Khamis, 7 Ogos 2014

CIK B SENTIASA PENUH? ESP LA JAWAPANNYA

Assalamualaikum...jumpa lagi kita hari ni.  Rasanya ramai yang menggunakan kesempatan yang ada di bulan Syawal ni untuk ganti puasa atau melengkapkan puasa 6 hari di bulan Syawal kan.  Ibu-ibu yang menyusukan juga tak kurang yang menggunakan ruang yang ada untuk tambahkan amalan dan pahala.  

Ada tak perasaan risau/bimbang pengeluaran susu ibu berkurang kalau kita berpuasa?  Tapi, jangan bimbang, dengan pengambilan makanan yang seimbang dan yang membantu membanyakkan pengeluaran susu di samping minum air masak yang mencukupi, sekurang-kurangnya 3 liter sehari, susu tak kan kurang, malah bertambah baik.  

Antara rahsinaya, tentulah ESP dan Alfalfa Shaklee.  Macam yang Puan Emma Kartika Mohd Anuar praktikkan.  Siapa sangka, Puan Emma mencuba ESP+Horlick+Alfalfa dan minum air masak 1 liter sebelum tidur, hasil perahan malam tu sahaja 9 auns....Wow, bestnya.  Itu baru hasil perahan, belum lagi si manja tu yang menyusu secara terus sepanjang malam.  Alhamdulillah, syukur.

ESP ni selain milkbooster, ia mengandungi 9 asid amino penting yang diperlukan tubuh tapi tidak dapat dihasilkan tubuh.  Ianya adalah soya NON GMO yang memberikan rasa kenyang lebih lama di samping susu ibu yang dihasilkan lebih lemak dan berkrim.
 
  
Yang kedua ni pula, perkongsian yang saya ambil dari blog master saya, siapa lagi kalau bukan Master Coordinator Farah Alias...Puan Awek Pen Hitam ni rasa gembira sangat sebab dengan supplement Shaklee, beliau dapat pam 10 auns dalam satu sesi berbanding 2 auns je sebelum ni.  Yang bestnya, anak pertama beliau, Amna dapat berkongsi susu ibu yang mencukupi dengan si adiknya, Ammar.  Kalau nak tahu, Amna sebelum ni terpaksa diberikan susu formula memandangkan pengeluaran susu Puan Awek Pen Hitam ni sedikit.



Pengambilan supplement yang betul sangat membantu ibu-ibu di luar sana menjayakan penyusuan sehingga dua tahun, malah ada yang lebih dari itu.  

Sekadar perkongsian dari program di Radio IKIM minggu lepas...."anak-anak yang disusukan susu ibu lebih pintar, aktif, sakit pun susah nak hinggap.  Selain tu, ianya menjimatkan sebab ibu-ibu tak perlu beli susu formula, sediakan air panas atau bangun malam untuk bancuh susu.  Nabi Muhammad sendiri dibesarkan dengan susu ibu walaupun dengan ibu susuan sebabnya, dari dulu lagi orang dah tahu, betapa berkhasiatnya dan bagusnya susu ibu ni".

Jadi, tiada alasan untuk tidak menyusukan anak sendiri. Saya yakin ANDA BOLEH!

 

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi
>> FanPage: Sihat Sejahtera

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan dijamin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage