Ahad, 12 Julai 2015

LAHIRNYA SI IZZAT FIKRI

Bismillah.

Assalamualaikum.  Bila baca sharing daripada seorang insan yang bergelar ibu time dia melahirkan anak sulungnya, teruja pulak nak kongsikan pengalaman bersalin putera saya tahun lepas.  Tahun lepas?  Hihihi...lamanya ku simpan ini cerita.  

Saya coretkan cerita ini di sini biar jadi kenang-kenangan saya di masa akan datang.  Boleh ingat semula moment2 kelahiran putera pertama saya.  Putera pertama adalah anak kelima saya tau.  Syukurlah sebab ALLAH tunaikan hajat saya dan suami untuk merasai mendidik anak lelaki.  4 orang anak sebelum ni, alhamdulillah, semuanya perempuan dan semuanya sihat .

Jangka bersalin 12.9.2014.  Tapi saya ambil cuti rehat lebih awal, 3 hari sebelum tarikh tu, saya dah start cuti.  Rasa tak larat nak banyak bergerak di hujung-hujung mengandung tu.  Kaki tak bengkak, tapi rasa perut dah turun sangat.  Mesti orang tengok, eh mak yong ni, tak larat sangat dah nengoknya...Berat mata memandang, berat lagi aku yang membawaknya.

Nak dijadikan cerita, time 13 haribulan tu, memang tak ada tanda langsung nak bersalin.  Kalau sebelum-sebelum ni, anak-anak lahir sebelum EDD (expected delivery date)..a.k.a tarikh jangkaan bersalin.  Time tidur malam tu, boleh terjaga tengah-tengah malam.  Baby langsung tak bergerak, saya usap, saya panggil-panggil pun takde respon.  Allah, risau sungguh masa tu.  Kalau tengok muka saya mungkin pucat kot.  Anak-anak semuanya tengah lena tidur.  Suami pulak kerja ari tu.  Saya mengiring kiri, baby tak bagi respon, saya mengiring kanan, pun dia masih tak bagi sebarang respon.  Denyut jantung baby yang selalunya kita boleh rasa pun tak berdenyut tau.  Betul-betul panik time tu.  Macam-macam yang buruk dah fikir.  Macam mana kalau baby ni mati dalam kandungan? Kalau betul, aku tetap kena keluarkan jugak kan.  Kena melalui proses bersalin macam biasa tapi yang akan lahir nanti yang dah tak bernyawa.

Untuk meredakan kegelisahan saya tu, saya bangun, ambil wuduk, dan dirikan solat sunat.  Doa banyak-banyak pada ALLAH, agar semuanya normal dan selamat.  Lepas solat, saya memang tak tidur.  Tak boleh langsung nak lelap mata ni.  Nak telefon suami waktu tu, bimbang pulak dia kelam kabut balik .  

Bila hari siang, saya buat macam biasa.  Seolah-olah macam takde apa-apa yang terjadi pada baby dalam kandungan saya tu.  Dalam hati ni, ALLAH je lah yang tahu perasaan saya.  Bila suami dah balik kerja, saya tak terus cerita, tapi bagi masa kat dia relaks-relaks dulu.  Pastu baru cerita apa yang berlaku malam tadi, TAPI, saya control suara & emosi saya, biar jangan dia fikir yang bukan-bukan.

Dan, alhamdulillah, petang tu, baby saya kembali bagi respon.  Dah kembali bergerak aktif dalam perut saya ni & jantung pun berdenyut cantik aje.

Malam tu, selepas Isya, maka bermulalah episod tanda-tanda kelahiran akan berlaku.  Sakit sekejap-sekejap tapi memang menyakitkan.  Zikir memang tak lekang ye.  Rasanya start pukul 12 lebih pagi tu, saya memang tak boleh nak tidur pun.  Lain betul rasa sakit kali ni.  Tapi tak nak ke hospital terlalu awal.  Sebab saya dah decide, kalau sakit kerap 5 minit sekali, maknanya dah nak dekat sangat dah tu baby nak keluar.  So, tunggu aje time tu sambil baring mengiring kiri dan kanan.

Tak ingat pukul berapa, tapi rasanya dalam pukul 4 lebih macam tu, saya bangun, ambil wuduk, solat hajat.  Mengaji jugak, tapi bila rasa sakit tu datang, terpaksa hentikan bacaan.  serius, memang sakit sesangat.  Bila tak tahan sangat tu, saya kejut suami, buatkan air milo panas.  Nak menghabiskan secawan milo tu, memang lamaaaa.  Tak tertelan sebenarnya tapi, ku gagahkan jugak habiskan air tu.  Ntah la berapa kali tertelap sambil pegang cawan milo.  huhuhu. 

Suami tanya saya, nak pergi hospital tak.  Saya kata nantilah.
Bila dah TAK TAHAN SAKIT SANGAT, saya bagitau suami, lepas solat subuh lah kita pergi hospital.

Elok aje lepas suami solat subuh, kitorang pun bergegas la keluar rumah.  Ntah berapa kali ntah saya berenti kat tangga rumah tu, padahal rumah cuma setingkat aje..buka pintu, dah sampai kereta.  Tapi melayan sakit punya pasal, terbrek 2,3 kali jugak la.  Siap minta suami tuangkan sesudu VIVIX lagi, sebagai tenaga tambahan dalam labour room nanti.

Memandangkan keadaan masih lengang, lagipun hari tu Ahad, so, dalam 20 minit dah sampai hospital.  Masuk bilik saringan, pasang CTG (15 minit jugak graf jantung baby dicatat).  Sempat jugak tumpang bilik air kat bilik saringan tu, tak tahan sangat nak buang air kecil.  Hihihi.....Siap aje CTG tu, nurse suruh tunggu kat luar.  Dalam 5 mint macam tu, nurse panggil masuk dalam balik.  Nak check bukaan (Vaginal Examination / VE kalau tak silap namanya).  Sampai aje pintu, ada doktor tanya, saya boleh jawab guna kepala aje, geleng-geleng, angguk-angguk.  

Bila check bukaan, dah 8cm...so, doktor suruh nurse sorong terus ke labour room.  Bila bukaan dah besar, nurse suruh push.  Huhuhu...dalam hati sempat lagi cakap, alaaa tak sakit macam mana nak push. Bila dalam labour room, automatik, tak sakit la pulak.  Hmmmm pelik.  Ku menerai jugak push...tak ingat berapa kali...yang pasti kesudahannya lahirlah seorang baby boy...nurse ambik terus letak atas dada ku ini.  Bijak sungguh baby ini, tak yah suruh nangis, automatik dah nangis.

Lahirnya pada jam 7.07 pagi tanggal 14 September 2014 di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru.

Time nak potong tali pusat tu suruh baca selawat.  Time nilah suami ku baru sampai ke labour room.  Sebenarnya kan, anak pertama aje suami saya berpeluang menyaksikan isterinya ini dengan sepenuh tenaga yang ada meneran untuk melahirkan zuriat kami.  Anak yang nombor 2, suami ada kelas kat Open University.  Anak nombor 3, 4, dan 5 ni, pun tak sempat. Sebab datang hospital bukaan dah besar.  Jadinya, nurse minta suami pergi daftar wad dulu, barulah ke labour room.  

Sebenarnya, saya tak nak bila ada suami kat sebelah, saya jadi gembeng pulak.  Huhuhuhu.  

Walau apa pun, bersyukur sangat, anak-anak kami semuanya sihat sempurna dan takde masalah.  Alhamdullillah.

Pukul 7.07 pagi bersalin, jam 9 pagi dah pindah ke katil wad.  Time tu, doktor-doktor masuk untuk buat pemeriksaan patient yang bersalin hari2 sebelumnya.  Seorang doktor yang datang kat katil saya tanya bila bersalin?  Saya jawablah pukul 7 pagi tadi.  Dia kata, hari ni tak boleh balik ye, balik esok...Bagus jugak balik esok, dapat tidur free kat hospital.  Alih-alih puku 4 lebih macam tu, nurse minta borang cuti yang pihak hospital nak sign dan kata boleh balik petang tu jugak.  Apa lagi, kelam kabutlah saya & suami sebab suami ada kerja yang kena siapkan hari tu jugak.

Oh! ya.  Masa saya pergi hospital pagi tu, anak-anak masih tidur lagi.  Suami call pengasuh taska yang dah biasa dengan kami untuk ambil anak-anak dijaga sementara saya di hospital.  Terima kasih ALLAH memudahkan segala urusan kelahiran kali ni.

Maghrib tu, saya, suami dan baby kami pun balik ke rumah.  Tapi sebelum tu pergi ambil anak-anak dulu kat rumah pengasuh dan singgah kedai sekejap beli makanan.  Gembira hati ni bila dapat tengok anak-anak semula & yang paling best berada di rumah sendiri semula.  Padahal baru 12 jam kat hospital.

Berpantang kat rumah mertua lebih kurang seminggu lebih untuk proses mengurut.  Lepas tu, pantang kat rumah sendiri sebab anak-anak sekolah.  Dan, pantang kali ni memang consume SET BERPANTANG SHAKLEE PREMIUM.

#B COMPLEX
#ESP
#VITALEA IRON FORMULA
#ZINC COMPLEX
#ALFALFA
#OMEGA GUARD
#LECITHIN
#HERBLAX
#VITAMIN C
#OSTEMATRIX

Dan hasilnya, boleh ku turun dan naik tangga dengan cergas sekali. Alhamdulillah.

Anak saya ini saya dan suami telah memilih nama " IZZAT FIKRI ~ keindahan fikiranku"  Moga Izzat akan menjadi orang yang soleh dan berkhidmat untuk agama sepanjang hayatnya.  Dan, fully breastfeeding journey
saya juga bermula di sini.

Nama IZZAT FIKRI tu sebenarnya dah lamaaaaaaaa simpan.  Dari mengandung anak pertama lagi.

Sekian, cerita saya.

Bagi yang belum ada anak, berdoa dan berusahalah ye
Bagi yang belum ada anak lelaki/perempuan, berdoa dan berusahalah ye
Bagi yang belum ada anak kembar, berdoa dan berusahalah ye.

INGAT TU, ALLAH TEMPAT MEMINTA SEGALA SESUATU.






Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage