Timun ni memang biasa kita jumpa, kita makan, betul tak? Kali ni saya nak berkongsi pula kelebihan timun itu sendiri. Sebelum tu kita lihat dulu apa yang terkandung dalam sebiji timun (hijau timun ni memang menggoda mata sungguh).
Timun kerap dijadikan masker yang bertujuan agar kulit jadi lebih segar dan mengecutkan dan menghilangkan bekas jerawat (oh! tak suka bila ada jerawat kan). Timun juga kaya dengan VITAMIN C dan 95% kandungan timun adalah air.
- Timun mengandungi 95% air dan 5% serat yang dapat membantu membersihkan racun di pencernaan dan tubuh. Ia juga membantu melancarkan pencernaan.
- Timun membantu memberikan kelegaan dan rasa relaks pada tubuh sepanjang hari.
- Kandungan vitamin C dan vitamin B mampu menjadikan kulit lembut.
- Timun memiliki aroma yang merelekskan dan menyegarkan kembali.
- Timun juga membantu dalam menurukan berat badan (jadikannya sebagai menu utama dalam setiap hidangan makanan kita.
- Kandungan air yang banyak dalam timun membantu melancarkan proses penceranaan (terutamanya kepada wanita).
- Kandungan kalori dalam timun adalah rendah sekaligus membantu mengurangkan kandungan lemak dalam badan.
- Jangan tak tahu, timun akan membuat perut kenyang lebih lama dan membantu mengawal nafsu nak makan itu dan ini. (cubalah)
- Oleh kerana ia mampu membuat kita kenyang lama, jadi perut kita tak terbeban dengan pelbagai jenis makanan dan ia juga bagus untuk kulit kita.
Oleh itu, jadikanlah timun sebahagian daripada barang wajib ada dalam shopping list kita ye.
Happy sharing!
>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera
Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan