Assalamualaikum.
Syukur dapat lagi kita jumpa hari ni kan. Dalam perkongsian group eksklusif Shaklee saya di bawah bimbingan Master Coordinator Farah Alias baru-baru ni hangat dibincangkan mengenai pengambilan ESP Shaklee terutamanya dalam membantu penurunan berat badan.
Mari kita fahami fungsi dan peranan ESP Shaklee...
1. Masa paling sesuai ambil ESP untuk menurunkan berat badan
ESP hendaklah diambil antara masa makan utama (antara sarapan pagi dan makan tengah hari atau makan tengah hari dan makan malam....senang nak faham ambil ESP ni time minum pagi ATAU minum petang). Khas untuk yang nak turunkan berat badan sahaja ye.
2. Mengapa ESP tidak boleh diambil sebelum makan?
Segelas hidangan ESP bersamaan 105 kalori (ini untuk 3 sudu besar penuh/28g ESP). Jadi, bila diambil sebelum makan lepas tu kita makan nasi, maka bertambah-tambahlah kalori dalam badan. Sistem pencernaan kita terpaksa menampung dan menghadamkan kalori yang banyak dalam satu-satu masa. Kan, nampak terbeban sungguh badan kita.
3. Sebab apa berat badan naik bila ambil ESP sebelum tidur?
Bila malam, sistem badan kita nak berehat sekaligus kalori tadi tu akan bertukar menjadi lemak. Sebab itulah bertambah-tambah berat badan kita. Cuba semak semula kita minum ESP tu bila.
3. Apa maksud Indeks Glisemik (GI) rendah dalam hidangan ESP?
Maksudnya, gula yang terdapat dalam ESP akan dilepaskan sedikit demi sedikit dalam darah. Sebab itulah ESP juga sesuai diambil oleh orang yang ada diabetis. Pelepasan gula yang berperingkat membantu pengidap diabetis rasa kenyang lebih lama dan membekalkan tenaga yang berpanjangan.
Cuba tengok, ada makanan yang bila kita makan terus bebaskan gula yang tinggi dalam darah pada satu-satu masa. Jadi, gula tu akan bertukar jadi lemak dan seterusnya menyerap dalam badan. Tu yang tup tup bila timbang, berat badan jadi naik dan badan pun jadi sembab. Betul tak, betul tak? Kesian badan sebab kena paksa rela proses semuanya sekaligus.
***nota tambahan (rasa macam masa sekolah dulu plak kan...hi hi hi...)
Glukosa berlebihan dalam badan disimpan dalam bentuk apa dan di mana?
Jawapannya: Dalam bentuk GLIKOGEN dan ianya disimpan dalam hati.
Sekian perkongsian untuk kali ini. Harapnya ia memberi manfaat pada semua yang membaca.
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan