Ahad, 21 Disember 2014

COLLAGEN POWDER DAN OMEGA GUARD ~ DI SEBALIK TABIR

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah jumpa lagi hari ni.

Bila Shaklee buat promosi pembelian Collagen Powder mulai 10 Disember - 31 Disember 2014, teringat pulak kisah saya setahun yang lepas.  

Sebelum tu, setiap kali baca testimoni orang lain yang dah ambil Collagen Powder, hati ni tak boleh nak tipu, tak boleh jadi ni, mesti beli juga.  Disember tahun lepas, saya beli 2 kotak Collagen Powder. Niat di hati nak memperbaiki kulit muka yang ada parut jerawat.  Saya beli juga Omega Guard sebab....kalau dah cantik, mestilah badan nak slim jugak kan.  Hehehe...

Collagen Powder dihasilkan dari Sisik Ikan Merah.
Omega Guard diekstrak dari ikan laut air sejuk di perairan negara Jepun.

Kedua-duanya bersumberkan ikan.

Nak dijadikan cerita, belum pun habis kotak kedua Collagen Powder Shaklee tu, Allah berikan anugerah yang lebih baik dari apa yang saya hajatkan.  Saya disahkan mengandung.  Alhamdullillah. Di awal kehamilan, memang saya kerap makan ikan, tak kisahlah apa jenis ikan pun saya makan.  Kalau ada ayam atau seafood yang dihidangkan semasa makan, saya tetap memberi keutamaan pada ikan.  Manalah tahu kalau ALLAH izinkan kehamilan kali ni saya dikurniakan anak lelaki pulak.  Anak-anak saya sebelum ni kesemuanya perempuan.

Bila dah disahkan hamil, saya terus berhenti sekejap pengambilan Collagen Powder dan Omega Guard.  Saya teruskan pengambilan Set Kehamilan Shaklee pulak.  Omega saya sambung makan bila kandungan dah masuk trimester kedua ~ ia bagus untuk perkembangan anak dalam kandungan saya.

Pertama kali buat scan baby masa usia kandungan 4 bulan...Belum tanya pun doktor jantina apa anak saya tu, terus doktor bagitahu yang tu anak lelaki...Dalam hati ni rasa kembang bangga. Alhamdulillah, doa kami sekeluarga dimakbulkan ALLAH.  Sepanjang kehamilan, saya pastikan membaca al Quran setiap hari.  Set Kehamilan Shaklee saya makan macam biasa.

Syukur, 14.9.2014 (Ahad) jam 7.07 pagi, Izzat Fikri bin Haji Isnor selamat dilahirkan secara normal dengan berat 3.5 kilogram.  Tak ada apa yang mampu dilafazkan selain memanjatkan kesyukuran yang amat sangat kepada ALLAH dan terima kasih juga kepada semua yang mendoakan keluarga saya.

.........bila fikir-fikir balik, pengambilan collagen powder dan omega guard adalah antara faktor penyumbang kepada terhasilnya anak lelaki saya...Alhamdulillah....

Oh, ya.  Pemakanan mempengaruhi jantina anak yang bakal dilahirkan.  Seeloknya, sebelum hamil, ambillah makanan yang sesuai.  Kalau nak anak perempuan, lebihkan pengambilan makanan yang berlemak, masam, manis...kalau anak lelaki pula, lebihkan ambil makanan laut.  Kuasa doa juga adalah faktor utama dan terpenting ye.  Letakkanlah pergantungan kita hanya pada ALLAH.

Sebelum, sepanjang, semasa dan sekarang ni, saya masih lagi setia dengan produk/vitamin Shaklee.  Bukan sebab saya adalah pengedar bebas Shaklee, tapi apa yang lebih lagi adalah keserasian, keberkesanan produk tersebut kepada saya.  Alhamdulillah, saya memang berniat untuk menyusukan sepenuhnya susu ibu untuk Izzat Fikri sehinggalah usia melebihi 2 tahun.  Pengambilan set penyusuan Shaklee dapat membantu saya meneruskan impian saya tu.  

Pada saya, supplement Shaklee membantu tubuh untuk lebih sihat.  Bila dah sihat, tentunya penyusuan juga lancar.  

Kalau anda nak juga nak merasai kesan pengambilan produk/supplement/vitamin Shaklee, boleh hubungi saya ye.


>> Zahiti | 019 705135
 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
 >> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
 >> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage