Isnin, 22 Disember 2014

URUSKAN KAIN BAJU DI RUMAH CARA SAYA

Assalamualaikum semua.  Saya doakan anda semua sentiasa bahagia, dipermudahkan segala urusan dan dipelihara ALLAH setiap masa.

Hari ni saya terpanggil untuk berkongsi cara saya menguruskan kain baju untuk keluarga saya.  Anak saya ada lima orang campur saya dan suami, ada 7 orang semuanya.  Bermakna, setiap kali nak melipat dan menyusun baju, saya kena fikirkan cara terpantas dan jimat ruang untuk muatkan kain baju semua tu.  

Rasanya dah hampir setahun saya praktikkan cara ni, dan, alhamdulillah, memang menjimatkan masa, kepala tak pening, dan biasanya dalam tempoh tak sampai 2 jam, saya boleh siap melipat dan menyusun kain baju.  

Mula-mula dulu, bila tak sempat nak lipat kain, saya longgok je atas tikar/katil.  Tapi, mulalah datang pening kepala/berserabut sebab nak cari baju/kain yang nak pakai memang ambil masa.  Berpeluh-peluh.  Lagilah bila nak cari baju anak-anak, kenalah padankan baju dengan kain/seluar.  Belum lagi seluar/baju dalam, stokin, anak tudung dan tudung.

Sekarang saya ada solusi yang memang sangat berguna pada saya.  Cubalah, anda akan dapati masa untuk menguruskan kain baju lebih pendek dan kepala pun tak berserabut.

Caranya ~
baju, seluar suami dan saya, lepas basuh je terus gantung kat hanger.  Bila dah kering, terus masukkan dalam almari.  Sama juga untuk baju sekolah anak-anak.

pakaian lain, jemur macam biasa.

baju anak-anak saya sidai di penyangkut baju yang bulat tu, jadi, memang jimat ruang.  
 untuk stokin, baju baby saya sidai di penyangkut baju yang ada sepit tu.

Bila nak lipat pula, saya akan asingkan semua baju, kain, stokin  ikut pemiliknya.  Hasilnya, beberapa longgok baju akan kelihatan.  Dan ada 7 kesemuanya.  Hehehhe.  Lepas tu, mulalah aktiviti melipat ikut longgokan kain tadi.  

Dah siap lipat, saya akan susun kat almari/tingkat-tingkat baju.  Mudahkan.

Biasanya saya akan mulakan aktiviti lipat kain ni bila anak-anak dah tidur dan di tengah malam.  

Maaf la ye, takde gambar yang saya ambil.  Rasanya, kalau baca penerangan saya, boleh ikut kan.  Jadi, dah boleh mula praktis. 

>> Zahiti | 019 705135
 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
 >> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
 >> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage