Isnin, 19 Oktober 2015

INDAHNYA 10 MUHARRAM

Bismillah.

Assalamualaikum

Saya kongsikan apa yang saya ingatlah ye masa ceramah 'Maal Hijrah' kat taman tempat kakak ipar saya duduk.  Memandangkan rumah kakak ipar saya adalah tempat ceramah diadakan, jadinya, saya pun terjebaklah join sekali dengar ceramah tu.  Ceramah Maal Hijrah disampaikan secara santai oleh Ustazah Dalilah. Catatan yang saya buat tertinggal kat rumah kakak (waktu mencatat tu sambil buat lempeng untuk dihidangkan kepada tetamu yang mendengar ceramah... :-) )

Kandungan ceramah
=============

Amalan berpuasa sunat pada 10 Muharram (tahun ni jatuh pada hari Jumaat, 22 Oktober 2015)

* digalakkan untuk berpuasa sunat pada 9 Muharram (Hari Tasu'a) dan 10 Muharram (Hari Asyura) [untuk membezakan dengan puasa orang Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram]
* baca surah al Ikhlas 1000 kali mulai selepas maghrib 9 Muharram sehinggalah sebelum Maghrib 10 Muharram
* baca surah yasin 3 kali selepas solat Maghrib 9 Muharram (bacaan yasin kali pertama niatkan untuk kesejahteraan kita sekeluarga, kali kedua dan ketiga saya tak ingat...maaf ye)
*  niatkan mandi sunat 10 Muharram pagi tu (seeloknya mandi sebelum menunaikan solat subuh).  Semua air pada pagi itu Allah jadikan seolah-olah air zam-zam.  Manfaat orang yang mandi sunat pada 10 Muharram tu, mereka tidak akan jatuh sakit sepanjang setahun itu.
*  selepas solat subuh, ambil air mawar dan letakkan dalam sebuah mangkuk.  Bacakan surah fatihan 7 kali dan hembus ke air mawar tersebut.  Kemudian, raup muka dengan air mawar.  Ajak ahli keluarga yang lain untuk lakukan benda yang sama.
*  memakai celak (pakai celak kat kelopak mata yang bawah ye, bukannya kelopak mata yang atas yang macam biasa kita tengok orang pakai).  *  masak bubur asyura (digalakkan mencampurkan 7 jenis bijiran & kekacang dalam bubur asyura)
*  dah masak je bubur tu, sedekahkah pada fakir miskin (kalau boleh)
*  sesiapa yang memberi sedekah sepasang baju kepada fakir miskin pada 10 Muharram, Allah gantikan dengan 70 pasang pakaian syurga (subhanallah, Maha Suci Allah).
*  banyakkan bersedekah (tak kiralah wang ringgit, pakaian, makanan, doa)

Peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram 

*  Nabi Yunus dikeluarkan dari perut ikan
*  berlakunya Hari Kiamat (akan berlakunya hari kiamat pada hari jumaat, 10 Muharram).  Insya Allah kita semua akan persiapkan diri kita masing-masing untuk menghadapi hari tersebut.
*  Bertemunya nabi adam dan hawa selepas terpisah selama 40 tahun berikutan peristiwa memakan buah khuldi

Ustazah Dalilah juga selitkan beberapa hari yang seeloknya kita lebihkan amalan-amalan kerohanian untuk mendekatkan diri kepada Allah dan seboleh-bolehnya kita elakkan bersetubuh kerana dikhuatiri anak yang dilahirkan itu mengalami kecacatan anggota...subhanallah..astaghfirullah...allahuakbar.  Antara hari-hari tersebut ialah:

Malam 1 Syawal
Malam 10 Muharram
(apa yang boleh saya ringkaskan tentang hari-hari tu ialah hari-hari kebesaran orang Islam).

Itu sahaja perkongsian saya kali ni.  Bila saya dapat semula catatan saya tu, nanti saya edit/tambah ye.

Selamat Beramal.


Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage