Sabtu, 18 Julai 2015

ONLINE BANKING YANG SELAMAT

Bismillah.

Assalamualaikum.

Kembali bersiaran pada hari kedua Aidilfitri.

Hari ni bukan nak kongsi cerita pasal raya, tapi nak share pasal 'ONLINE BANKING YANG SELAMAT'.  Sebenarnya dah lama dah nak share, tapi tu la, jari jemari ku ini terarah kepada yang lain pulak.

Ini apa yang kawan saya kongsikan masa dia pergi ke satu seminar tentang keselamatan beronline banking.  Sebenarnya kan, saya pernah dah kena.  Itulah siapa suruh saya update maklumat through emel, kan dah kena.  Tapi saya jadikan apa yang terjadi pada saya, pengajaran buat kawan-kawan saya yang lain.

So, korang, berhati-hati ye dan JANGAN SEKALI-KALI update maklumat perbankan korang melalui emel tipu yang diorang hantar kat emel korang.  Nampak aje macam betul emel address tu, tapi sebenarnya tipu.

Bila sedar kena tipu ari tu, saya terus call bank untuk  maklumkan keadaan sebenar.  Dah sudahnya, akaun saya kena freeze kejap.  Orang bank nak settlekan.  Haru betul time tu.

Oklah, kita berbalik pada topik asal 'ONLINE BANKING YANG SELAMAT'.

apa yang kawan saya sampaikan ialah, kalau kita nak online banking guna KOMPUTER (tak kiralah komputer di mana-mana pun yang  ada jaringan internet, mula2 korang  mesti;

Mula-mula, tekan simbol  =  kat sebelah kanan komputer awak tu...ada tak?

pastu nampak tak simbol topeng a.k.a mask tu...ala-ala gambar misai, klik kat situ.


lepas tu, akan keluarkan misai kaler purple kat penjuru kanan atas tu... 




lepas tu, bolehlah type bank mana yang korang nak..pastikan https:// tau..
 Sekian....


Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage