Jumaat, 5 Disember 2014

GAJET PENYUSUAN SAYA


Assalamualaikum.

Harini nak kongsikan pam susu yang saya ada.  Manual Pump Avent dan Double Electric Breastpump.  Pam Avent saya beli sekitar tahun 2006. Harganya RM399.00.  Beli kat JUSCO Tebrau, Johor Bahru.  Masa beli pam tu terpengaruh dengan seorang kenalan saya yang pam susu guna jenama AVENT.  Saya dapat satu set lengkap; ada storage bag, 2 botol 9 auns , 2 botol 4 auns, penutup breastshield dan dua bekas bulat khas (kalau pam susu dekat botol yang permukaannya kecil), cooler pad dan manual penggunaan.


AVENT MANUAL BREAST PUM




 MANUAL PUMP



DOUBLE ELETRIC BREASTPUMP PASSION AUTUMNZ ni pula baru je saya beli sekitar bulan November 2014.  Dapat percuma manual breast pump autumnz lagi.  Saya beli dengan harga RM415.  Set yang saya beli samalah macam mana dekat gambar di bawah ni.  Dan, dapat lagi percuma, autumnz storage milk bag (25 pieces), storage bottle jingle jungle, ebook penyusuan, cooler bag dan autumnz cooler pack. Memang satu pelaburan yang berbaloi.  Saya beli kat SINI





Dua barang kat bawah ni, memang saya pernah beli tapi jodohnya dengan saya tak lama.  Warmer dan pump cherub tu saya bagi pinjam kat orang.  Daripada disimpan je, baik pinjamkan orang yang memerlukan (waktu tu anak saya yang no.4 dah 2 tahun lebih, so dah tak guna dua-dua barang tu).

Cherub ni saya beli online je sekitar tahun 2012.  Harganya tak sampai RM800.00.

CHERUB BREASTPUMP
 

Little Bean Warmer ni pula saya beli tahun 2012 juga, harga dalam RM100 lebih.

LITTLE BEAN WARMER

Pelaburan yang dibuat untuk beli bajet penyusuan ni memang berbaloi.  Setakat ni puas hati dengan apa yang saya miliki.  Alhamdulillah. 

Sekarang ni tengah aim deep freezer pulak untuk simpan susu perahan saya untuk baby saya, IZZAT FIKRI BIN HAJI ISNOR, 2 bulan lebih.....


DEEP FREEZER





>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage