Rabu, 31 Disember 2014

KEBAIKAN SUSU IBU

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, telah ramai ibu bapa yang menyedari betapa berharganya dan bernilainya susu ibu kepada tumbesaran anak-anak mereka.  Dan, melalui kesedaran tersebut, ibu bapa berusaha untuk menambah nilai ilmu mengenai penyusuan susu ibu sepenuhnya.  Tahniah saya ucapkan kepada semua ibu bapa yang telah mengambil langkah yang baik dan bijak dengan memberikan hanya susu ibu kepada anak anda secara ekslusif selama 6 bulan dan kemudiannya meneruskan sehingga anak tersebut berusia 2 tahun.  Saya doakan agar semua ibu bapa di dunia ini mengamalkan penyusuan eksklusif kepada semua bayi di bawah usia 2 tahun.


Di sini saya ingin menarik perhatian semua tentang Kebaikan Susu Ibu.  Maklumat ini saya perolehi daripada myhealth.




Kebaikan untuk Bayi:
  • Susu ibu membekalkan nutrien yang terbaik untuk bayi anda
    • Ia mengandungi nutrien dalam kadar yang mencukupi.
    • Kandungannya berubah mengikut keperluan bayi yang sedang membesar.
  • Susu ibu, terutamanya kolostrum, menguatkan sistem imuniti bayi anda
    • Ia melindungi bayi dari jangkitan seperti cirit birit, selesema, bronkitis dan radang paru-paru.
  • Susu ibu mencegah berbagai masalah alahan seperti asma, ekzema dan kolik bayi.
  • Susu ibu mengandungi nutrien tertentu yang amat kritikal untuk perkembangan otak. Ia membantu dalam meningkatkan kecerdikan anak anda.
  • Ia tidak mudah tercemar dibandingkan dengan cara penyusuan lain.
  • Susu ibu mudah diperolehi pada suhu yang betul setiap masa. Oleh itu ia tidak susah untuk disediakan.
  • Ia memberi keselesaan dan keselamatan emosi kepada bayi.
  • Ia memberi peluang kepada ibu dan anak untuk berinteraksi sepenuhnya dan meningkatkan hubungan kasih sayang antara ibu dan anak.
Kebaikan untuk Ibu:
  • membantu mengecutkan rahim dan mengembalikannya kepada saiz yang asal dengan cepat serta mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
  • membakar kalori dan mengembalikan bentuk badan asal anda dengan cepat.
  • mengurangkan risiko kanser payudara dan kanser ovari.
  • menjarakkan kelahiran jika mengamalkan penyusuan ibu secara sepenuhnya
Kebaikan lain:
  • Tidak memerlukan perbelanjaan dan bekalan susu sentiasa ada.
  • Baik untuk persekitaran kerana mengurangkan penggunaan tin dan kotak-kota susu formula.

Jika anda mahukan supplement khas untuk penyusuan, boleh hubungi saya.  Saya akan bantu anda memilih set penyusuan yang terbaik dan mengikut bajet anda.

Supplement yang dicadangkan membantu badan lebih sihat, bertenaga dan cergas serta emosi si ibu akan lebih tenang dan stabil yang mendorong kepada pengeluaran susu ibu yang mencukupi dan berkualiti.

Anda cubalah rasa perbezaan sebelum dan selepas pengambilan supplement untuk penyusuan.

Antara manfaatnya supplement Shaklee ni, ia boleh diambil dan dikongsi oleh seisi keluarga.  

Untuk membaca pengalaman saya mengenali Shaklee dan seterusnya memilih produk Shaklee untuk meningkatkan tahap kesihatan saya dan keluarga boleh rujuk di sini ye.

Terima kasih sudi membaca entry saya ni...

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage