Alhamdulillah...pada usia yang begini (dah 30-an pun) diberi ilmu mengenai solat tahajud. Solat ni pada satu masa dulu bagi saya amat asing dan sinonimnya sering dibuat oleh orang yang bergelar imam, ustaz, orang-orang alim dan orang-orang yang dah pencen.
Rupa-rupanya betapa Indahnya Solat Tahajud ni kan. Banyak rahsia tersembunyi di sebalik keindahan solat tersebut.
Solat tahajud adalah termasuk dalam solat sunat muakad (solat yang dituntut oleh Syarak). Ia boleh dilaksanakan paling minimum 2 rekaat dengan satu salam. Masa mengerjakannya adalah sepanjang malam setelah terjaga dari tidur (walaupun tidur tu sekejap je). Seelok-eloknya dikerjakan pada 1/3 akhir malam.
Imam Nawawi berpesan,
bila engkau tidak mampu bangun malam untuk solat tahajud, juga tidak mampu berpuasa di siang hari, maka ketahuilah bahawa sesungguhnya engkau telah dihalangi untuk melakukannya kerana maksiat dan dosa yang membelenggumu. Mohonlah perlindungan maksiat dan dosa daripada ALLAH kerana Dilah sebaik-baik PELINDUNG.
Kita tengok pula keajaiban solat tahajud ni. Sejarah telah membuktikan bahawa Rasullullah SAW dan para sahabat selalu melaksanakan solat tahjaud kerana banyak keajaiban yang terkandung dalam solat tersebut.
- Tiket ke Syurga
Abdullah Ibn Muslin berkata, kalimat yang pertama kaliku dengar dari Rasullullah SAW saat itu adalah 'Hai Sekalian Manusia, Sebarkanlah Salam, Bagikanlah Makanan, Sambunglah Silaturrahim, tegakkan solat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat'.
- Menjauhi Penyakit
Salman al Farisi berkata, Rasullullah bersabda, 'Dirikanlah solat malam kerana solat malam adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri daripada penyakit yang menyerang tubuh' (Hadis Riwayat Ahmad)
- Mengangkat Darjat Manusia
Rasullullah bersabda, Jibril mendatangi ku lalu berkata,"Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapat balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seseorang muslim adalah pada solat waktu malam" (Hadis Riwayat Al Baihaqi)
- Mendapat Rahmat ALLAH
Abu Hurairah berkata bahawa, Rasulullah SAW bersabda,'Semoga ALLAH merahmati laki-laki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat dan membangunkan isterinya. Jika si isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya (Hadis Riwayat Abu Daud)
- Doa Dimakbulkan
ALLAH SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat tahajud dengan ikhlas, bahawa Nabi SAW bersada, sesungguhnya di malam hari, ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti ALLAH memberinya. Itu berlangsung setiap malam (Hadis Riwayat Muslim)
- Penghapus Dosa
Dari Abu Umamal al-Bahili berkata bahawa Rasullullah SAW bersabda, lakukanlah qiamullail, kerana itu kebiasaan orang soleh sebelum kalian, bentuk taqarub, penghapus dosa dan penghalang berbuat salah.
- Menewaskan Syaitan
Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra, Rasullullah SAW bersabda, syaitan akan mengikat kepada seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama ALLAH, maka terlepaslah ikatan pertama. Apabila ia berwudhu, maka akan terbukalah ikatan kedua. Apabila ia solat akan terbukalah ikatan kesemuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa. Jika tidak, maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.
- Menjaga Kesihatan Rohani
ALLAH SWT menegaskan bahawa orang yang selalu menunaikan solat tahajud akan dipelihara peribadinya. ALLAH berfirman, dan hamba-hamba Tuhan yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka (Surah Al-Furqan ayat 63-64)
Solat itu mudah jika kita memudahkannya.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan