Isnin, 16 Mac 2015

CERITA PENYUSUAN SAYA

Alhamdulillah.....Allah memberikan saya peluang merasai pengalaman menyusukan anak saya, Izzat Fikri bin Haji Isnor sampai hari ni.  Oh, ya...14.3.2015 genaplah usia Izzat 6 bulan.  Syukur sangattt Allah permudahkan urusan penyusuan saya.  Bangga dengan diri sendiri sebab bukan mudah nak mengharungi semua ni kan.



Bila mengandungkan Izzat, saya dah bertekad untuk hanya memberikan susu ibu sehinggalah usianya menjangkau 2 tahun dan berharap lebih dari itu sebenarnya.

Sepanjang berpantang, memang saya direct feed je kat Izzat.  Takde buat stok pun.  2,3 hari sebelum mula bekerja semula, barulah saya pam untuk bekalan Izzat duduk kat taska nanti.  Nak tahu, sebelum tu, saya bagi Izzat sekali je minum susu yang diperah melalui botol.  Terima kasih kawan saya, Nur Hidayah, bagi botol susu tu, Tommee Tippee.  Alhamdulillah, percubaan pertama bagi susu guna botol berjaya.  Terima kasih juga pada Izzat beri kerjasama yang baik masa percubaan pertama tu.  

Bila letak Izzat kat taska, dia dah fully minum guna botol susu tu dan feedback dari pengasuh dia, Izzat takde masalah untuk minum guna botol tu.  Syukur, syukur, syukur.

Lima hari bekerja seminggu, bermakna lima hari jugalah saya akan mengepam.  Sehari 3 kali, pagi, tengah hari dan petang.  Pam pukul 7 pagi untuk bekalkan susu fresh untuk Izzat minum pagi tu, perahan tengah hari dan petang untuk buat stok. Sampai hari ni, alhamdulillah, stok susu memang mencukupi untuk Izzat.

Kenapa saya tak perah masa hari cuti?  Memandangkan saya dan keluarga akan balik kampung setiap hujung minggu, makanya Izzat akan direct feed.  Lagi pun, susu perahan perlu dikendalikan sebaik mungkin bagi menjamin kualiti susu itu sendiri.  Dan, berada di beberapa tempat sepanjang dua hari hujung minggu tu, tak mengizinkan untuk saya buat perahan dan seterusnya menyimpan susu.  

Pernah terjadi, susu yang saya perah dan simpan di tempat kerja, terpaksa dibuang.  Ada 13 botol yang berisi 4 auns setiap satu, maknanya 72 auns saya terpaksa buang.  Sebab, hujung minggu, elektrik kat pejabat ada masalah, so, peti ais tak dapat elektrik yang secukupnya.  Semua susu yang saya letak dalam peti ais dah cair semula, kiranya dah rosak la kan.  Saya tak bawa balik susu tu sebab peti ais kat rumah pun dah penuh dengan stok susu yang belum digunakan.  Tapi, takpelah, itu ujian untuk saya.  Itu baru 72 auns, sebab ada ibu-ibu yang pernah mengalami lebih banyak jumlahnya terpaksa buang gara-gara elektrik takde.  Memang rasa sedih, tapi takpe.  Saya percaya, Allah bagi rezeki yang lebih dari itu.  Be positive dan sentiasa positive.  Tak challenge lah rasa kalau perjalanan penyusuan ni lancar je kan.

Bila peti ais kat rumah dah penuh semula dengan stok susu yang saya simpan dalam botol-botol susu, saya simpan pulak susu-susu perahan yang baru dalam plastik susu.  Nak jimat ruanglah katakan.  Bila plastik dah habis, saya simpan dalam botol balik.  Ni tengah pasang angan-angan untuk beli deep freezer yang boleh muat untuk susu perahan, at least untuk 6 bulan.  Insya Allah dipermudahkan...amin, amin, amin.

Ada juga niat nak cari anak susuan memandangkan stok susu untuk Izzat memang mencukupi dan ada terlebih.  Suka betul saya bila dapat tahu ibu-ibu yang berniat dan sedang menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu.  Tahniah, tahniah.

Saya kalau nampak ibu-ibu yang sedang menyusukan anaknya, saya akan doakan agar perjalanan penyusuan mereka lengkap dan hanya susu ibu diberikan at least 2 tahun atau semampu yang boleh.

Seronok je rasa bila tengok anak-anak disusukan dengan susu ibu sahaja.  Susu ibu itu kan titisan emas.  Penuh khasiat.

Terima kasih kepada suami, anak-anak, ahli-ahli keluarga, rakan-rakan, para pengasuh yang memberikan kerjasama sepanjang saya meneruskan perjalanan penyusuan untuk Izzat Fikri ni. Doa yang tak putus setiap hari agar perjalanan penyusuan ekslusif saya untuk Izzat lancar setiap hari sehinggalah umurnya melebihi 2 tahun. 

Dan, saya juga jadikan Suplement Penyusuan Shaklee peneman saya dalam meniti perjalanan ini.  Bukanlah kerana saya Pengedar produk Shaklee, tetapi manfaat yang saya rasa bila amalkan produk ni, saya kongsikanlah kepada anda di luar sana.

Saya dah amalkan supplement Shaklee dari November 2012 sampailah sekarang. Dah 2 tahun lebih saya setia bersama Shaklee.  Moga saya juga mampu membantu anda meneruskan penyusuan eksklusif untuk si manja anda.

Salam sayang untuk semua.
 
Happy sharing!

>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> Untuk berinteraksi secara langsung, boleh add FB saya : Zahiti Muhammad Hamdi 
>> Anda juga dialu-alukan untuk ke Facebook Page: Sihat Sejahtera


Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage