Jumaat, 12 Jun 2015

10 TIPS JIMAT AIR

Bismillah.

10 Tips Jimat Air yang saya nak kongsikan hari ni.

  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur.
  • Gunakan pancuran air semasa mandi.  Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
  • Sentiasa lakukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran dan baiki paip air yang rosak di rumah anda dengan segera.
  • Penuhkan muatan mesin basuh dalam setiap cucian.
  • Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir.
  • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Letakkan 'cistern bag' di dalam tangki tandas untuk mengurangkan kuantiti air bagi setiap pengepaman.
  • Gunakan baldi ketika membasuh kereta.
  • Siram tanaman anda pada awal pagi atau lewat petang.  Ini akan mengurangkan penyejatan air dari tanah.
  • Elakkan dari menyiram halaman rumah menggunakan pancuran hos.
 Artikel ni saya salin semula dari bil air SAJ rumah saya.

Jika anda yang tinggal di Negeri Johor, sebarang aduan boleh disalurkan terus ke Info Center SAJ...penyelesaian masalah bekalan air anda..

talian mesra SAJ 1 800 88 7474 
SMS 019 772 7474
emel:  customer.care@saj.com.my
laman web:  www.saj.com.my

Ingat ye, berjimat cermat bukan sahaja untuk air paip, tapi teruskan berjimat cermat dalam segala yang kita buat.  Elakkan membazir itu penting, sebab membazir amalan syaitan.  Kalau dah namanya amalan syaitan, ALLAH tak suka kan.  Jadi, kita buat yang ALLAH suka aje ye. 





Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage