima kasih juga kepada semua yang mendoakan keluarga saya.

.........bila fikir-fikir balik, pengambilan collagen powder dan omega guard adalah antara faktor penyumbang kepada terhasilnya anak lelaki saya...Alhamdulillah....

Oh, ya.  Pemakanan mempengaruhi jantina anak yang bakal dilahirkan.  Seeloknya, sebelum hamil, ambillah makanan yang sesuai.  Kalau nak anak perempuan, lebihkan pengambilan makanan yang berlemak, masam, manis...kalau anak lelaki pula, lebihkan ambil makanan laut.  Kuasa doa juga adalah faktor utama dan terpenting ye.  Letakkanlah pergantungan kita hanya pada ALLAH.

Sebelum, sepanjang, semasa dan sekarang ni, saya masih lagi setia dengan produk/vitamin Shaklee.  Bukan sebab saya adalah pengedar bebas Shaklee, tapi apa yang lebih lagi adalah keserasian, keberkesanan produk tersebut kepada saya.  Alhamdulillah, saya memang berniat untuk menyusukan sepenuhnya susu ibu untuk Izzat Fikri sehinggalah usia melebihi 2 tahun.  Pengambilan set penyusuan Shaklee dapat membantu saya meneruskan impian saya tu.  

Pada saya, supplement Shaklee membantu tubuh untuk lebih sihat.  Bila dah sihat, tentunya penyusuan juga lancar.  

Kalau anda nak juga nak merasai kesan pengambilan produk/supplement/vitamin Shaklee, boleh hubungi saya ye.


>> Zahiti | 019 705135
 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
 >> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
 >> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Khamis, 18 Disember 2014

KENCING MANIS

Assalamualaikum...

Hari ini saya ingin kongsikan soalan-soalan yang berkaitan dengan kencing manis.  Dah bersedia? Ok, kita mulakan ye.

1.  Apa Vitamin yang sesuai diambil oleh penghidap kencing manis?


-->Vivix, ESP dan B Complex

2.  Mengapa ia dikatakan sesuai untuk diambil?
a)  Vivix
~ ramuan vivix mengandungi resveratrol yang membantu melambatkan pembentukan protein AGE (Advance glycation end products)
~ melindungi dan membaiki sel-sel DNA
~ memberi impak positif kepada pengawalan genetik
~ menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria

b)  ESP
~ ia membantu pertumbuhan sel-sel baru kulit
~ walaupun ia mengambil masa (bergantung kepada tubuh penghidap kencing manis itu), tetapi jika konsisten, bahagian luka yang berlubang akan tertutup sendiri.

c)  B Complex
~ biasanya, penghidap kencing manis akan merasa kebas-kebas pada kaki.  Dan, oleh sebab itulah, sesetengah penghidap kencing manis tidak menyedari tapak kaki mereka mengalami luka.
~B complex mengandungi neurabion yang boleh mengurangkan rasa kebas-kebas saraf kaki.  Jika kurang kebas, penghidap kencing manis akan lebih waspada jika kaki mereka mengalami luka.

3.  Apakah alat yang digunakan untuk menguji deria rasa tapak kaki penghidap kencing manis?
Monofilament akan digunakan oleh doktor untuk mengetahui sama ada deria rasa tapak kaki berfungsi atau tidak.  Alat ini akan diletakkan di tapak kaki penghidap kencing manis.


4.  Kenapa penghidap kencing manis perlu mengambil suntikan insulin?
Jika ubat/pil yang diberi oleh doktor pada kadar maksimum tetapi bacaan gula dalam darah masih tinggi, penghidap kencing manis akan mula mengambil suntikan insulin (suntikan ini biasanya dilakukan sendiri oleh penghidap kencing manis menggunakan alatan dan ubatan yang dibekalkan serta dos suntikan yang sesuai)

5.  Apa pentingnya kita memantau kandungan gula dalam darah?
Ianya adalah perlu supaya doktor boleh memberikan nasihat perubatan kepada penghidap kencing manis sama ada perlu atau tidak penambahan/pengurangan dos insulin yang perlu diambil setiap hari.

6.  Berapa kerap bacaan gula dalam darah perlu diambil setiap hari?
Hanya perlu sekali sahaja dalam sehari.  Sekiranya penghidap kencing manis tersebut mengalami hypo/hyper, adalah perlu bacaan gula dalam darah diulangi lagi pada hari tersebut. 

7.  Bagaimana kandungan gula dalam darah boleh diukur?
Menggunakan alat yang dinamakan glucometer (sugar tester)




Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini.  Terima kasih kerana berkunjung ke sini ye.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Rabu, 17 Disember 2014

LAGI TENTANG KEBAIKAN VITAMIN C

Assalamualaikum...

Banyak rupanya kebaikan Vitamin C yang kita masih belum tahu.  Jemput baca dan fahaminya ye..

1. Imunisasi / Daya Tahan Badan
======================
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan dari jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan badan kita juga terpelihara dari bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk membina kolagen ~ struktur protein penting dalam tisu penyambung. Vitamin C yang dimakan boleh membantu luka sembuh dengan cepat, ia juga boleh melindungi kulit dari dirosakkan oleh radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

2. Demam Biasa
===========
Vitamin C mengurangkan simptom demam dan bertindak sebagai anti-histamin yang berkesan dengan mengurangkan kesan tidak baik dari demam seperti sakit-sakit badan, selsema dan kesakitan. Vitamin C juga mengawal alergi yang menyebabkan demam. Ia mengurangkan paras histamin dan biasanya mempercepatkan baik demam.


3. Anti-oksida
==========
Vitamin C adalah anti-oksida yang sangat hebat dan berkesan dalam melindungi badan dari radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau "sel karat". Ia boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti atherosclerosis yang boleh menyebabkan sakit jantung dan strok.

4. Tekanan Darah Tinggi
================
Vitamin C boleh merendahkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kebarangkalian terkena penyakit tekanan darah tinggi dan juga masalah kesihatan yang menyebabkan tekanan darah tinggi.

5. Saluran Darah
===========
Vitamin C memastikan saluran darah mengembang dengan baik. Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

6. Keracunan Plumbum
================
Vitamin C membantu mengurangkan kadar plumbum dalam darah secara mendadak.  Keracunan plumbum boleh menyebabkan masalah pembesaran terutama di kalangan kanak-kanak. Ia menyebabkan masalah pembelajaran, IQ lemah dan tumbesaran terbantut di kalangan kanak-kanak. Orang dewasa pula akan mengalami kegagalan buah pinggang dan tekanan darah tinggi jika mempunyai keracunan plumbum.

7. Untuk Kurus
===========
Vitamin C dan jus telah terbukti membantu untuk kurus dan mengekalkan berat yg ideal. Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dan jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan. Para doktor mendapati dengan makan makanan yang kaya vitamin C boleh merendahkan paras insulin, disamping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak, insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

8. Tekanan
=======
Vitamin C membantu badan mengatasi tekanan dengan mengawal paras tekanan, hormon dan kortisol yang tinggi.

9. Katarak
========
Pupil mata kita memerlukan Vitamin C untuk berfungsi dengan baik. Kekurangan Vitamin C boleh menyebabkan katarak, di mana kanta mata menjadi lebih legap, menyebabkan penglihatan kabur dan boleh jadi buta dikalangan orang dewasa. Pengambilan dos Vitamin C yang tinggi boleh menghalang katarak dan meningkatkan aliran darah ke mata. 1000mg Vitamin C sehari boleh mengelak katarak dan mempertingkatkan penglihatan.

10. Barah
=======
Ciri-ciri anti-oksida pada Vitamin C boleh melindungi sel dari kemusnahan DNA dan mutasi seterusnya mengelak dari barah untuk jangka masa panjang. Ia meningkatkan fungsi imunisasi badan dan mengelak sel barah tertentu terbentuk dalam badan. Ia juga mengurangkan risiko terkena semua jenis barah termasuk paru-paru, mulut, tekak, kolon/usus, perut dan esofagus. Vitamin C juga membantu penghasilan semula Vitamin E, salah satu antioksida yang sangat baik. Vitamin C bukanlah mengatasi terus sel barah sedia ada, tapi meningkatkan fungsi imun badan supaya boleh melawan sel barah.

11. Tenaga
=======
Vitamin C mengimbangkan sistem dalam badan dalam apa jua keadaan. Ia membantu penghasilan dopamine dalam sistem saraf serta membantu fungsi adrenal dalam meningkatkan tenaga dalam badan.

12. Sakit Jantung
============
Vitamin C menghalang terkena sakit jantung dengan menghalang radikal bebal dari merosakkan dinding arteri yang boleh menyebabkan pembentukan plak. Nutrien ini menyebabkan kolestrol teroksida, kolestrol boleh menyebabkan serangan jantung. Masalah tekanan darah tinggi juga boleh diatasi dengan Vitamin C. Vitamin C terbukti adalah cara paling murah menghalang kita dari terkena sakit jantung dan strok.

13. Diabetes
=========
Pesakit diabetes boleh mendapat manfaat dari Vitamin C kerana Vitamin C mengawal paras gula dan mengurangkan risiko diabetes dan memulihkan simptom sedia ada. Makan Vitamin C boleh menghalang glukosa dalam sel badan dan mengawal komplikasi diabetes.

14. Asma
======
Mereka yang mempunyai Vitamin C yang rendah mempunyai risiko terkena asma. Pengambilan Vitamin C yang tinggi boleh mengurangkan penghasilan histamin dalam badan yang menyebabkan keradangan.


15. Perlindungan dari matahari
=====================
Vitamin C melindungi kulit dari radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok. Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultraungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin C mengurangkan kesan sun burn disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

16. Penghasilan Kolagen
=================
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine, 2 elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen. Ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka. Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusan dan tidak bermaya. Kolagen melembapkan kulit dari dalam dan mengurangkan kedutan dan tanda penuaan.

17. Penyembuhan Luka
================
Badan menggunakan Vitamin C untuk menggantikan tisu yang rosak sekaligus menyembuhkan luka dengan lebih cepat. Luka yang lambat sembuh adalah tanda kekurangan Vitamin C. Vitamin C meningkatkan keanjalan kulit dan mempercepatkan tisu terbentuk bagi penyembuhan yang cepat.

18. Melindungi dari perubahan warna kulit
============================
Vitamin C melindungi DNA dari tindakbalas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit. Ia juga mengelakkan penghasilan Pyrimidine dimers yang menjadi punca utama penghasilan melanoma(masalah kulit).

Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.

19. Memperbaiki tekstur kulit.
====================
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah yang baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah. Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat. Tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering. Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.

Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit. Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, tingkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.


20. Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
===========================
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut. Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang. Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut
Radikal bebas terbentuk secara semulajadi apabila badan kita menukarkan makanan kepada glukosa untuk tenaga. Radikal bebas merosakkan rambut dengan menyebabkan ia nipis dan rapuh. Masalah ini akan mengganggu pertumbuhan rambut. Ciri-ciri antioksida pada rambut mengurangkan pembentukan radikal bebas dan mengurangkan kesannya kepada badan. Makan Vitamin C yang cukup dalam diet seharian penting untuk melindungi dari radikal bebas.

Mereka yang mengambil jumlah Vitamin C yang banyak mempunyai rambut yang sihat, kuat dan lebat.

21. Melawan Kelemumur
=================
Folikel rambut sering tersumbat kerana kelemumur dan kulit kering yang mati. Ia boleh merosakkan folikel rambut jika tidak dirawat dan menghalang pertumbuhan rambut. Vitamin C membantu melawan bakteria atas kulit kepala. Ia membuang kelemumur dan membantu rambut untuk tumbuh dengan sihat. Ia juga mengelakkan kulit kepala dari gatal dan kering kerana Vitamin C ada ciri-ciri anti-viral.

22. Mengurangkan Keguguran Rambut.
==========================
Vitamin C melawan kekurangan kelenjar adrenal. Ia penting untuk mengurangkan rambut gugur dan menggalakkan lebih banyak rambut tumbuh kerana kelenjar adrenal adalah punca untuk seimbangkan hormon dalam badan.

23. Rambut yang lebat
===============
Vitamin C membantu meningkatkan aliran darah dan menguatkan kapilari dari. Ia penting bagi menghasilkan rambut yang kuat dan lebat.

24. Melawan Masalah Rambut
====================
Vitamin C adalah nutrien penting rawat rambut rosak dan melawan masalah rambut. Pemakanan yang mengandungi Vitamin C yang cukup boleh mengelakkan alopecia dan masalah botak bagi lelaki.

25. Mengelak dari Uban
=================
Vitamin C bukan sahaja mengelakkan rambut gugur malahan membantu untuk mengekalkan warna asal rambut dengan mengelakkan kesan penuaan pada rambut.

SUMBER INFO


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FanPage: Sihat Sejahtera 

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Selasa, 16 Disember 2014

DENGAN SHAKLEE, SENGGUGUT PUN LARI

Assalamualaikum semua.

Orang perempuan je yang alami senggugut, orang lelaki takde ye.  Jadi, hanya orang perempuan yang mengalami senggugut aje yang tahu macam mana sakitnya bila senggugut menyerang.

Kawan saya bagitau, masa sekolah menengah dulu, dia kerap kena senggugut, sampai terbaring, tak boleh nak buat apa.   Hmmm...saya boleh bayangkan macam mana keadaan masa tu.  Saya? Alhamdulillah....senggugut yang teruk tu tak pernah, kalau kena pun masih boleh buat kerja lagi.

Sekarang ni, kita tengok punca-punca senggugut.

  • pengambilan kafein yang tinggi
  • tekanan
  • peningkatan usia
  • ada sejarah kemurungan
  • sejarah keluarga yang pernah ada senggugut
  • faktor pemakanan ~ aras vitamin dan galian tertentu adalah rendah -- terutamanya magnesium, manganese dan vitamin E


Jadi, langkah yang terbaik untuk menangani senggugut  ni, amalkan je vitamin SHAKLEE.

OSTEMATRIX
Ostematrix membantu membekalkan/menampung kekurangan magnesium dalam badan.  Biasanya, sebelum haid bermula, paras bekalan kalsium akan menurun dan seterusnya menyebabkan emosi yang tak stabil, murung serta masalah kejang otot pertu dan lain-lain.

Pengambilan Ostematrix dapat melegakan dan mengurangkan kesakitan yang dialami dan membekalkan zat magnesium dan kalsium yang diperlukan tubuh.

GLA COMPLEX
Bila senggugut datang, ia melibatkan kekejangan otot rahim.  Ada kajian mengatakan keadaan ini adalah disebabkan oleh kekurangan gamma linolenics acid (GLA).  Jadi, pengambilan GLA Complex dapat memenuhi keperluan badan kerana pati biji borage merupakan zat terkaya bagi GLA semulajadi dan memberikan kelegaan serta meringankan simptom senggugut.

B COMPLEX
B Complex yang kaya dengan pelbagai jenis vitamin B dapat membantu mengurangkan rasa tertekan dan stress.  Ia turut membantu menambah aliran oksigen dan menstabilkan paras estrogen ke tahap normal.  Vitamin B5, B6 dan B12 yang terkandung dalam B Complex Shaklee dapat meringankan tekanan, menghindarkan masalah anemia dan terbukti menghasilkan kesan terbaik ke atas senggugut.

Kalau anda ada masalah senggugut, cubalah set senggugut SHAKLEE.  Dengan izinNYA ia membantu memberi kelegaan dan mengurangkan kesakitan yang dialami.

Hubungi saya hari ini juga untuk mendapatkan set senggugut shaklee khas untuk yang tersayang.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FanPage: Sihat Sejahtera 

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

nRelate Posts and Homepage