Assalamualaikum semua.
Mesti anda dah biasa sangat tengok di FB, Blog, Instagram atau apa jua medium perantara, Shaklee membuat promosi setiap bulan dengan produk-produk yang berbeza.
Mengapa dan kenapa perlu promosi tu semua? Mari saya terangkan berkaitan promosi tersebut.
Kelebihan Membeli
Kebiasaannya setiap bulan, akan ditawarkan BELI 6 PERCUMA 1. Contohnya, bulan ni, produk yang dipromosikan adalah Vitamin C dan Vitamin E.
Harga runcit sebotol Vitamin C ialah RM92.50.
RM92.50 x 6 BOTOL = RM555.00
kemudiannya, RM555.00 kita bahagikan pula dengan 7, sebab promosi beli 6 percuma 1.
Jadi, RM555.00
------------- = RM79.30
7
maknanya, harga runcit bagi sebotol Vitamin C ialah RM79.30.
Beza harga runcit Vitamin C semasa promosi dan harga runcit di bulan-bulan lain ialah RM13.20.
Itulah dinamakan penjimatan yang bijak. Banyak beza tu dengan harga asalnya.
Peluang Menjadi Ahli Shaklee
Untuk menjadi Pengedar Bebas Shaklee/Ahli Shaklee yang berdaftar, yuran sebanyak RM65.00 perlu dijelaskan. Dan, tambahan RM10.00 untuk bayaran pos bagi tujuan penghantaran beg kit Shaklee terus kepada tangan kita. Jumlah keseluruhannya, RM75.00.
Tetapi, anda boleh mendapat keahlian tanpa perlu menjelaskan RM65.00 dengan cara membeli produk/supplement yang sedang dipromosikan atau produk yang lain dengan nilai lebih kurang RM700.00. Untuk lebih jimat, kumpullah order dengan 6 orang yang lain, tak kiralah kawan ke, adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran atau sesiapa sahaja. Anda kumpul order dan maklum kepada saya jumlah order yang terkumpul. Saya akan uruskan pembelian produk yang dinyatakan dan daftarkan terus anda sebagai pengedar bebas Shaklee di bawah organisasi saya.
Terus Dapat Bonus Pertama Bersama Shaklee
Oh, mudahnya nak dapat bonus. Memang mudah. Sebab anda dah berjaya menjadi pengedar bebas/ahli Shaklee dengan cara keahlian percuma, bulan berikutnya, anda akan menikmati bonus pertama anda. Tak sangka kan, hanya berkongsi beli produk/vitamin dan memenuhi syarat pembelian RM700.00 kita dah dapat bonus.
Peluang Bisnes
Bila kita beli masa promosi dan beli pula secara berkongsi dengan yang lain-lain, biasanya kita dah mula mengambil/makan vitamin tersebut kan. Dalam tempoh lebih kurang seminggu, kesan pengambilan vitamin tersebut kita dah boleh rasa. Sebagai contoh, vitamin C. Ia meningkatkan tahap imun kita kepada serangan penyakit selesema, demam dan lain-lain. Di saat semua orang merasakan demam melanda, anda mula konsisten mengambil vitamin c, insya Allah anda akan terpelihara dari jangkitan penyakit tersebut. Mudahkan. Dah ada 1 testimoni dari anda sendiri.
Dari situ anda mula berkongsi cerita tersebut dengan rakan-rakan yang lain pula. Dan mereka pula berminat nak mencuba vitamin tersebut. Anda boleh terus membeli/memesan vitamin tersebut di cawangan-cawangan Shaklee yang berdekatan atau memesan secara online dengan Shaklee2u atau maklumkan pada saya untuk uruskan order anda.
Bila dah rasa bonus setiap bulan dan bonus tu pula semakin banyak (bergantung kepada usaha yang anda lakukan), mesti rasa lebih seronok untuk terus berkongsi dengan orang ramai pula. Kita bantu pula orang lain untuk meningkatkan tahap kesihatan mereka. Insya Allah.
Harapnya penerangan saya ini memberikan anda gambaran tentang promosi yang diwar-warkan setiap bulan oleh pihak Shaklee....
Saya menunggu anda di puncak kejayaan ye!
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan