Selasa, 3 Mac 2015

TAMBAH ILMU

Assalamualaikum semua.

Baru-baru ni saya berkesempatan ikuti Seminar Susu Meriah Tanpa Supplement oleh Puan Asiah Maharam, Jurulatih Penyusuan.  Bagi yang belum berkenalan dengan beliau, boleh pergi ke sini ye.

Rasa terpanggil untuk menambah ilmu penyusuan.  Niatnya cuma satu, tambah ilmu, praktik dan berkongsi dengan ramai orang di luar sana. Seminar 1 hari ni banyak topik yang dikongsikan.  Memang padat dan sendat tapi santai.  Penat tapi puas hati. 

Saya ni kalau hari cuti nak pergi seminar, bengkel ke, memang tinggal si kecik, Izzat Fikri kat rumah pengasuh dia.  Nak mudahkan saya ikuti pembelajaran sepanjang seminar/bengkel dengan lancar dan bila izzat duduk rumah pengasuh, time menyusu, tidur, mandi, semuanya teratur.  Tunggu Izzat besar sikit barulah ok nak bawak dia ke sana  sini.

Berbalik ke Seminar Susu Meriah tadi.  Diorang cakap kenapa saya perlu hadir sedangkan saya tak menghadapi masalah penyusuan.  Macam yang saya kata, saya nak ilmu dan akan kongsi dengan orang lain yang tak berkesempatan hadir seminar2 macam ni.  Lagipun, saya dah boleh bersedia untuk menghadapi hari-hari seterusnya dalam perjalanan penyusuan saya untuk Izzat.  Kali ni saya berazam untuk menyusukan Izzat sepenuhnya dengan susu ibu hinggalah umurlah melebihi 2 tahun.   

Puan Asiah dalam seminarnya berkongsi makanan2 dan minuman yang boleh membantu sepanjang penyusuan susu ibu, pantang larang makanan n minuman yang kalau boleh dielakkan diambil kerana boleh mendorong kepada susu merudum (drop), kalau period susu jadi sikit kita nak buat apa.  Beliau turut memandu kita untuk menyediakan jadual untuk pam susu mengikut fleksibiliti kita, macam mana nak set demand, target.  

Rasa berbaloi sangat pergi seminar ni.  Saya nak jadi ibu yang berjaya menyusukan sehingga 2 tahun dan seterusnya membantu ramai orang di luar sana untuk menjalani hari-hari indah penyusuan.

Betul, memang saya amalkan supplement Shaklee dalam kehidupan harian saya.  Sebabnya, saya nak diri saya sihat, tenang, ceria, cantik, kurus dan dapat uruskan rumah tangga dan kerjaya saya dengan baik.  Bila kita sihat, pastikan dapat produce yang baik dan lebih baik untuk kehidupan harian.  

Memandangkan makanan dan minuman hari ni dihasilkan untuk memenuhi keperluan manusia, jadinya memang banyak bahan2 kimia yang digunakan dalam penghasilannya.  Badan kita memang tak menghasilkan vitamin yang diperlukan tubuh, tetapi badan kita memang perlukan vitamin.

Bukan hanya kerana saya menjual produk Shaklee, tetapi bila saya ambil vitamin Shaklee dan saya dapat kesan positif, kenapa tak sebarkan kepada yang lain.  Yang paling utama, ianya halal, semulajadi, selamat dan berkesan.

Kalau anda nak mencuba produk Shaklee, boleh hubungi saya.
Kalau anda nak yakinkan diri anda mengenai Shaklee, boleh google ye.
  

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage