Isnin, 12 Januari 2015

SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 ~ KINI BERMULA

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, hari ni hari kedua sekolah dibuka bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor.  Negeri-negeri lain hari pertama persekolahan baru bermula hari ni.  Bermulalah rutin harian yang agak padat.  

Berdasarkan takwin persekolahan tahun 2015 yang dikeluarkan pada tahun lepas, sesi persekolahan pada tahun ni akan bermula pada 4 Januari 2015 bagi 4 negeri di atas, manakala yang lain akan memulakan persekolahan pada 5 Januari 2015.  Memandangkan banjir yang melanda beberapa negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Perak, Johor dan Sabah, YAB Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2015 akan bermula pada 11 Januari dan 12 Januari 2015. 

Saya doakan semua anak yang memulakan sesi persekolahan tak kiralah yang bersekolah tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah sentiasa di bawah rahmat Allah dan dipermudahkan segala urusan pembelajaran mereka.  Moga-moga mereka semua mendapat ilmu yang bermanfaat dan seterusnya menjadi khalifah Allah yang diredhai.  Bagi para pendidik, teruskan usaha anda semua dalam mendidik anak-anak.  Saya bangga dengan anda semua.

Untuk ibu bapa/penjaga, sama-samalah kita mendoakan keselamatan, kebahagiaan, kecemerlangan anak-anak kita dalam mencari ilmu yang diredhai Allah.  Peringatan untuk diri saya juga, bantu anak-anak mengulangkaji pelajaran, buat kerja sekolah dan ajarilah anak tak kiralah ilmu dunia atau ilmu akhirat.

Setiap dari kita ini adalah pemimpin.  Ingat tu.

Salam kejayaan dan kecemerlangan untuk semua.


>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage