Selasa, 31 Mac 2015

CUBA BELEK

Bismillah.
.
Assalamualaikum.
.
Bayi yang baru lahir memang biasa kan kita bedung, pakaikan sarung tangan, sarung kaki, nak kasi bayi tu hangat macam dalam kandungan ibu lagi.  Tapi perasan tak, di celah-celah jari tangan, kaki dan belakang telinga tu ada macam daki yang terkumpul.  Sesiapa yang ada bayi bawah 3 bulan, cubalah belek.  Mesti ada kan.
comelnye baby ni kan...pinjam gambar en google
.
Masa anak sulung, pengalaman pertama, memang tak tahu pasal ni.  Tapi bila dalam kereta on the way balik kampung saya suka buka sarung tangan, sarung kaki sekejap.  Nak tengok kuku, jari bayi dan bagi tangan dan kaki tu berangin sikit.  Bila belek celah-celah jari dan belakang telinga tu, adalah kesan daki, mungkin sebab bedak, losyen atau persekitaran bayi itu sendiri.
.
So, apa lagi, marilah kita bersihkan kesan daki tu.  Barulah bersih dan segar je celah-celah tu.
.
Ingat ye, keraplah bersihkan bahagian yang agak terlipat terutamanya bayi yang baru lahir yang masih pakai sarung tangan, sarung kaki dan rambut pun belum botakkan.
.
Oh ya, jangan lupa bersihkan tangan sebelum dan selepas mengendalikan bayi anda.  Nak guna hand sanitizer pun boleh.  Anak-anak sihat, ibu bapa pun gembira.  Betul tak?


Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage