Ahad, 30 November 2014

MASALAH PCOS

Assalamualaikum.

Biasa dengar PCOS?  PCOS adalah singkatan daripada Polcystic Ovary Sindrome/Sindrom Polisistik Ovari (PCOS).  Salah satu penyakit yang disebabkan oleh haid yang tidak teratur. Dan, wanita dengan PCOS biasanya mengalami berat badan berlebihan, haid tidak teratur, petanda berlebihan hormon androgen (kulit berminyak dan berjerawat, rambut berlebihan pada kawasan misai dan janggut), serta masalah kesuburan. Mereka juga menghadapi risiko mendapat penyakit kencing manis dan penebalan lapisan endometrium secara berterusan.

Biasanya doktor akan memberikan hormon estrogen dan progesteron yang bertujuan mengembalikan semula haid kepada wanita tersebut dalam bentuk pil.  Pil ini akan bertindak seperti hormon yang membantu merangsang penebalan dan pematangan lapisan endometrium (lapisan paling dalam  uterus).

Oleh itu, para wanita hendaklah mengambil berat dan perhatian jika menghadapi masalah haid tidak teratur.  Salah satu cara yang membantu untuk mengembalikan kitaran haid agar lebih teratur, ambillah GLA Complex Shaklee, yang membantu mengawal selia hormon  lelaki dan wanita.  Bukan itu sahaja, bagi yang konsisten mengamalkan GLA Complex ni akan mendapati kulitnya akan lebih cantik.  Manfaat lain GLA Complex boleh lihat di pautan ini ye. klik aje


 sumber info:  di sini



>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Ahad, 9 November 2014

SET BERPANTANG SHAKLEE MEMANG MENGUNTUNGKAN

Alhamdulillah...berpantang kerana melahirkan cahaya mata ke-5 secara normal baru-baru ini saya berpeluang untuk menggunakan sepenuhnya Set Berpantang Shaklee.  Selama ni asyik baca testimoni hebat mereka yang telah mengambil set berpantang Shaklee.
Set berpantang yang saya ambil ialah
Zinc Complex
B Complex
Vitalea
Vitamin C
ESP
Ostematrix
....dan 2 minggu sebelum tempoh berpantang tamat, saya tambah pengambilan supplement Shaklee...
Lecithin
Omega Guard
Herblax
Alfalfa
Lebih kurang 10 hari saya berpantang di kampung mertua lepas tu saya balik rumah sendiri.   Dapatlah saya menghabiskan urutan 7 kali semasa di kampung.  Segar rasa badan bila dah completekan semua urutan tu.
Lepas habis berurut, bermulalah rutin harian saya menguruskan anak-anak sekolah dan menguruskan rumah tangga memandangkan saya dah balik rumah sendiri dan suami pun dah mula bekerja.  Saya memang pastikan saya tak skip pengambilan mana-mana vitamin berpantang sebab saya perlu menguruskan banyak perkara.  Iyalah, anak pun dah ramai, memang kena buat kerja dengan pantas.
Rasa bertuah sangat dapat mengenali Shaklee dan seterusnya merasai #ShakleeEffect ketika berpantang kali ni.  Rumah pulak bertingkat, memang selalulah kena naik turun tangga.  Banyak tenaga nak guna.
Jiran yang datang ziarah pun pelik tengok saya turun tangga lajunya.  Dia tanya dah sihat ke?  Alhamdulillah, dengan Shaklee badan sihat.  Susu badan memang mencukupi untuk si kecil.  Buktinya...si kecil tidur dengan lena dan hanya bangun bila nak susu atau lampin penuh.  Teruja sungguh tengok lampin si kecil kejap je dah penuh. 
Oh ya! Bersyukur sangat kerana kelahiran kali ni saya dan keluarga dikurniakan seorang anak lelaki.  Akhirnya ALLAH memakbulkan doa kali semua.  Memang berbeza ye cara penyusuan anak lelaki ni.  Apa yang boleh saya katakan, anak lelaki memang kuat menyusu dan saya kenalah pastikan susu saya dapat memenuhi kehendaknya.  Dengan Shaklee, InsyaAllah dunia penyusuan si kecil akan mudah dan lancar.  Amin...
Nak merasai juga kesan Set Berpantang Shaklee?  Hubungi je saya ye.






>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Rabu, 5 November 2014

FAHAMI ESP LEBIH LANJUT


 Assalamualaikum.
 
Syukur dapat lagi kita jumpa hari ni kan.  Dalam perkongsian group eksklusif Shaklee saya di bawah bimbingan Master Coordinator Farah Alias baru-baru ni hangat dibincangkan mengenai pengambilan ESP Shaklee terutamanya dalam membantu penurunan berat badan.

 
 
Mari kita fahami fungsi dan peranan ESP Shaklee...
 
1.  Masa paling sesuai ambil ESP untuk menurunkan berat badan
 
ESP hendaklah diambil antara masa makan utama (antara sarapan pagi dan makan tengah hari atau makan tengah hari dan makan malam....senang nak faham ambil ESP ni time minum pagi ATAU minum petang).  Khas untuk yang nak turunkan berat badan sahaja ye.
 
2.  Mengapa ESP tidak boleh diambil sebelum makan?
 
Segelas hidangan ESP bersamaan 105 kalori (ini untuk 3 sudu besar penuh/28g ESP).  Jadi, bila diambil sebelum makan lepas tu kita makan nasi, maka bertambah-tambahlah kalori dalam badan.  Sistem pencernaan kita terpaksa menampung dan menghadamkan kalori yang banyak dalam satu-satu masa.  Kan, nampak terbeban sungguh badan kita.
 
3. Sebab apa berat badan naik bila ambil ESP sebelum tidur?
 
Bila malam, sistem badan kita nak berehat sekaligus kalori tadi tu akan bertukar menjadi lemak.  Sebab itulah bertambah-tambah berat badan kita.  Cuba semak semula kita minum ESP tu bila.
 
3.  Apa maksud Indeks Glisemik (GI) rendah dalam hidangan ESP?
 
Maksudnya, gula yang terdapat dalam ESP akan dilepaskan sedikit demi sedikit dalam darah.  Sebab itulah ESP juga sesuai diambil oleh orang yang ada diabetis.  Pelepasan gula yang  berperingkat membantu pengidap diabetis rasa kenyang lebih lama dan membekalkan tenaga yang berpanjangan. 
 
Cuba tengok, ada makanan yang bila kita makan terus bebaskan gula yang tinggi dalam darah pada satu-satu masa.  Jadi, gula tu akan bertukar jadi lemak dan seterusnya menyerap dalam badan.  Tu yang tup tup bila timbang, berat badan jadi naik dan badan pun jadi sembab.  Betul tak, betul tak?  Kesian badan sebab kena paksa rela proses semuanya sekaligus. 
 
***nota tambahan (rasa macam masa sekolah dulu plak kan...hi hi hi...)
 
Glukosa berlebihan dalam badan disimpan dalam bentuk apa dan di mana?
 
Jawapannya:  Dalam bentuk GLIKOGEN dan ianya disimpan dalam hati.
 
Sekian perkongsian untuk kali ini.  Harapnya ia memberi manfaat pada semua yang membaca.
 
 




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Isnin, 3 November 2014

KONSISTENLAH

Assalamualaikum

Saya akui saya memang tak suka ambil ubat kalau demam, selesema atau apa jelah berkaitan dengan masalah kesihatan.  Antara sebabnya, saya tak nak badan saya dipenuhi dengan ubat yang boleh memberi kesan yang buruk pada diri saya pada masa akan datang terutamanya bila dah tua nanti (InsyaAllah jika dipanjangkan usia).


Jadi, sebelum-sebelum ni memang saya tak ambil pusing pasal apa sahaja supplement atau vitamin yang banyak dijual di pasaran.  Iyalah, saya ni dok fikir vitamin ni mahal dan hanya orang tertentu dan banyak duit aje mampu membelinya kan.  Nak maintain beli vitamin lagi, banyak nak kena peruntukkan untuk tujuan tu je.  So, memang takdelah saya nak membeli vitamin, baik belanja beli benda lain.
 
 
Nak ditakdirkan saya berkenalan dengan supplement ni bila saya risau susu badan saya semakin sikit.  Nak memenuhi demand and supply untuk anak saya yang pada masa tu usianya 8 bulan.  Bermulalah episod saya meng'google' cara/kaedah untuk meningkatkan pengeluaran susu badan.  Saya memang dah bertekad untuk menyusukan anak saya secara eksklusif at least sampai usianya 2 tahun.  Google punya google, saya jumpa banyak kaedah untuk meningkatkan pengeluaran susu badan sama ada melalui petua orang lama mahupun melalui pengambilan supplement.
 
 
Lama jugak saya menelaah keberkesanan pengambilan supplement terutamanya produk Shaklee.  Saya juga buat perbandingan melalui penulisan pengedar-pengedar Shaklee dan juga berhubung dengan mereka melalui SMS je...hihihi....segan la nak telefon.  Akhirnya saya diberi ruang untuk mencuba produk Shaklee iaitu Alfalfa.  Harga pun berbaloi tapi bila fikir banyak tu dalam satu botol ada 330 biji.  Boleh ke aku makan dan konsisten amalkan setiap hari tanpa culas.
 
 
Dah buat pelaburan, mestilah kita nakkan hasilnya betul tak?  Dapat je bungkusan Alfalfa, terus try makan berdasarkan maklumat pemakanan yang diberikan.  Saya beli dari mentor hebat... Master Coordinator Farah Alias (sekarang ni dialah upline saya).  Konsisten makan seminggu, Alhamdulillah, pengeluaran susu bertambah lancar.  Dan bukan itu aje yang saya dapat, keputihan yang saya alami bertambah baik dan terus hilang.  Setiap pagi lepas bangun je, memang akan terus buang air besar.  Hebat penangan Alfalfa ni.
 
 
Peringkat permulaan ambil supplement Alfalfa Shaklee ni, memanglah susah saya nak konsisten makan.  Tapi bila fikir balik, dah beli, jangan membazir, tak elok tu.  Jadi, saya pun teruskan pengambilan Alfalfa setiap hari without fail.  Memang terasa perbezaan yang positif dalam badan.  Bangun pagi pun senang aje dan rasa mencucuk-cucuk kat tapak kaki setiap kali bangun tidur pun hilang.
 
 
Tak habis lagi saya ambil Alfalfa, saya cuba pulak Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee bagi menambah nilai pada tubuh saya dan tentunya untuk pengeluaran susu ibu yang lebih baik.  Pastu saya ambil pulak full set untuk breasfeeding....  Sampailah sekarang, dah banyak produk Shaklee yang saya ambil dan semuanya Alhamdulillah, memang serasi dengan saya serta memberi kesan yang positif. 
 
 
Bila dah rasa kesan yang positif kat badan sendiri, saya promote pulak pada family saya dan kawan-kawan.  Dan, pastinya suami dan anak-anak pun saya beri supplement Shaklee yang bersesuaian dengan mereka.
 
 
Itulah untungnya bila makan supplement Shaklee ni, kita tekankan konsep U-S-B ~ Use, Share, Build.
 
 
Kalau anda semua berhajat nak mencuba supplement Shaklee, bolehlah borak-borak dengan saya.  Nanti saya kongsikan dengan anda apa yang sesuai untuk anda.
 




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Sabtu, 1 November 2014

INDAHNYA SOLAT TAHAJUD

Alhamdulillah...pada usia yang begini (dah 30-an pun) diberi ilmu mengenai solat tahajud.  Solat ni pada satu masa dulu bagi saya amat asing dan sinonimnya sering dibuat oleh orang yang bergelar imam, ustaz, orang-orang alim dan orang-orang yang dah pencen.
 
Rupa-rupanya betapa Indahnya Solat Tahajud ni kan.  Banyak rahsia tersembunyi di sebalik keindahan solat tersebut.
 
Solat tahajud adalah termasuk dalam solat sunat muakad (solat yang dituntut oleh Syarak).  Ia boleh dilaksanakan paling minimum 2 rekaat dengan satu salam.  Masa mengerjakannya adalah sepanjang malam setelah terjaga dari tidur (walaupun tidur tu sekejap je).  Seelok-eloknya dikerjakan pada 1/3 akhir malam. 

 
Imam Nawawi berpesan,
 
bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud, juga tidak mampu berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu.  Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa daripada ALLAH kerana Dilah sebaik-baik PELINDUNG.
 
Kita tengok pula keajaiban solat tahajud ni.  Sejarah telah membuktikan bahawa Rasullullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan solat tahjaud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.
 
  • Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata, kalimat yang pertama kaliku dengar dari Rasullullah SAW saat itu adalah 'Hai Sekalian Manusia, Sebarkanlah Salam, Bagikanlah Makanan, Sambunglah Silaturrahim, tegakkan solat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat'.
 
  • Menjauhi Penyakit
Salman al Farisi berkata, Rasullullah bersabda, 'Dirikanlah solat malam kerana solat malam adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri daripada penyakit yang menyerang tubuh' (Hadis Riwayat Ahmad)
 
  • Mengangkat Darjat Manusia
Rasullullah bersabda, Jibril mendatangi ku lalu berkata,"Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapat balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seseorang muslim adalah pada solat waktu malam" (Hadis Riwayat Al Baihaqi)
 
  • Mendapat Rahmat ALLAH
Abu Hurairah berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda,'Semoga ALLAH merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya.  Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya.  Juga merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan lalu solat dan membangunkan suaminya.  Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya (Hadis Riwayat Abu Daud)
 
  • Doa Dimakbulkan
ALLAH SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat tahajud dengan ikhlas, bahawa Nabi SAW bersada, sesungguhnya di malam hari, ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti ALLAH memberinya.  Itu berlangsung setiap malam (Hadis Riwayat Muslim)
 
  • Penghapus Dosa
Dari Abu Umamal al-Bahili berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda, lakukanlah qiamullail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa dan penghalang berbuat salah.
 
  • Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasullullah SAW bersabda, syaitan akan mengikat kepada seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama.  Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama ALLAH, maka terlepaslah ikatan pertama.  Apabila ia berwudhu, maka akan terbukalah ikatan kedua.  Apabila ia solat akan terbukalah ikatan kesemuanya.  Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa.  Jika tidak, maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.
 
  • Menjaga Kesihatan Rohani
ALLAH SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat tahajud akan dipelihara peribadinya.  ALLAH berfirman, dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (Surah Al-Furqan ayat 63-64)
 
Solat itu mudah jika kita memudahkannya.




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

nRelate Posts and Homepage