Ahad, 14 Disember 2014

VITAMIN C SAYA

Beruntunglah sesiapa yang gemar makan buah oren.  Banyak khasiat buah oren ini dari sudut kecantikan dan kesihatan.  Ini disebabkan oleh kandungan Vitamin C yang tinggi di dalam buah oren.  Kajian demi kajian membuktikan Vitamin C antara bahan utama yang berkesan meningkatkan kecantikan dan kesihatan.  Demi mendapatkan Vitamin C , seharusnya buah oren sentiasa dimasukkan dalam menu anda.  

Ketahui Manfaat Vitamin C ini.

Imunisasi Daya Tahan Badan dan Baik Pulih Luka
Dos yang betul bagi Vitamin C melindungi badan daripada jangkitan penyakit dan memelihara kesihatan tulang dan gigi. Ia juga meningkatkan keupayaan badan dalam merawat luka dan  tubuh terpelihara daripada bakteria, virus dan jangkitan.

Bukan sahaja untuk daya tahan badan kepada penyakit, ia diperlukan untuk membina kolagen ~ struktur protein penting dalam tisu penyambung.  Vitamin C yang dimakan boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka.  Ia juga boleh melindungi kulit daripada rosak akibat radikal bebas dan gelombang ultra ungu.

Antioksida
Vitamin C  adalah anti oksida yang sangat baik dan berkesan dalam melindungi badan dan radikal bebas yang memberi kesan tekanan oksidatif atau 'sel karat' ~ yang boleh menyebabkan kesan kesihatan yang tidak baik seperti antherosclerosis iaitu penyebab penyakit jantung dan strok.

Saluran Darah
Vitamin C  memastikan saluran darah mengembang dengan baik.  Pengembangan yang baik ini boleh menjauhkan penyakit atherosclerosis, kolestrol tinggi, sakit jantung dan sakit dada.

Kurus
Vitamin C  dan jus oren telah terbukti membantu untuk menguruskan badan dan mengekalkan berat yang ideal.  Pakar pemakanan dan nutrisi biasanya akan memasukkan diet makanan tinggi Vitamin C dalam jadual pemakanan kerana terdapat kajian yang menunjukkan makanan yang kaya dengan Vitamin C boleh mengurangkan berat badan.

Para doktor mendapati amalan makan makanan yang kaya Vitamin C boleh merendahkan paras insulin, di samping menyimpan gula dan menukarkannya kepada lemak.  Insulin juga digunakan sebagai bahan bakar untuk kurangkan berat badan.

Perlindungan Dari Matahari
Vitamin C melindungi kulit daripada radikal bebas yang terhasil kerana kesan jemur pada cahaya matahari, pencemaran dan kesan merokok.  Antioksida dalam Vitamin C melindungi kulit dari radiasi ultra ungu dan kesan terdedah kepada cahaya matahari.  Vitamin C mengurangkan selaran matahari disebabkan oleh radiasi ultra ungu dan seterusnya boleh menyebabkan barah kulit untuk jangka masa panjang.

Penghasilan Kolagen
Kolagen adalah komponen hydroxyproline dan hydroxylysine iaitu dua elemen untuk mengikat molekul yang menghasilkan kolagen.  ia menyebabkan kulit jadi gebu dan warna tona pada muka.  Kekurangan kolagen menyebabkan kulit kusam dan tidak bermaya.  

Melindungi Perubahan Warna Kulit
Vitamin C melindungi DNA dari tindak balas fotokimia yang menyebabkan tumor, perubahan warna kulit dan beberapa jenis barah kulit.  Vitamin C juga mencerahkan kulit dari masalah jeragat dan tompok-tompok penuaan, membantu kelihatan lebih muda dan kulit lebih lembut.
 
Memperbaiki Struktur Kulit
Kolagen juga menghasilkan struktur saluran darah ynag baik dan Vitamin C membantu sistem aliran darah.  Saluran darah yang berada bawah kulit membawa oksigen dan nutrien yang menghasilkan kulit yang sihat.  tanpa nutrien yang cukup, kulit akan jadi kasar dan kering.  Krim yang mengandungi Vitamin C memperbaiki rupa dan tekstur kulit.


Ia juga meningkatkan pembentukan elastin yang menebalkan, melindungi dan memulihkan sel kulit.  Kesan tebal pada sel mengekalkan kelembapan, meningkatkan aliran darah pada kulit dan menjadikan kulit gebu.

Meningkatkan Pertumbuhan Rambut
Pengambilan Vitamin C yang tidak cukup mungkin menjadi punca utama pelbagai masalah rambut.  Kekurangan Vitamin C menyebabkan rambut kering dan bercabang.  Ia adalah tanda tidak sihat pada rambut.

Sustained Release Vitamin C Shaklee adalah pilihan saya.  Anda bagaimana?





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 

produk ini bertujuan membantu anda meningkatkan tahap dan taraf kesihatan anda....ianya sentiasa selamat, berkesan dan mesra alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage