Isnin, 24 Ogos 2015

AIR NABEEZ

Bismillah.
.
Assalamualaikum.

Masa bulan puasa lepas, itulah first time dengar pasal air nabeez.  Simple sangat step nak buat air nabeez ni. First time buat, saya ambil kurma 3 biji (kurma biasa je) pastu rendam dalam segelas air dan tutup.  Saya buat air tu waktu malam.  So, waktu sahur pagi esoknya saya minum air nabeez buat pertama kalinya.  Dah habis minum air nabeez, saya makan pulak kurma yang saya rendam tadi.  Kurma tadi jadi lebih lembut.  Rasa air nabeez?  Macam kita minum air masak yang biasa tu tambah perisa kurma je.  

Dan, saya notice yang hari tu saya jadi bertenaga, tak de mengantuk dan badan rasa segarrrrr aje sepanjang hari.  Cuma tak ingat la saya pam susu dapat berapa aunz...hihihi.  Bagi yang belum mencuba, bolehlah cuba buat air nabeez ni ye.  Tak semestinya bulan puasa aje nak buatkan.

contoh air nabeez...terima kasih pemilik gambar


air nabeez ni  adalah air masak yang telah direndam semalaman bersama-sama kurma atau kismis.  Seelok-eloknya, bilangan kurma atau kismis yang dicampur dalam air adalah bilangan ganjil ye.

Cuma pilih nak buat letak kurma atau kismis sebab tak boleh nak campur kedua-duanya dalam satu gelas ye.  Kalau nak buat letak kurma, so ambillah kurma dalam bilangan ganjil.  Esoknya boleh buat letak kismis pulak.  Pun dalam bilangan yang ganjil.  Kurma dan kismis ni tak mahal mana pun kan.  Lagi lah kalau bulan puasa, memang senang sangat nak cari.  Hari-hari lain, kena cari kat kedai khas yang memang jual kurma dan kismis.

Try lah...paling jimat dan paling murah serta paling senang nak buat.

Pastikan air nabeez yang kita buat tu, abiskan minum ye.  Sebabnya?  "dilarang meminum air rendaman kurma / kismis yang sudah memasuki 2~3 hari. Ini disebabkan air rendaman kurma  / kismis yang dibiarkan melebihi 2~3 hari, proses penapaian (fermentation) telah bermula & air rendaman kismis / kurma itu sedang dalam proses menjadi arak & haram diminum"


>> Zahiti | 019 705135 >> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda >> FB: Zahiti Muhammad Hamdi >> FanPage: Sihat Sejahtera Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage