Rabu, 17 Jun 2015

MAKANAN IBU MENYUSU DAN IBU HAMIL SEMASA BULAN PUASA

Bismillah.
. 
Assalamualaikum semua.  Insya Allah, esok kita mula berpuasa ramadhan.  Seronok rasa bila nak sambut ramadhan ni.  Moga kita semua dapat menempuh ramadhan kali ini dengan penuh kesyukuran dan ketaqwaan ye.  Amin.



Bagi ibu yang sedang menyusu dan ibu yang hamil, jangan risau ye, pemakanan yang baik pastinya membantu ibu-ibu menjalani ibadah puasa dengan baik.    Di sini saya ingin kongsikan Makanan Ibu Menyusu dan Ibu Hamil Semasa Bulan Puasa.  Semoga menjadi panduan buat semua.

1. Kurma

  • Seperti yang telah disarankan oleh nabi, ibu hamil dan ibu menyusu digalakkan makan kurma untuk tenaga berterusan semasa berpuasa.
  • Kurma juga antara milkbooster terbaik untuk ibu menyusu dalam memastikan kuantiti susu tetap seperti biasa walaupun berpuasa.
  • Hari pertama puasa, kuantiti susu mungkin akan jatuh sedikit. Kebiasaannya, hari kedua dan seterusnya hasil perahan akan jadi seperti biasa.

2. Makanan berprotein tingggi

  • Makanan berprotein seperti ayam, daging, kekacang dan telur dapat membekalkan tenaga dengan lebih lama berbanding karbohidrat. Oleh itu, lebihkan makan makanan berprotein berbanding nasi, mee semasa berbuka dan sahur.  Suka juga saya syorkan agar makan banyak lauk berbanding nasi semasa berbuka ye.

3. Makanan berserat

  • Makanan berserat seperti sayur-sayuran dan buah-buahan turut memberi rasa kenyang yang lebih lama. Ia juga bagus untuk mengelakkan sembilit yang kerap dialami oleh ibu hamil. Ibu menyusu pasti tak mahu ada sembelit juga kan?

 4. Makanan berkarbohidrat

  • Makanan berkarbohidrat seperti nasi, mi, bihun hendaklah diambil dalam kuantiti yang sederhana.
  • Makan dengan berlebihan akan menyebabkan anda rasa mengantuk ketika terawih dan juga selepas bersahur.
 Semoga bermanfaat.

perkongsian ini saya ambil dari Whatsapp Group saya.

Untuk memastikan nutrisi ibu hamil dan ibu menyusu sepanjang bulan ramadhan ini, boleh dapatkan Set Mighty 3 Gem Shaklee yang membantu tubuh kekal cergas, bertenaga setiap hari di bulan ramadhan ini.  Saya menyediakan konsultasi lengkap berkaitan set ni.  Tak salah kan untuk mencuba.  Yang pasti, ianya HALAL, SEMULAJADI, BERKESAN dan SELAMAT.

Selamat berpuasa 1436 Hijrah

Terima kasih semua.

Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage