Jumaat, 27 Mac 2015

TEKANAN DARAH TINGGI SEMASA HAMIL?

Jika pemeriksaan tekanan darah anda didapati bacaannya melebih daripada 140/90 pada dua kali pemeriksaan maka ibu hamil didiagnos mendapat tekanan darah tinggi. 


  • Tekanan darah tinggi semasa hamil boleh terjadi kerana perubahan berlaku dalam proses perkembangan uri. Perkembangan ini sangat penting sepanjang tempoh kehamilan. 

  • Tekanan darah berlaku apabila salur darah dalam uri tidak berkembang dan menyembahkan darah tidak mengalir dengan sempurna. 

  • Terdapat dua jenis tekanan darah tinggi semasa hamil iaitu berlaku sebelum usia kandungan 20 minggu di kenali sebagai Essential Hypertension dan berlaku selepas usia kandungan 20 minggu di kenali sebagai Gestational Hypertension.

Wanita Yang Berisiko Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
  • Kehamilan pertama bagi wanita yang berusia lebih daripada 35 tahun
  • Wanita yang mempunyai penyakit darah tinggi sebelum hamil
  • Wanita yang mempunyai penyakit migrain
  • Wanita yang mempunyai ahli keluarga terdekat yang mengalami PE semasa hamil
  • Wanita yang terlalu kurus atau terlalu rendah
  • Wanita hamil kembar
Kesan Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
  • Kurangnya aliran darah ke placenta
  • Kelahiran pra matang
  • Bayi dalam rahim kurang mendapat zat makanan
  • Perkembangan bayi dalam rahim terganggu
  • Uri terlerai daripada rahim sebelum proses kelahiran bermula
Cara Mengatasi Tekanan Darah Tinggi Semasa Hamil
  • Kurangkan pengambilan makanan bergaram
  • Amalkan makanan yang mengandungi kalium, magnesium dan kalsium
  • Elakkan minum minuman yang beralkohol
  • Perbanyakkan minum air fresh oren dan air asam jawa
  • Jadikan daun sup , tomato dan daun sederi sebagai ulam
  • Bersenam. Anda boleh bersenam dengan senaman yang sesuai untuk ibu hamil. Ia dapat mengurangkan tekanan dan membantu semasa proses kelahiran kelak
  • Buat kerja dengan teratur. Anda tidak perlu kelam kabut semasa melakukan pekerjaan. Selain itu anda boleh minta tolang orang disekeliling anda sekiranya anda perlukan bantuan dan jangan paksa diri anda untuk melakukan sebarang pekerjaan yang anda tidak mampu.

Biasanya jika ibu hanya mengalami masalah tekanan darah tinggi ketika hamil sahaja, kemungkinan ia akan kembali normal dalam masa enam minggu selepas bersalin. Namun, sekiranya ia tidak kembali normal, doktor akan membuat pemeriksaan lanjut untuk rawatan yang bersesuaian.

Risau tekanan darah tinggi akan berlarutan sampailah lepas bersalin, apa kata anda cuba Set Kehamilan Shaklee.  Di samping membantu anda mengawal tekanan darah sepanjang kehamilan, ia turut membekalkan zat penting yang diperlukan semasa proses pembentukan bayi itu sendiri.  Cubalah dan rasai sendiri perbezaan kesihatan anda dengan Shaklee.

Jangan malu, jangan segan hubungi saya.  Saya sedia membantu.

Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage