Sabtu, 10 Mei 2014

PRAKTIKKAN POWER PUMPING ~ SUSU PASTI LEBIH LUMAYAN

Kalau dulu orang sebut 'power pumping', saya sendiri tak ambil endah.  Disebabkan kurangnya pembacaan mengenai penyusuan susu ibu dan jaranglah sangat nak cari maklumat tentangnya, saya beranggapan, boleh menyusukan anak satu anugerah; secara semula jadi susu akan keluar sendiri.  Rupa-rupanya itu semua tak tepat.

Memang benar, susu ibu anugerah Allah kepada semua ibu.  Dan, dengan adanya ilmu tentang penyusuan yang baik pastinya dapat membantu si ibu membekalkan khasiat dari susu ibu kepada anaknya..at least 2 tahun.

Jadualkan 'Power pumping'.  Kalau boleh setiap minggu sekali atau bila susu nampak macam dah tak banyak je/merudum, boleh gandakan kekerapan 'power pumping' kepada beberapa hari dalam seminggu.

Kaedah 'Power Pumping'

Proses ni ambil masa selama satu jam setiap sesi.

Untuk yang ada manual pum ~ 10 minit pam untuk payu dara kanan.  Lepas tu tukar kepada payu dara kiri (pam dalam 10 minit juga)....proses ni berlanjutan sampailah cukup satu jam.

Untuk yang ada double pump ~ pam selama 10 minit kedua-dua belah payu dara.  Rehat 10 minit.  Sambung pam lagi 10 minit.  Rehat....sampailah cukup 1 jam.

Jangan risau, kalau setiap kali kita buat power pumping, hanya angin je yang dapat atau dapatlah beberapa titis air susu.  Lagi-lagi kalau kita baru je nak bermesra dengan power pumping ni.  Teruskan latihan power pumping ni.  Berkat kesabaran dan kesungguhan serta niat yang ikhlas kerana Allah untuk menyusukan anak secara sepenuhnya susu ibu, pasti susu ibu perlahan-lahan akan bertambah kuantiti dan kualitinya.

Mudahkan!

Masa yang sesuai 'Power Pumping'

Paling sesuai bila keadaan sunyi dan tanpa gangguan.  Tengah malam bila semua orang sedang tidur terutamanya si kecil tu.  Bagi yang bekerja, boleh latih power pumping di tempat kerja.  Sambil duduk tengok gambar anak kita atau apa sahaja gambar yang menenagkan kita, yang boleh menaikkan mood gembira kita.

Mulakan dengan 'Bismillah'.

Dalam 99 Nama Allah (Asmaul Husna) ada disarankan untuk kita mengamalkan zikir tersebut; 
Ya Maani'~~70 kali sehari  (lebih kurang 15 kali setiap kali selepas solat fardu).  Mudahkan.

Ingat, Allah itu ada.  Sentiasalah bergantung harap denganNya dan disertai dengan usaha keras yang berterusan.

Saya doakan kita semua; ibu-ibu yang macam saya juga berjaya menyusukan anak-anak kita secara ekslusif 2 tahun.

Nak supplement khas untuk memeriahkan susu ibu, bagi tahu je kat saya.  'Anda tanya, saya bantu'.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage