Ahad, 7 Disember 2014

ESP SEMASA HAMIL


Assalamualaikum semua.  Apa khabar?  Terima kasih jenguk-jenguk blog saya ni.  

ESP...minuman berasaskan soya.  Bagi yang dah mengamalkan produk Shaklee, pastinya ESP adalah salah satu produk wajib yang mesti ada kat rumah.  Yang bagusnya ialah ESP Shaklee ni boleh diambil semasa hamil dan berpantang juga.  ESP boleh dinikmati dengan campuran air masak, atau dicampur dengan minuman kegemaran anda yang lain tetapi oppss janganlah campur dengan air berkafein, berkarbonat atau bancuh dengan air panas.  Habis rosak semua protein dalam ESP tu. Seelok-eloknya bancuhlah dengan air suam/air sejuk.  Nak campur dengan buah-buahan, madu, kurma, badam pun boleh.  Ikut kreativiti anda nak nikmatinya.

Biasanya masa mengandung ni lah akan ada yang morning sickness, tak selera makan, atau nafsu makan yang tak terkawal.  Segelas ESP membantu ibu hamil untuk kenyang lebih lama, jadi tak perlulah nak ambil/tercari-cari makanan lain.  Minuman ESP turut membekalkan tenaga yang berpanjangan.  Kalau hamil time bulan puasa, ESP, insya Allah sangat membantu.

Morning sickness atau kurang selera makan semasa hamil menyebabkan penyusutan berat badan si ibu. Cubalah ESP ni, penyusutan berat badan lebih terkawal.

ESP bukan sahaja memberi manfaat kepada si ibu tetapi juga anak yang dikandung.  Apa sahaja yang dimakan/diminum si ibu turut disalurkan kepada anak dalam kandungannya.  

Sebelum tu, kita lihat kebaikan mengambil ESP semasa hamil....

  • membantu ibu lebih bertenaga
  • mengelakkan pre-eklampasia
  • membantu meningkatkan bekalan darah
  • menjadikan kulit ibu dan bayi lebih licin, putih dan gebu
  • mengelakkan ibu mendapat kencing manis semasa hamil
  • membantu perkembangan tisu janin
  • membantu menghasilkan susu selepas bersalin
  • membantu mengekalkan berat badan ideal semasa hamil dan selepas bersalin.

Macam saya, alhamdulillah, bacaan hb saya adalah baik di mana semakin menghampiri tarikh bersalin, bacaan hb tak pernah kurang daripada 11.  

Poster kat bawah ni adalah pengalaman ibu-ibu yang mengamalkan ESP semasa hamil.  Jemput baca ye.

Bagi yang belum mencuba ESP Shaklee, apa kata anda cuba dulu, kemudian barulah boleh buat penilaian mengenainya.  ESP Shaklee boleh diambil oleh seisi keluarga dan pengambilannya boleh diambil sebelum hamil, semasa hamil, semasa berpantang dan diteruskan semasa penyusuan.  Pendek kata, sepanjang masa boleh ambil ESP.







>> Zahiti | 019 705135
>> Perunding Kesihatan dan Kesejahteraan Anda
>> FB: Zahiti Muhammad Hamdi 
>> FanPage: Sihat Sejahtera 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

nRelate Posts and Homepage