Rabu, 21 Januari 2015

KRISIS PENYEMBUHAN

Assalamualaikum semua.

Krisis penyembuhan?  Apa tu?  

Di bawah ni saya kongsikan apa yang dikatakan krisis penyembuhan dan mengapa ianya terjadi.  

Krisis Penyembuhan adalah satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas.  Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan sepanjang hidup. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau simptom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan.  Dalam perubatan Cina, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Krisis penyembuhan biasanya terjadi selepas kita mengambil makanan tambahan.  Menurut Profesor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen di dalam badan.  Dan, tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalakan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.

Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit,  lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin.  Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang karat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu.  Tetapi, selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Krisis penyembuhan juga merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan.  Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

Secara umumnya, krisis penyembuhana hanya berlaku kepada orang yang sihat seperti mana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proese penyembuhan itu berlaku.

Krisis penyembuhan yang dialami bagi setiap individu adalah berbeza-beza.  Sesetengahnya akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan.  Kesannya juga berbeza mengikut individu itu sendiri.  Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Secara umumnya, tempoh krisis penyembuhan adalah bergantung kepada keadaan kesihatan individu itu sendiri.  Ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2 - 3 hari atau mungkin lebih dari itu.

Kebiasaannya, selepasa 1 - 2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya telah merasai perbezannya; antaranya, tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik dan lain -lain. Sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mengalami masalah berikut:
  • tidak mengamalkannya setiap hari
  • tidak mengikut dos yang telah dicadangkan
  • takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  • pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  • mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  • mengalami keadaan yang kronik yang membuatkan anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan
  • mengalami masalah emosi

Berikut adalah petanda serta simptom yang dialami selepas pengambilan makanan tambahan:

1.    sakit kepada yang melampau, tekanan darah tinggi ~ petanda menyahtoksin

  • demam, tidak cukup rehat menunjukkan metabolisma yang meningkat ~ merangsang fungsi imunisasi badan
  • cirit birit menandakan pergerakan usus ditingkatkan
  • najis berbau, air kencik berbau ~ petanda menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar.

2.   kembung perut menunjukkan sistem penghadaman yang lemah
  • ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir menandakan fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat dan sistem pembersihan
  • penghasilan lendir seperti selesema
  • kahak menunjukkan paru-paru yang lemah

3.   pendarahan hidung ~ petanda kekurangan darah

4.  rasa sakit pada otot dan sendi ~ petanda badan berasid, toksin terkumpul di bahagian yang sakit

5.  peningkatan rasa sakit di sebahagian badan ~ mempercepatkan krisis penyembuhan badan yang bermasalah

6.  tidur yang bermasalah atau terlalu aktif ~ sistem saraf yang lemah

7.  kitaran yang tidak menentu ~ hormon yang tidak seimbang/penyakit buasir
  • perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendir yang banyak

8.  lapar, pening ~ menunjukkan tekanan darah rendah, anaemia

9.   loya, sembelit, tersedu ~ petanda sistem penghadaman yang lemah, masalah hati

10.  edema membengkak ~ menunjukkan masalah buang pinggang

Sekiranya anda ada mengalami simptom-simptom tersebut, apa yang perlu anda lakukan ialah meneruskan pengambilan makanan tambahan serta memastikan pengambilan air masak tidak kurang 3 liter sehari.

Jika tips yang diberikan diikuti dengan betul, insya Allah, anda pasti merasai perubahan positif selepas mengambil makanan tambahan.





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Selasa, 20 Januari 2015

HAND DISH WASH

Assalamualaikum semua.

Kalau nak tahu, Shaklee pun ada produk khas untuk mencuci pinggan mangkuk.  Ia dikenali dengan nama HAND DISH WASH dan didatangkan dalam bentuk cecair yang didatangkan dalam botol kecil.
 

Tangkas Mencuci Minyak, Lembut Pada Tangan

Pencuci pinggan ni berbau harum dan tidak merengsakan tangan serta mesra alam.  Dan sudah pasti ia berupaya menanggalkan kotoran dan minyak dengan berkesan. Hanya beberapa titisan kecil sahaja diperlukan untuk menanggalkan timbunan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk anda. Benar, beberapa titis sahaja. Masih tidak percaya?
  • Lembut pada tangan
  • Rumusan berasaskan tumbuh-tumbuhan daripada sumber semula jadi yang mapan
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
  • Menjadikan pinggan bersih berkilau
  • Hanya beberapa titisan untuk mencuci timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki
Tahukah Anda?
  • Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi surfaktan berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti diethanolamine (DEA) dan sodium dodecylbenzensulfonate.
  • Kedua-dua bahan tersebut boleh merengsakan kulit dan mata.
Get Clean Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan ini mahupun bahan berbahaya yang lain

Keunikan Shaklee

Selamat
  • Tidak toksik
  • Hipoalergenik
  • Tanpa klorin
  • Lembut pada tangan anda
  • pH seimbang
  • Tiada bahan kimia berbahaya
Berkesan
  • Amat berkesan menanggalkan minyak
  • Rumusan pekat: hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
  • Buih sabun yang tahan lebih lama
Mesra Alam
  • Rumusan semula jadi daripada sumber yang mapan (diekstrak daripada jagung dan kelapa)
  • Mudah biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Tanpa bahan pewarna
  • Bungkusan yang boleh dikitar semula
  • Selamat untuk sistem septik dan pembetungan
 Pencuci ini juga selamat digunakan untuk mencuci botol-botol susu.  Jimat kan!

Nak merasai sendiri menggunakan pencuci serbaguna ni.  Hubungi saya ye.  Nak saya hantar terus ke tangan anda pun boleh untuk sekitar Kota Iskandar, Gelang Patah, Johor Bahru dan Ulu Tiram.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Isnin, 12 Januari 2015

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 ~ KINI BERMULA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni hari kedua sekolah dibuka bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.  Negeri-negeri lain hari pertama persekolahan baru bermula hari ni.  Bermulalah rutin harian yang agak padat.  

Berdasarkan takwin persekolahan tahun 2015 yang dikeluarkan pada tahun lepas, sesi persekolahan pada tahun ni akan bermula pada 4 Januari 2015 bagi 4 negeri di atas, manakala yang lain akan memulakan persekolahan pada 5 Januari 2015.  Memandangkan banjir yang melanda beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Johor dan Sabah, YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2015 akan bermula pada 11 Januari dan 12 Januari 2015. 

Saya doakan semua anak yang memulakan sesi persekolahan tak kiralah yang bersekolah tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah sentiasa di bawah rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan pembelajaran mereka.  Moga-moga mereka semua mendapat ilmu yang bermanfaat dan seterusnya menjadi khalifah Allah yang diredhai.  Bagi para pendidik, teruskan usaha anda semua dalam mendidik anak-anak.  Saya bangga dengan anda semua.

Untuk ibu bapa/penjaga, sama-samalah kita mendoakan keselamatan, kebahagiaan, kecemerlangan anak-anak kita dalam mencari ilmu yang diredhai Allah.  Peringatan untuk diri saya juga, bantu anak-anak mengulangkaji pelajaran, buat kerja sekolah dan ajarilah anak tak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Setiap dari kita ini adalah pemimpin.  Ingat tu.

Salam kejayaan dan kecemerlangan untuk semua.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Ahad, 11 Januari 2015

SAYA SUKA ESP!

Assalamualaikum pembuka bicara.

Saya suka ESP!  


Masa mula-mula kenal ESP, tak tahu pun yang ESP ni memang jadi produk yang hangat setiap masa.  Permintaannya sentiasa tinggi, lagi-lagi kalau tengah promosi ESP.

Bila baca testimoni orang yang ambil ESP ni, teruja sungguh nak mencuba jugak.  Tapi bila tengok harga dia, berkira-kiralah juga.  Iyalah, biasalah kita ni, bila tengok harga je terus kata mahallah, tunggu ada bajetlah. Tapi dalam hati berkata-kata, aku nak cuba juga ESP ni.  Lagipun masa tu, saya memang menyusukan anak saya dan berhajat untuk kumpul stok susu.

Alhamdulillah, tak lama lepas tu, bajet ada, saya terus sambar ESP 1 canister.  Tak ingatlah berapa harga dia, lagipun belum jadi ahli lagi masa tu.  Canister pertama ESP saya mampu bertahan 3 bulan, sebabnya, saya jarang-jarang bancuh. Macam-macam menu ESP saya cuba.  Campur dengan milo, air soya kotak, air coklat, air oren twister, bancuh dengan air masak macam tu aje pun pernah saya cuba.  Saya ikut betul cara pengambilannya, tak campur dengan air berkafein, bukan dengan air panas atau air bergas.  Tak ingatlah nak berapa canister ESP saya amik sampai hari ni.  Memang dah banyak....alhamdulillah.  Banyak manfaatnya kalau konsisten ambil ESP ni, sebab tulah tak pernah putus ESP ni kat rumah saya.

Kadang-kadang tu, masa bancuh dan minum ESP, saya terpaksa menyorok sebabnya, anak saya nombor 4 tu, Zura, suka sangat minum ESP.  Siap dia kata, ESP tu susu dia..hehehe

Sepanjang mengandung, saya memang akan pastikan ambil ESP setiap hari.  Sampailah sekarang, ESP memang sentiasa ada untuk saya.  Alhamdulillah, tengok anak saya yang kecil ni, Izzat Fikri Haji Isnor, kulitnya cerah, halus, bersih, kalau kena gigit nyamuk pun tak meninggalkan parut.  Nyamuk pun gigit-gigit manja je kulit anak saya, sebabnya kalau gigit betul-betul, maunya nyamuk tu mabuk.  Iyalah, Izzat minum hanya susu ibu, susu ibu pulak penuh supplement Shaklee, jadi badan Izzat memang mantap dan terhalang dari gigitan nyamuk.

Kalau diperhatikan, susu perahan saya memang pekat dan alhamdulillah, memang stok mencukupi untuk Izzat. Sampai terlebih-lebih stok untuk Izzat. Tu yang dalam perancangan nak beli deep freezer khas untuk simpan susu Izzat.

Pada saya, tak rugi mencuba ESP ni.  Bukan hanya untuk kebaikan si ibu tapi si anak pun turut dapat khasiatnya.

Jika nak baca testimoni lain mengenai ESP, boleh tengok di sini ye.

Berhajat untuk mencuba ESP?  Hubungi saya ye, saya tunggu panggilan anda. 
 

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Selasa, 6 Januari 2015

APA ITU DETOKS...APA ITU TOKSIN?

Detoks

Detoks adalah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detoks semulajadi. Detoks dilakukan bertujuan untuk memastikan sistem penghadaman usus berfungsi dengan sebaiknya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu, detoks juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.


Toksin

Toksin pula adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita.  Toksin ni berada kat mana-mana aje; dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Tubuh juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan

  • Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  • Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  • Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  • Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  • Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  • Masalah sendi 
  • Masalah kulit
  • Selulit, kenaikan berat badan 
Bagi anda yang nak menurunkan berat badan atau nak bebaskan diri daripada jerawat/jeragat/masalah kulit, adalah lebih baik anda melalui proses detoks dahulu.  Tujuannya adalah untuk keluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin yang akan diambil.

Supplement apa yang sesuai untuk detoks ye?

Untuk detoks HATI, ambillah DTX Complex


Kalau nak detoks DARAH:
--> ambil VIVIX (paling disarankan) kerana ianya berupaya memulihkan sehingga ke peringkat sel dan memberi tenaga kepada sel.
-->Phytocol pula membantu menghalang kolestrol di dinding salur darah. Memang sesuailah diambil kalau badan tinggi kolestrol.
--Alfalfa pula bersifat tinggi alkali yang berupaya meneutralkan asid dalam darah hasil daripada pemakanan yang tak sihat dan tak seimbang. (persekitaran kita ni berasid yang menyumbang kepada pembiakan sel kanser.  Eiii takutnya)

Detoks usus pula biasanya kita ambil HERBLAX atau PEPPERMINT GINGER PLUS.  Memang mantap ambil dua-dua ni untuk detoks usus.

Tapi yang paling istimewanya...bulan ni promo VIVIX dengan Alfalfa.  Memang berbaloi.

Jom, jom.  Bulan ni kita detoks dulu, bulan depan kita start ambil vitamin untuk kurus/kecantikan/penyusuan dll.







Kalau nak vitamin-vitamin untuk detoks ni, hubungi saya je ye.  Saya boleh pos terus ke satu Malaysia.  Bagi yang duduk area Gelang Patah, Kota Iskandar, Johor Bahru dan Ulu Tiram, nak COD pun boleh, nanti saya aturkan.

Tak elok ye simpan bahan-bahan buangan yang badan tak perlu.  Tu yang timbul macam-macam penyakit lain.

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Khamis, 1 Januari 2015

PROMOSI JANUARI 2015

Assalamualaikum.

Kemunculan 2015 disambut dengan promosi hebat oleh Shaklee.  3 produk yang diketengahkan bulan ini ialah VIVIX, ALFALFA dan VITALEA FOR CHILDREN.

Promosi beli 6 percuma 1:
VIVIX
ALFALFA

Promosi beli 3 percuma 1:
VITALEA FOR CHILDREN

promosi berlangsung sepanjang Januari 2015 sahaja.

VIVIX dan ALFALFA memang bagus untuk detoks.
VITALEA FOR CHILDREN pula adalah multivitamin dan mineral khas untuk kanak-kanak berperisa anggur.




>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

nRelate Posts and Homepage