Assalamualaikum....
Ramai ibu-ibu muda terutamanya yang pertama kali bergelar ibu mengalami masalah bayi enggan 'direct feed'. Iyalah, dengan keadaan si ibu yang masih lemah, ditambah pula ilmu tentang penyusuan ni amat sedikit, ia menyumbang kepada kegagalan untuk mendapatkan posisi terbaik menyusukan si manja. Sudahnya, terpaksa beri susu formula...Oh, no, no, no...
Yakinlah bahawa Allah dah bagi kelebihan kepada kita, seorang wanita mempunyai payu dara yang cantik, elok untuk mengeluarkan susu yang terbaik untuk anak kita. Tapi, ada kalanya, si anak hanya mahukan susu daripada botol, dan bukannya terus dari payu dara.
Jangan risau, ada caranya untuk membolehkan kita terus membekalkan susu ibu kepada si manja yang tersayang.
Ikuti TIPS di bawah ni KHAS UNTUK BAYI YANG ENGGAN DIRECT-FEED:
- PAM SETIAP 2 JAM secara konsisten. Jangan putus asa walaupun setiap sesi perahan tu, susu yang terhasil hanya sedikit. Teruskan mengepam. Ingat pepatah, "sikit-sikit, lama-lama jadi bukit."
- KUMPUL STOK dari awal lagi semasa berpantang
- MINUM AIR MASAK/KOSONG 3 LITER SEHARI atau lagi bagus kalau lebih. Susu ibu kan terdiri daripada air dan protein. Kalau air dalam badan si ibu mencukupi, pastinya stok susu yang dihasilkan pun akan mencukupi.
- MAKAN MAKANAN BERZAT DAN BERPROTEIN TINGGI, antaranya, ikan, ayam, telur, susu, kekacang, keju dan tauhu yang dimasak dengan sempurna bagi memastikan protein makanan tersebut masih ada.
- GUNA PAM ELEKTRIK/DOUBLE PUMP sebab ianya sangat membantu penghasilan susu yang cepat dan menjimatkan masa. Pelaburan membeli pam ni sangat berbaloi dan long lasting.
- ZIKIR 'YA MATIN' - MAHA TEGUH sepanjang masa dan semasa mengepam susu. Dan teruslah berdoa kepada Yang Maha Esa untuk memberikan rezeki yang tidak putus kepada kita dan si anak.
- AMBIL SUPPLEMENT bagi membantu tubuh sentiasa sihat dan bertenaga. Badan yang sihat pasti akan menghasilkan kualiti dan kuantiti susu pada tahap yang terbaik.
Jom, ikuti kisah dan kejayaan seorang ibu Eksklusive Pumping Mother menyusukan bayinya yang enggan direct feed...
Tq master farah alias...saya kongsikan testimoni ni ye. |
Syukurlah, dengan pengambilan supplement Shaklee yang teratur di samping ikut tips yang diberikan, Puan Beby Bret Ma'embong dapat mengumpul stok ebm untuk si manjanya, walaupun peringkat awal kelahiran, terpaksa bergantung 89% pada susu formula. Itulah dia, usaha tangga kejayaan.
Supplement Shaklee khas untuk penyusuan boleh disesuaikan mengikut bajet dan keperluan anda. Nak tahu lebih lanjut, jangan segan silu hubungi saya ye.
Anak anda adalah anugerah yang terbaik dari Yang Maha Esa dan dia berhak mendapat hanya yang terbaik dari anda.
Teruskan sokongan anda kepada penyusuan susu ibu sepenuhnya.
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera
produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan