Khamis, 2 Julai 2015

KISAH PENYUSUAN KALI INI

Bismillah

Assalamualaikum.  Salam 14 Ramadhan semua.

Sekejap aje dah 2 minggu kita berpuasa.  Ibu-ibu yang menyusukan anak so far ok tak?  Masih berpuasa?  Alhamdulillah, syukur.  Bagi ibu yang tak mampu berpuasa penuh sebab menyusukan anak, takpe, kita cari solusinya nanti ye.

Macam saya, tahun ni adalah tahun pertama saya menyusukan sepenuhnya anak kecil saya (sekarang umurnya hampir 10 bulan).  Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan dan kelancaran untuk saya meneruskan puasa dan dalam masa yang sama dapat menyusukan anak saya sepenuhnya.  Anak-anak sebelum ni, saya hanya menyusukan mereka bila saya di rumah / hari cuti aje.  Hari bekerja, mereka minum susu formula....alahai, rasa rugi sangat-sangat tak berusaha nak menyusukan mereka dengan susu sendiri sepenuhnya..korang jangan buat macam ni ye.. :-(

Bulan puasa ni corak pemakanan kita pun berbeza kan.  Jadinya, setiap kali sahur dan berbuka, saya akan ambil makanan berasaskan karbohidrat, protein dan sayur-sayuran.  Bagi mengekalkan tenaga berkekalan sampailah ke waktu buka, saya amalkan minum PERFORMANCE DRINK sehari dua kali.  Saya juga ambil ESP sebagai milkbooster dan juga memberikan tenaga untuk saya sepanjang hari di bulan puasa ni.  

Awal-awal puasa hari tu, memang panas kan.  Kalau minum tak cukup, mesti rasa letihhhhh aje sepanjang hari.  Syukurlah, dengan amalkan PERFORMANCE DRINK, ia memberikan tenaga tambahan kepada saya.  Biasanya saya campur aje ESP dan PERFORMANCE DRINK...kurma dan madu memang saya tak tinggal.  Selain makanan sunnah, ianya juga adalah sumber tenaga dan mengandungi bermacam khasiat bila diamalkan.  Lagipun, time puasa ni aje yang mudah kita dapat kurma kan.  Selain dari yang kita beli, ada juga pihak-pihak tertentu yang bermurah hati bagi kurma, buah apricot & kismis.  Saya doakan mereka yang beri dimurahkan rezeki.  Tahun depan boleh bagi lagi..hihihi.

Penyusuan kali ni, kalau saya tak minum air yang banyak (3 liter sehari), susu agak kurang juga.  Macam mana saya tahu susu kurang?  Tiap kali pam, kalau jumlahnya tak macam saya pam di bulan2 lain, itu tandanya saya memang kurang minum.  (tak bagus ni...kena disiplinkan diri minum air yang cukup ye).  Bukan apa, kekadang bila hujung minggu, saya & family memang akan balik kampung.  Memandangkan kampung saya & mertua dekat, jadinya kalau hari jumaat kat kampung mertua, sabtu saya akan berbuka di kampung saya sendiri.  Rutin setiap minggu, macam tulah.  Sebenarnya, kebiasaannya kami memang akan balik kampung walaupun bukan bulan puasa.  Terapi diri gitu bila dapat jumpa orang tua & adik beradik, kekadang dapat jumpa saudara mara.

Alahai melalut ke cerita lain pulak.  Sebenarnya kalau balik ke kampung, saya memang agak kurang minum air.  Tapi saya berusaha pastikan saya minum air bergelas-gelas (especially air masak) untuk pastikan saya ni tak haus & bekalan susu saya mencukupi.  Syok tau bila time petang anak menyusu, saya masih lagi rasa susu keluar dengan banyak (eh macam mana ye nak explain, ibu yang menyusu mesti dapat rasa apa yang saya cerita.  yang tak faham, maaf ye..huhuhu).

Saya bukan aje amalkan ESP dan PERFORMANCE DRINK, ada lagiiiii vitamin yang saya ambil.  Iyelah, bulan puasa ni, kekadang kita ni makan banyak, tapi khasiatnya entah ke mana. Nampak sedap aje makan.  Tapi jangan risau, sepanjang 2 minggu berpuasa ni, selain susu masih meriah, berat badan saya dah turun 5 kilo.  Kalau bulan lain, nak turun sekilo pun aduhhhh bercinta.  Saya ambil OMEGA GUARD, ALFALFA, VITAMIN C time sahur & buka.  

Bestnya apa tau, VITAMIN C nilah yang berjaya membuatkan bibir saya tak kering time puasa ni.  Kalau tidak, kulit bibir ni menggelupas.  Korang macam mana pulak?  bibir kering tak?  Try lah VITAMIN C Shaklee ni.  Ianya merangsang pembentukan kolagen yang mampu mempertingkatkan kedut dan mengelakkan kulit menjadi kering.

Kalau ibu-ibu yang berhajat untuk meneruskan puasa dan dalam masa yang sama menyusukan bayi anda, eloklah anda cuba Set Penyusuan Shaklee.  Insya Allah, ibu-ibu yang susunya merudum, ada gastrik telah berjaya meneruskan puasa & penyusuan dengan amalkan set ini.  Semuanya dengan izin Allah juga & berkat konsisten ibu untuk pam & ambil makanan tambahan.

Boleh hubungi saya untuk dapatkan konsultasi terbaik mengenai Set Penyusuan Shaklee.  Jumpa anda nanti ye.



Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage