Jumaat, 5 Jun 2015

ATASI PANAU DENGAN SHAKLEE

Bismillah.
.
Ada panau?  Dah tak cantik dah kulit kita. Tompok putih sikit kat sini, tompok putih kat sana.  Lagi kalau kat muka, malunya.
ni contoh panau kat muka
Panau tu apa?  Kalau nak tahu, panau tu adalah jangkitan yang kerap berlaku pada lapisan luaran kulit.  Kulat yang menyebabkan terjadinya panau ni jenis malassezia. Kulat ini biasanya ada pada bahagian kulit di mana terdapat banyak penghasilan sebum (minyak) macam kat bahagian dada, belakang badan, muka dan kulit kepala. Kulat jenis Malassezia furfur ini adalah sebahagian daripada flora kulit yang normal dan menyebabkan jangkitan dalam keadaan-keadaan yang tertentu.
Panau ni tak kira umur ye kalau nak dijangkitnya.  Tapi yang selalunya dijangkitinya ialah remaja dan belia.  boleh melibatkan semua peringkat umur. Ada juga yang dijangkiti panau ni di kalangan pesakit yang kekurangan zat makanan atau mengambil ubat-ubatan seperti steroid sistemik dan immunosuppressant.  Pesakit hyperhidrosis (peluh berlebihan) pun terdedah dengan panau ni.

Panau boleh dirawat dengan dua kaedah:  ubat sapu atau ubat makan/sistemik. Ubat sapu pada keseluruhannya lebih selamat dan dibahagikan kepada jenis ubat yang tidak spesifik terhadap kulat dan antikulat.

Ada beberapa petua sebenarnya untuk hilangkan panau ni, dengan syarat konsisten je buat okey.

  • tumbuk dua ulas bawang putih+sedikit halia.  Lepas tu sapu pada bahagian kulit yang berpanau.  Tunggu sampai kering.  Mesti buat setiap hari.
  • tumbuk beberapa ketul lengkuas dan perah.  Ambil air perahan lengkuas tadi tu dan sapu pada bahagian berpanau.  sementara ada panau ni, elakkan makanan yang gunakan lengkuas sebagai bahan masakan (antaranya, tomyam, rendang, kari).
  • tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan ambik air perahan daun lengkuas tu. Pun kena elakkan makanan yang ada lengkuas ye.
 Macam susah nak buat petua-petua tu?  Boleh gantikannya dengan pengambilan supplement dari shaklee yang bersesuaian.

herbal blend cream - yang ni untuk sapu tempat yang ada panau 
garlic complex - berfungsi sebagai antibiotik semulajadi
vitamin c - tingkatkan imun badan kita untuk melawan sebarang jangkitan kulat 

Jangan simpan panau tu lama-lama ye, tak cantik. 


Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage