Rabu, 4 Februari 2015

VITALEA FOR CHILDREN

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah.  Hari ni dipinjamkan usia untuk sehari lagi.  

Anak2 macam mana? suami? parents?  Sihat tak semua.

Anak-anak yang bersekolah memang aktif.  Dari pagi sampailah ke petang, bersekolah.  Lepas balik sekolah macam-macam aktiviti yang diorang buat:  bermain, buat kerja sekolah, mengaji.  Makan minum kadang-kadang tak terjaga kan.  Saya perhatikan anak-anak yang sedang membesar ni, termasuklah anak-anak saya, suka sangat makan jajan, gula-gula, aiskrim dan apa sahaja yang menarik perhatian diorang ataupun terpengaruh dengan kawan-kawan.  Dan kebanyakan makanan tu tak sihat pun.  Semakin hari semakin banyak bahan tak perlu yang masuk kat badan anak-anak kita.  Itu yang kerap sakit, selesema dan demam pun lambat nak baik.  Makan ubat, tapi ingat ye, ubat fungsinya memang untuk menyembuhkan tetapi penghasilannya daripada bahan sintetik.  Boleh makan ubat, tapi bukan bergantung selamanya pada ubat.  Tak elok untuk tubuh badan dan tumbesaran anak-anak.

Vitalea for Children, inilah vitamin yang khusus dikeluarkan oleh Shaklee untuk kanak-kanak bagi menjamin mereka mendapat vitamin dan mineral penting yang sepatutnya tubuh mereka perlukan setiap hari.  Dihasilkan daripada bahan-bahan semulajadi, didatangkan dengan rasa anggur yang ringan je rasa masam manisnya.  Dilengkapkan dengan 18 jenis vitamin dan mineral penting.  Hanya dua biji sehari pengambilannya.  Kunyah je.  

Anak-anak saya memang makan Vitalea for Children.  Bulan lepas dah sambar promosi beli 3 percuma 1, dan bulan ni promosi tersebut dilanjutkan lagi sampailah 28 Februari 2015 ni.  Saya ada bagi sebotol pada anak-anak buah yang kat kampung tu.  Semua suka, sampai berulang-ulang kali minta.  Alhamdulillah.

Jadi, ibu bapa bijak pasti mendahulukan kesihatan anak-anak kan.  Anak-anak yang cergas pastinya cemerlang dalam pelajarannya.  Cubalah Vitalea for Children harini.  Maklumkanlah bila ada promosi eloklah cepat-cepat ambil peluang sebab harga yang ditawarkan biasanya lebih murah dari harga runcit.

Vitalea for Children boleh diambil dari umur anak 4 tahun dan ke atas.
Kalau umur 1 tahun ke atas boleh ambil Meal Shake (yang ni campur dalam susu).

Kedua-duanya membekalkan vitamin dan mineral yang penting untuk tubuh anak-anak.



>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage