Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin kongsikan soalan-soalan yang berkaitan dengan kencing manis. Dah bersedia? Ok, kita mulakan ye.
1. Apa Vitamin yang sesuai diambil oleh penghidap kencing manis?
-->Vivix, ESP dan B Complex
2. Mengapa ia dikatakan sesuai untuk diambil?
a) Vivix
~ ramuan vivix mengandungi resveratrol yang membantu melambatkan pembentukan protein AGE (Advance glycation end products)
~ melindungi dan membaiki sel-sel DNA
~ memberi impak positif kepada pengawalan genetik
~ menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
b) ESP
~ ia membantu pertumbuhan sel-sel baru kulit
~ walaupun ia mengambil masa (bergantung kepada tubuh penghidap kencing manis itu), tetapi jika konsisten, bahagian luka yang berlubang akan tertutup sendiri.
c) B Complex
~ biasanya, penghidap kencing manis akan merasa kebas-kebas pada kaki. Dan, oleh sebab itulah, sesetengah penghidap kencing manis tidak menyedari tapak kaki mereka mengalami luka.
~B complex mengandungi neurabion yang boleh mengurangkan rasa kebas-kebas saraf kaki. Jika kurang kebas, penghidap kencing manis akan lebih waspada jika kaki mereka mengalami luka.
3. Apakah alat yang digunakan untuk menguji deria rasa tapak kaki penghidap kencing manis?
Monofilament akan digunakan oleh doktor untuk mengetahui sama ada deria rasa tapak kaki berfungsi atau tidak. Alat ini akan diletakkan di tapak kaki penghidap kencing manis.
4. Kenapa penghidap kencing manis perlu mengambil suntikan insulin?
Jika ubat/pil yang diberi oleh doktor pada kadar maksimum tetapi bacaan gula dalam darah masih tinggi, penghidap kencing manis akan mula mengambil suntikan insulin (suntikan ini biasanya dilakukan sendiri oleh penghidap kencing manis menggunakan alatan dan ubatan yang dibekalkan serta dos suntikan yang sesuai)
5. Apa pentingnya kita memantau kandungan gula dalam darah?
Ianya adalah perlu supaya doktor boleh memberikan nasihat perubatan kepada penghidap kencing manis sama ada perlu atau tidak penambahan/pengurangan dos insulin yang perlu diambil setiap hari.
6. Berapa kerap bacaan gula dalam darah perlu diambil setiap hari?
Hanya perlu sekali sahaja dalam sehari. Sekiranya penghidap kencing manis tersebut mengalami hypo/hyper, adalah perlu bacaan gula dalam darah diulangi lagi pada hari tersebut.
7. Bagaimana kandungan gula dalam darah boleh diukur?
Menggunakan alat yang dinamakan glucometer (sugar tester)
Sekian sahaja perkongsian untuk hari ini. Terima kasih kerana berkunjung ke sini ye.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan